BAB
11
Syaqira dan Lukman saling menjeling
seraya mendengus serentak. “Apa kau buat kat sini?”dua suara bergema kuat.Syaqira
memutarkan bola matanya ke atas.Meluat melihat muka poyo mamat hantu ni.Nenek
ni,saja je.Dah tahu nak letak kitorang berdua dalam bilik ni,datang cepat-cepat
tak boleh ke?Dia menghela nafas.
Lukman yang memerhatikan tingkah laku
Syaqira ketawa sinis. “Kau ni terdesak sangat ke?Kalau nak berdua dengan aku
pun,tak payahlah nak guna nenek,” sinis dia berkata.Sengaja ingin menyakitkan
hati Syaqira.Hatinya terasa panas apabila melihat muka tenang tak beriak itu.
Syaqira bulat mata.Weh,melampaunya
tuduhan. “Kau dengar sini kambing,” Panggilan dah bertukar kepada kau aku.Tak
hingin aku hormat orang yang tak layak dihormati. “Pinggan tak retak,nasi tak
dingin.Engkau tak hendak,aku beribu kali tak hingin,” selamba dia berkata.Pandangan
sinis dilontarkan.
Lukman yang memang baran terus naik
bebuli termometer suhu kemarahannya.Niatnya ingin menaikkan amarah Syaqira
namun dia pulak yang terasa nak meletup. “Hei,kau dengar sini.Jangan ingat
kalau kau dah kahwin dengan aku,hidup kau boleh bahagia.I swear I will make you
suffer,” ucapnya penuh dendam.Perasaan bencinya kepada gadis ini tak pernah
surut walaupun telah bertukar status menjadi sepupunya.
Syaqira buat muka. “Oh,iya?Kalau kau
boleh buat aku menderita kenapa pulak aku tak boleh?Apa kau ingat mandat kau
besar?” tukasnya berani.Memang sejak dari kecil dia tidak takut untuk melawan
kembali jika terasa diri dianiayai.Bagi Syaqira tiada Cinderella di zaman serba
mencabar ini.Dia tidak begitu menggemari perangai Cinderella yang selalu
beralah apabila dibuli.
Lukman semakin marah. “Mulut kau memang
tak reti diam kan?Kau nak aku tolong jahit ke?”
Syaqira ketawa kuat.”Wah takutnya
aku.Mulut nak kena jahit,” ajuknya.Dia semakin galak mempermainkan Lukman yang
dah merah padam menahan marah.Dah macam belon.Tunggu masa nak meletup je.Lukman
bergerak setapak ke arah Syaqira.Serentak dengan itu pintu bilik bacaan
terbuka.Mereka berpaling ke arah Toh Puan Zahara yang melangkah masuk dengan
sebuah fail ditangan.
“Tak habis-habis lagi nak
bertengkar?Kamu berdua tak penat ke?” soalnya.Dia sedikit terkejut mendengar
suara masing-masing yang dah macam halilintar.Nasib baik tak kena heart attack.
Syaqira lebih dahulu melabuhkan punggung
di atas sofa yang jauh dari Lukman. “Kenapa nenek lambat?” dia menyoal tak puas
hati.Dahlah tinggal berdua je dengan Hell Boy ni.Buat kepala aku rasa macam
dalam gunung berapi je.
“Nenek print surat ni tadi.Baiklah,kita mulakan
mesyuarat PACC kita ni dengan menjawab permintaan nenek.Apakah jawapan kalian?”
Toh Puan Zahara mengeluarkan kertas dari fail yang dibawanya.Dah macam ahli
mesyuarat tingkap la pulak.
“PACC?Apa tu?” serentak Lukman dan
Syaqira bertanya.Secara serentak juga mereka mencebik ke arah satu sama lain.
“PACC ialah singkatan bagi Perdamaian
Antara Cucu-Cucu.Jadi apa jawapan kamu berdua?” soalnya lagi.
Syaqira menarik nafas panjang sebelum
bersuara. “Ira setuju.But..the main reason I’m doing this is because I love you
grandma.So much.....” Syaqira merenung Toh Puan Zahara.Matanya memancarkan
sinar kasih sayang yang bukan sedikit.
