People that love my stories

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Sabtu, 31 Mac 2012

Isteri di atas Kertas 10


BAB 10

Suasana sedikit sepi di Kenny Rogers membuatkan kepala Syaqira kurang berserabut.Dia memusing-musingkan straw tanpa menyedut minuman di hadapannya.

“Kenapa tak minum?Ira ada masalah ye?”tegur Amira yang hanya diam memerhati sejak tadi.Tingkah laku Syaqira seperti sedang menghadapi masalah.Teguran itu membuatkan Syaqira tersedar.Dia sengih serba-salah kepada gadis lemah-lembut di hadapannya ini.

“Takde apa-apalah Amira.Biasalah,hidup tak pernah lari dari masalah kan?”dalihnya.Terasa berat untuk bersuara.

“Memanglah hidup tak pernah lari dari masalah.Kita juga diwajibkan Allah supaya berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang muncul,”hujahnya lembut persis watak Ayu Raudah dalam drama Tahajjud Cinta.Sesuai dengan penampilan berpurdahnya. “Ira tak nak kongsi dengan saya ke?Mana tahu,lega sikit hati tu,”saran Amira lagi.

Syaqira serba-salah.Sesungguhnya dia tak biasa bercerita dengan orang yang baru dikenali apatah lagi berkongsi masalah.Pertemuan mereka ini pun hanya untuk menukar kembali Blackberry mereka.
            Amira yang melihat ketidak selesaanSyaqira,tersenyum penuh erti.Matanya mengecil.Isyarat yang menunjukkan wanita berpurdah itu sedang tersenyum. “Saya faham.Kita baru je kenal,tapi saya dah menyibuk jaga tepi kain orang.Saya minta maaf ya?”pohon Amira lembut.Dia mengerti perasaan tidak selesa Syaqira.

“Eh,bukan.Bukan macam tu.Sebenarnya saya tak nak bebankan awak dengan masalah saya ni,”

Amira ketawa kecil. “Beban apanya.Orang cakap,kalau kita berkongsi masalah perasaan kita akan lebih tenang.Awak cubalah,saya sedia mendengar.Tak membebankan pun,”selorohnya.

Syaqira turut ketawa.Dia menarik nafas sebelum membuka mulut. “Sebenarnya....majikan saya minta saya kahwin dengan cucu lelakinya.Majikan saya nak kami kahwin pun sebab nak ambil balik hak dia yang akan terlepas ke tangan orang lain.So,pendek cerita saya kena kahwin dengan cucu dia yang perangai dah setaraf setan.Awak ada apa-apa nasihat?” Macam roket dia bercerita tanpa mendedahkan hubungan sebenarnya dengan Lukman.

Amira ketawa. “Awak ni,lahir dalam roket apa?”usiknya. “Ok.Apa yang saya faham,senang cerita awak kena kahwin paksa lah ni?”

Syaqira mengangguk.Kepalanya terasa ringan sedikit setelah meluahkan masalahnya. “Syaqira,awak tahu kan setiap perkara yang terjadi mesti ada hikmahnya.Betul tak?”soal Amira.Syaqira mengangguk.

“Jadi,mungkin sebenarnya cucu majikan awak tu adalah jodoh awak.Siapa tahu kan?Majikan awak tu hanya sebagai perantara sahaja untuk menyatukan awak dengan cucu majikan awak tu,” Amira tersenyum menghabiskan kata-katanya.

Syaqira tersedak.Mamat hantu tu jodoh aku?Terbatuk-batuk dia melegakan tekaknya yang tersa perit. “Amira,this is not a joke okay!Awak cakap hantu tu jodoh saya?You can’t be serious.Perangai dia tu kalah setan,tahu tak?”

“Awak dah buat solat sunat Istikharah?”soal Amira tidak menghiraukan kutukan Syaqira tentang Lukman.

Syaqira mengangguk. “Dah.Banyak kali pulak tu.Malam tadi dan pagi tadi,”

Then,apa awak dapat?Maksud saya jawapan hati awak,”

Syaqira termenung.Jawapan hati aku? “Entahlah saya pun tak pasti.Tapi yang pastinya saya memang akan setuju dengan permintaan nenek,sebab saya sayang dia.Sangat-sangat,”bisik Syaqira.Amira tersenyum lebar.

“Itulah jawapannya,”katanya ringkas tapi penuh makna.

Syaqira termenung lagi mendengar kata-kata Amira.Seketika mereka hanya senyap melayan fikiran masing-masing.
            “Baiklah,saya rasa saya kena minta diri dulu.Nanti risau pulak mak saya dekat rumah tu.Dan saya harap jugak yang awak dah rasa lega sebab berkongsi masalah dengan saya,”usik Amira seraya berdiri.

Syaqira turut berdiri.Bibirnya mengukir senyuman. “Trust me,I feel much better now.Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya dan jugak untuk nasihat bernas awak tu,” Mereka saling berpelukan sebelum berpisah. “Syaqira,kalau ada apa-apa just give me a call okay?”pesan Amira.

“Insya-Allah,”balasnya senang.Syaqira sedikit terharu dengan perhatian yanng diberi oleh Amira meskipun mereka baru sahaja berkenalan.Matanya mengekori kelibat wanita berpurdah itu sehingga hilang. Haih......my hard live will begin.Dia mengeluarkan Blackberry dan mendail nombor uminya.Last advice before I set my decision.Talian bersambung dan dia terus bercerita tanpa henti kepada uminya yang setia mendengar.

