People that love my stories

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Jumaat, 9 Mac 2012

Isteri di atas Kertas 6


BAB 6

Sudah seminggu berlalu sejak dia dimasukkan ke hospital.Peristiwa dia pengsan kerana fobia dengan darah sering dijadikan bahan usikan oleh Helina.Namun dia tidak peduli dengan usikan tersebut kerana semenjak seminggu lepas kepalanya serasa tak boleh berfungsi dengan betul.Neneknya telah memberitahu seisi rumah mengenai hubungan mereka dengan Syaqira.Dan seperti yang dijangka,daddy dan Aimran sangat gembira dengan berita tersebut.Macam menang loteri pulak,excited semacam.Dia mendengus meluat.

“Woi,kau tidur mata terbuka ke?”sergah satu suara betul-betul di tepi telinganya.Lukman teranjak ke belakang kerana terkejut dengan sergahan itu.Tanpa dapat ditahan dia tergolek ke belakang.

Rizman terlongo memandang rakannya yang dah terbongkang atas lantai.Sesaat kemudian ketawa Rizman memenuhi ruang bilik pejabat Lukman.Kelakar sungguh dia melihat Lukman yang lengkap berkot terbongkang macam nangka busuk.Dia menghulurkan tangan ingin membantu Lukman berdiri,namun ditepis kasar.

“Apesal kau tak bagi salam?Tak ketuk pintu?Dah tak tahu adab masuk bilik orang?”suara dia melengking.Sakit hati melihat Rizman yang tersengih-sengih di hadapannya.

“Aku tak bagi salam amendanya?Dah dekat lima ratus lima puluh lima kali kut aku bagi salam.Ni tengok tangan aku ni,merah sebab ketuk pintu bilik kau tu tak henti.Kau tu yang pekak,”selamba dia berkata sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Lukman.

Lukman mendengus kuat.Tubuhnya dihempaskan atas kerusi,matanya merenung tajam Rizman yang masih tak habis sengih. “Kau nak apa?”

“Takde apa-apa,saje je nak jenguk kau,”jawabnya selamba.Matanya tak lepas merenung Lukman.Kadang-kadang dia pun rasa kelakar melihat gelagat sahabatnya itu.Perwatakan Lukman memang berubah seratus peratus sejak peristiwa mencalar hati,kira-kira lima tahun lepas.Dia menjadi seorang yang serius,tak mudah mempercayai orang dan lebih teruk talam dua muka.Dah macam psiko pun ye gak.

Lukman bulat mata mendengar jawapan Rizman.“Kalau macam tu,baik kau hantar notis berhenti kerja 24 jam sekarang jugak,”

Rizman hanya ketawa.Tak takut pun. “Aku jenguk kau ni pun atas dasar rasa kasih sayang aku kat kau tau,”dia buat muka gatal kat Lukman.

Lukman menjegil. “Aku tak perlukan kasih sayang kaulah.Weh,sejak bila kau jadi homo ni?”dia buat aksi geli-geleman.

Rizman ketawa besar mendengar tuduhan Lukman.Ada pulak homo,aku dah tunanglah. “Ok,dah.Stop.Aku straight to the point,”mendadak dia berhenti gelak.Wajahnya serius. “Kau apesal?Seminggu ni dah macam zombi bergerak je aku tengok,”

Lukman mengeluh. “Teruk sangat ke?”dia mengajukan pertanyaan.

“Teruuuuk........sangat.Satu pejabat dah buat gosip masing-masing tau.Ada yang cakap kau putus cintalah,kena paksa kahwinlah,kena tangkap basahlah dan yang paling best diorang cakap kau dah bankrap,”dia menyebut satu persatu gosip yang telah  tersebar di dalam bangunan Masyriq Holdings.

Lukman ketawa mendengar berita yang baru disampaikan.Sampai macam tu sekali?Isy,pekerja aku ni semua ada bakat terpendam jadi wartawan rupanya.Kepala Lukman tergeleng-geleng memikirkan kerenah para pekerjanya.

Rizman turut tersengih. “So,gosip yang mana satu betul?”

“Satu pun tak betul.Sebenarnya....”dia terhenti.Lukman mendongak merenung wajah Rizman yang nampak sangat gelojoh nak tahu.Hei,dia ni pun sama penyibuk rupanya. “Kau ingat tak orang gaji baru kat rumah aku tu?Syaqira,”

“Orang gaji baru?Syaqira?”dia mengurut dagu tanda berfikir.Seketika kemudian dia memetik jari. “Oh,yang pengsan malam nenek sampai tu?Yang buat drama Hindustan serentak dengan kau tengah-tengah malam buta tu?”dia bertanya,teruja.