Lukman mencebik.Sayang
konon.Perempuan....mulut kata lain hati kata lain.Mata Toh Puan Zahara sedikit
bergenang.Sungguh dia terharu dengan ucapan ikhlas cucunya itu.Tidak mahu
tenggelam dalam kesedihan,dia berpaling ke arah Lukman. “Luk pulak macam mana?”
“Luk...” dia terhenti.Menimbang-nimbang
kembali jawapannya sebelum membuka mulut. “Luk setuju nenek.Tapi Luk ada satu syarat.Nenek
cakap yang separuh saham syarikat tu akan jadi milik Luk kalau Luk berjaya
rampas kembali sijil tu kan?” dia meminta kepastian.Toh Puan Zahara mengangguk.
“Luk nak nenek pastikan yang separuh saham tu akan di daftarkan atas nama Luk
seorang sahaja.Luk tak suka berkongsi,” Lukman mengerling ke arah Syaqira.
Syaqira senyum senget.Nampak sangat tamak
haloba.Hai,manusia.....manusia.Memang tak boleh blah dari sifat tamak.Toh Puan
Zahara hanya mengangguk senang hati.Apalah sangat harta benda bagi dirinya yang
sudah tua ini.Baginya kebahagiaan keluarga adalah yang paling utama.
“Baiklah,kalau dua-dua dah setuju kamu
kena sain kontrak ni,” Toh Puan Zahara mengunjuk kertas di tangan.Lukman dan
Syaqira terlopong.Wah,biasanya orang yang kena kahwin tu yang buat kontrak.Ni
tukang suruh kahwin pulak yang suruh sain kontrak.Magik.
“Erm..nenek.Kenapa pulak nenek yang buat
kontrak?Bukan ke sepatutnya kami yang buat kontrak antara satu sama lain?”
Syaqira tak dapat menahan rasa hairannya.Dia merenung neneknya meminta jawapan.
Toh Puan Zahara tersengih. “Itulah
sebabnya.Nenek tak nak kamu pandai-pandai buat kontrak sendiri sebab tu kamu
kena sain kontrak yang nenek dah siapkan ni,”
Syaqira tayang muka kusut. “Tak
fahamlah,nek,”
“Kamu bacalah dulu.Baru faham,”
Syaqira mencapai satu salinan kontrak
tersebut.Sempat dia mengerling ke arah Lukman yang dah hijau macam Adudu.Apa
yang nenek tulis?Dia mula membaca.Seketika,Syaqira turut merasakan dirinya dah
jadi macam Adudu.Bukan hijau je siap bentuk kotak lagi.Keras.
KONTRAK PERKAHWINAN EZRYL
LUKMAN DAN NAJWA SYAQIRA:
1. DILARANG MEMBUAT KONTRAK SENDIRI.
2. DILARANG BERPURA-PURA BAHAGIA DI DEPAN AHLI KELUARGA.
3. MESTI PERCAYA PADA JODOH YANG DAH DITETAPKAN.
4. JANGAN NAK MENGADA-NGADA ADA SKANDAL LAIN.
5. YANG PALING UTAMA MESTI SENTIASA BEKERJASAMA.CONTOHI
WONDERPET.
6. MESTI DAPATKAN SIJIL SAHAM SEBELUM HUJNG TAHUN INI.
7. KURNIAKAN NENEK CICIT-CICIT YANG COMEL SEBELUM NENEK PEJAM
MATA.
JIKA ANDA GAGAL MEMATUHI KONTARAK DI
ATAS MAKA DENGAN AUTOMATIK NAMA ANDA AKAN DIGUGURKAN DARI SENARAI PEWARIS SAH
TOH PUAN ZAHRA.
Syaqira tersedak.Wonderpet?Nenek layan
kartun jugak ke?Cayalah. “Nenek yang bab cicit-cicit ni...” kata-katanya
terputus bila Toh Puan Zahara dah laju memotong macam F1. “Yang tu takde had
masa.Nenek faham yang kamu bukannya cinta anatara satu sama lain jadi take your
time,” dia tersenyum memandang kedua cucunya.
Syaqira sengih serba-salah.Nenek nak
cicit,boleh je.Tapi bila Ira kahwin dengan orang lainlah. “Nak kena sain kat
mana ni?” Lukman yang diam sedari tadi bersuara.Nenek dah cantas dulu niat aku
nak buat kontrak sendiri.Spoil betul.