**********************

Takut-takut Azmira menekan interkom.Wajah tegang bosnya sewaktu masuk pejabat pagi tadi,membuatkan dia terasa gerun hendak mengganggu.Namun wajah perempuan bongkak bermekap tebal dihadapannya ini memaksa dia menggagahkan jarinya menekan butang interkom.

“Ya?”dingin suara Lukman menjawab.Rasa macam ada kat Kutub Utara pulak.

“Errr......bos.Ni, Cik Rozalinda nak jumpa.Dia kata dia ada appointment peribadi deng...” kata-katanya terputus apabila Lukman bertempik keras.

“Kamu tak faham bahasa ke?????Saya dah cakap,saya tak nak diganggu....Batalkan semua appointment saya.Peribadi ke,tak peribadi ke....Go to hell!!!!!!!!!!!!” Serasa macam satu pejabat boleh mendengar kata-kata Lukman.Hatta Rozalinda pun terangkat bahu mendengar jeritan Lukman.

Azmira terkebil-kebil.Nasib baik dah biasa dengan perangai berangin bosnya.Kalau tidak,mau terberanak dia kat sini.Dia memanggung kepala memandang perempuan seksi terlebih didepannya. “Cik dah dengar sendiri kan?Kalau Cik tak faham jugak apa bos saya jeritkan tadi,memanglah maksudnya Cik tak pergi sekolah,”sindirnya kepada Rozalinda.Mekap lima belas inci,perasan cantik.Huh...Dah tu senang je ikut jantan.Apa dia tak tahu ke bos aku tu player terbesar kat Malaysia ni?

Rozalinda mendengus kasar.Tangannya merenggut kasar beg tangannya sambil berlalu keluar.Telinganya panas mendengar sindiran setiausaha Lukman.Jantan tu pun satu,ingat dia sorang je ke yang kaya dalam dunia ni?Berlagak.

Azmira tersengih geli hati.Sepanjang dia bekerja dibawah Lukman,dia sudah lali melihat perempuan seksi pelbagai bangsa mengendeng di Masyriq Holdings.Macam-macam kerenah.Semuanya jenis materialistik.Plastik.Dan bosnya pun tak pernah serik bertukar perempuan.Dah macam tukar baju pun ye jugak.

Suara deheman dari arah belakangnya membuatkan Azmira berpaling.Rizman terpacak di belakangnya sambil tersengih.Azmira mengangkat kening,bertanya kenapa.

“Bos awak tu kenapa?Datang bulan ke?”

Azmira ketawa.Bahunya dijungkit tanda tidak tahu. “Entahlah,Encik Riz.Pagi tadi dia masuk pun muka tegang je,”

Rizman mengangguk.Sambil itu dia cuba meninjau keadaan di dalam bilik Lukman.Azmira sambung ketawa melihat gelagat Rizman. “Bukannya boleh nampak pun,Encik Riz.Kan tinted tu.Bos nampak kita adalah,”ujarnya geli hati dengan aksi Rizman.

Rizman menggaru-garu kepala yang tak gatal.Dia tersengih. “Betul jugak cakap awak.Tapi saya takutlah nak masuk.Kang baru je bukak pintu,saya dah hangus satu badan,”

Azmira kerut dahi. “Kenapa pulak hangus?”tanyanya hairan.

“Yalah,naga sembur api.Mana saya tak hangus,” Rizman mengukir sengih jahat.Sesekali mengata Lukman,best jugak.

Azmira ketawa kecil. “Macam-macamlah Encik Riz ni.Pergi jelah jumpa bos tu.Mana tahu kan kalau Encik Riz nasihat,dia boleh sejuk sikit.Kesian kat baby asyik terkejut je dengar bos menjerit,” dia mengusap perutnya yang membulat.

“Yelah.Kesian kat baby awak.Luk ni memang takde perasaan.Tapi saya memang takde niat nak jumpa dia.Saje je menyibuk dekat sini.Ok lah Azmira.Saya pergi dulu,”pamit Rizman.Dia sudah terlewat untuk bertemu dengan client.

Azmira hanya tersengih memandang tubuh Rizman yang berlalu pergi.Dia kembali melakukan kerjanya yang tertangguh akibat kehadiran dua tetamu yang tak diundang.


PS: sila komen banyak2 ye....  :)

9 ulasan:

  1. Haha.. Naga mengammuk.. !
    Ekceli sape amira sbnrnya.. Hrp2 dia baik2 orgnya..
    ~mizz acu~

    BalasPadam
  2. pendek nyer n3...

    BalasPadam
  3. nak komen bebnyak cmne post pown 4xsebulan..

    BalasPadam
  4. macam jahat je amira tu.. entah2 dye pompuan puaka yg nk harta org tu.. kononnye pakai purdah segala.. sbnnye nk tutup muka dye..

    BalasPadam
  5. nama amira tu kalau diterbalik kan jd arima. so ade kemungkinan ke yg amira tu arima?

    BalasPadam
  6. smpai epi.10 je ker???
    best sgt..ske tgk luk gduh gan ira..

    BalasPadam
  7. sye stuju...amira tu mencurigakan laa...musykil2

    BalasPadam
  8. amira tu sape pulak.. watak antaginis kah... uwaaaa.... nk con.baca lagi..

    BalasPadam
  9. kenape rase2 macam amira tu adalah arima? LOL.hehe

    BalasPadam

Share It