Lukman buat muka tak puas hati. “Yang pengsan tu,betullah.Tapi bila pulak aku buat drama Hindustan?Aku pengsan sebab fobia tengok darahlah,”suara dia meninggi.“Ah,apa-apa jelah.Nenek bagitau kitorang yang sebenarnya Syaqira tu cucu dia,anak pak cik aku dan sepupu aku.Faham?”belum sempat Rizman menyampuk,dia menyuarakan masalah yang terasa membebankan dirinya seminggu ini.

Rizman ternganga sesaat. “Budak tu sepupu kau?Macam mana boleh jadi macam tu pulak?”dia buat muka confuse.

Lukman mengeluh.Apa punya lembablah,budak ni.Dia menceritakan kembali apa yang diberitahu oleh neneknya waktu family gathering pada malam selepas Syaqira keluar hospital.Selesai cerita dia pandang muka Rizman yang terkebil-kebil tengok dia. “Sekarang kau dah faham?”

Rizman terangguk-angguk macam Woody Wood Peaker. “Dah tu,apa masalahnya sampai kau jadi zombi bergerak seminggu ni?” dia kerut dahi,tak faham.Bukan patut seronok ke tambah ahli keluarga?

Lukman menyandar ke kerusi. “Itulah masalahnya.Aku dapat rasa yang nenek ada rancangan tertentu.Dia selalu cakap ‘nak rapatkan hubungan antara ahli keluarga’.Tu yang buat aku risau,”dia meluahkan syak wasangkanya terhadap Toh Puan Zahara.Neneknya itu boleh tahan licik juga.

“Lah,bagus apa rapatkan hubungan antara ahli keluarga.Kau ingat nenek nak suruh kau kahwin dengan sepupu baru kau tu ke?” Rizman serkap jarang.

Lukman mengangguk. “Aku takut kalau nenek suruh aku kahwin dengan budak tu.Kau tau,bila dia cakap pasal nak rapatkan hubungan bagai mesti mata dia pandang aku.Seram weii,”

“Tapi,tak mungkinlah.Bukan kau sorang je teruna dalam rumah tu.Aimran kan single and available jugak?”

“Tulah.Harap-harap prasangka aku ni tak betullah hendaknya,”dia berharap.Tak dapat dibayangkan jika dia terpaksa berkahwin dengan orang gaji aka sepupunya itu.

Perbualan mereka terganggu apabila Azmira,setiausaha Lukman mengetuk pintu. “Masuk,”Lukman melaung.

Azmira melangkah masuk dengan senyuman di bibir.Memang bakal ibu itu sangat murah dengan senyuman. “Sori ganggu,bos.Cik Khaterine ada kat luar.Dia kata bos janji nak jumpa dia waktu lunch hour,”dia memberitahu.

Lukman tepuk dahi.Macam manalah boleh lupa? “Oklah,Riz.Aku nak gi lunch.Mira,saya mungkin masuk lambat sikit,jadi mana-mana appointment saya petang ni awak susun balik,”pesannya sambil melangkah keluar.

Rizman dan Azmira berpandangan sebelum tergelak serentak.Perangai player tak pernah berubah. “Haih,jangan anak kamu ikut perangai bos kamu dahlah Mira,”Rizman berkata.

Azmira ketawa kecil sambil tangannya mengusap-usap perutnya yang memboyot. “InsyaAllah,encik Rizman.Saya keluar dulu ye?” dia minta diri.

“Yelah,” Rizman menghantar langkah Azmira dengan ekor mata.Dia sendiri pun tak tahan dengan sikap Lukman yang menganggap wanita sebagai barang permainan sahaja.Tukar perempuan macam tukar baju.Matanya meliar ke sekeliling bilik pejabat Lukman sebelum terpaku pada sekeping kertas yang terkeluar dari bawah fail.Segera dia bangun menarik kertas tersebut.Ternganga dia sekejap bila baca isi kandungan kertas itu.Penuh dengan nama-nama perempuan beserta dengan nombor telefon sekali.

Gila ke apa Luk ni?Nak bukak agensi cari jodoh ke?Panjang gila senarai,ada kira-kira lima puluh nama dan nombor telefon wanita.Luk,Luk,Dia menggeleng sambil meletakkan kembali kertas ‘cari jodoh’ tu kat tempat asalnya.Tak boleh jadi,mesti report kat nenek.Sori,Ezryl Lukman.Rizman keluar dari pejabat Lukman sambil tangannya mendail nombor Toh Puan Zahara.



4 ulasan:

  1. Bestnya....cpt smbg tau....suka baca karya awak

    BalasPadam
  2. best sangat...xsabar nk tunggu next en3...sambung cepat yer..

    BalasPadam
  3. sampai bab brape nie???citer best la

    BalasPadam

Share It