“Sain je kat bawah tu.Ira sekali,”
arahnya.Sememangnya dia sudah dapat mengagak hala tuju cucunya jika sudah
berkahwin.Berkat kerajinannya membaca novel yang dipinjam daripada Helina dia
dapat mengetahui apa yang bakal berlaku kepada pasangan yang dipaksa kahwin.Ada
kebaikan juga Helina menggilai cerita cinta sebegitu.
Selesai sesi tandatangan kontrak
perkahwinan mereka,Syaqira tak tunggu lama.Pantas dia meminta diri.Cerita
Naruto dah nak start.
Toh Puan Zahara hanya ketawa melihat gelagat Syaqira.Haih..sama naik dengan Helin rupanya.Obses sangat dengan kartun Jepun tu.Lukman mencebik meluat.Mengada-ngada.Dah tua tu buatlah cara orang tua.
Toh Puan Zahara hanya ketawa melihat gelagat Syaqira.Haih..sama naik dengan Helin rupanya.Obses sangat dengan kartun Jepun tu.Lukman mencebik meluat.Mengada-ngada.Dah tua tu buatlah cara orang tua.
“Nek,Luk pun nak minta diri.Kejap lagi
ada date dengan Riz.Kitorang nak main tenis,” ujarnya.Tak tunggu lama dia pun
dah berdesup hilang.
Toh Puan Zahara hanya menggeleng.Anak
muda zaman sekarang..semua nak cepat je.Dia menyimpan kembali kontrak
ditangannya ke dalam fail dengan cermat.Fail tersebut dikunci dalam salah satu
laci mejanya untuk mengelakkan daripada dibaca orang yang tidak berkenaan.
Sejurus selepas itu dia
mencapai novel Cinta Kontrak yang dipinjamnya.Toh Puan Zahara ingin lebih
mendalami situasi perkahwinan tanpa cinta yang tak pernah terjadi pada ahli
keluarganya dengan membaca novel kesayangan Helina itu.
Rizman kaku tak bergerak ditengah
gelanggang tenis.BUK! Tanpa dapat di kawal bola tenis yang dipukul Lukman
menghentam tepat ke dahinya.Terhuyung-hayang dia mengimbangi tubuhnya daripada
terjatuh namun dia tewas.Rizman terbaring di tengah gelanggang dengan tangannya
ditekapkan di dahi bagi mengurangkan rasa pening yang menyerang.
Lukman bekejar ke arah rakannya. “Wei
Riz.Kau ok tak?” Lukman menggoncang tubuh Rizman.Kalau pengsan sapa yang
susah?Aku jugak. “Wei!Riz,”
Dengan susah payah Rizman membuka
mata.Aik dah malam ke?Banyaknya bintang.“Sakitlah ngok.Yang kau hentam aku
dengan bola tu kenapa?” Dia meraba-raba dahinya.Ada benjolan di situ.
“Ada pulak salah aku.Yang kau kejung tengah-tengah
gelanggang tu sapa suruh?” balas Lukman tak puas hati.Orang tengah main tenis
dia pulak jadi tiang.Memanglah kena sebijik.
“Maunya aku tak kejung.Kau buat April
Fool tengah-tengah bulan Februari,mestilah aku terkejut.Kan sekarang bulan
kasih sayang?” Rizman bangkit.Dia duduk
melunjur dengan matanya tak lepas dari memandang Lukman. “Kau dah gila ye?”
Lukman menjegilkan mata. “Kaulah
gila.Aku tak buat April Fool pun.Memang aku nak kahwin dua minggu lagi.Kau
jemputlah datang ye,” jemput Lukman seolah-olah jirannya yang nak kahwin.
“Wei,mana ada makhluk Allah kat atas
muka bumi ni, jemput kawan baik dia pergi kenduri kahwin diri sendiri macam
jiran yang nak kahwin.At least kau kenalah teruja sikit.Jerit-jerit ke.Ini
tak,lemau je,” rungut Rizman.Rasa terkejutnya masih tak habis dengan
perkhabaran yang baru dibawa oleh Lukman.
“Banyaklah kau teruja.Takde maknanya aku
nak teruja kalau aku kena kahwin dengan minah senget tu,” bibirnya terjuih
tanda meluat.
Lukman menggeleng tak percaya. “Tak
sangka aku.Aku yang dah tunang ni pun belum kahwin,kau dah maju ke
depan.Tahniah,” ucapnya senang hati.Mungkin perangai player rakannya itu akan
berkurang jika sudah berkahwin.
Lukman turut duduk berlunjur setentang
dengan Rizman. “Bro,kau dengar sini.Walaupun aku dah kahwin itu tak bermakna
aku akan terkongkong.I still free like the old me,man.Well,kitorang kahwin tapi
takde orang akan tahu yang kitorang dah kahwin kecuali hamba-hamba Allah yang
datang kat majlis tu nanti. Faham?”
Rizman kerut dahi,tak faham. “Apa maksud
kau?”
“Nenek dah janji nak buat kenduri
ringkas sahaja kat kampung minah tu.Jemputan pun takdelah ramai sangat so tak
ramailah yang akan tahu kami dah kahwin.Lagipun kaulah satu-satunya pekerja
Masyriq Holdings yang dijemput hadir.Tahniah aku ucapkan,” kata Lukman seraya
menjabat tangan Rizman.
Rizman menepis marah. “Kau janganlah nak
main-main Luk.Perkara ni bukan senang tau.Apa kau ingat kahwin ni macam main
pondok-pondok ke?” hamburnya.
“Memanglah bukan perkara main-main.Tapi
aku nak buat macam mana lagi.Aku belum ready lagi kau tau tak?Aku belum puas
lagi hidup bujang dan yang paling penting aku tak nak ada komitmen.Jadi kiranya
kitorang nikah gantunglah.Lebih kurang macam tu,” jelas Lukman panjang lebar.
“Ni pendapat kau sorang ke atau pendapat
engkau dengan Syaqira?” tanya Rizman sinis.
“Lah,yang kau nak risau pasal minah
senget tu buat apa?” Lukman buat muka tak puas hati. “Dia pun setuju sebab dia
tu dah ada buah hati.Kitorang kahwin just sebab nak dapatkan balik sijil saham
nenek aku.Tu je.Aku jadi suami orang waktu dalam rumah je.Luar rumah I’m
free,baby,” sambungnya apabila dijeling Rizman.
Rizman hanya diam.Sungguh dia marah
dengan sikap Lukman yang memandang remeh mengenai hal perkahwinan.
“Riz,kau marah ke?”
“Maunya aku tak marah.Kau tau tak
berdosa kau buat benda ni?” hambur Rizman pantas.
“Ye ke?Manalah aku tau.Kau tu yang ustaz
bukannya aku.Oklah aku ada date dengan Kelly.Kalau kau nak ceramah sambung
besok jelah ye?Chow,” Lukman mengatur langkah keluar dari gelanggang tenis
tanpa mempedulikan Rizman yang rasa tersindir.
“Kau memanglah tak tahu hukum
agama.Orang suruh pergi belajar agama kau sibuk pergi kejar sundal.Dapat HIV
baru padan muka,” jeritnya tanpa mempedulikan mata yang memandang.Lukman yang
semakin menjauh hanya ketawa tak ambil hati.
Rizman mengetap bibir.Sakit hatinya
mengenangkan perangai pentingkan diri sahabatnya itu.Tak pernah nak insaf.Nanti
bila Allah balas baru nak faham agaknya.
‘Ya Allah kau buka kan lah pintu hati sahabatku yang degil ni Ya Allah’ Doanya dalam hati.
‘Ya Allah kau buka kan lah pintu hati sahabatku yang degil ni Ya Allah’ Doanya dalam hati.
PS: Gaya penulisan macam budak2 ke? (saya memang budak2 pun :)Kalau ada yg x berkenan dgn cara penulisan saya sila beritahu. ;P
semakin menarik...xsabar nk tunggu diorang kawin.teruskan usaha...
BalasPadamsambung cepat2 yer
best giler,lain dpd citer kawen paksa yang lain...teruskan menulis..
BalasPadamupload tiap2 hari boleh tak? (melampau permintaan :P)
BalasPadamaaaa best gila.kelakar bila baca bab syarat2 tu
wonderpet...serius nenek dia nmpk chumil.....
BalasPadamnk bab 12...^_^
BalasPadamxsbr nk tgk deowg kawin!!!
mmg best lh x dela pnulisan bdak2...tp klu nvel cinta kontrak tu mmg mcm gya pnulisan bdk2 myesal bli r...
BalasPadamtau xpe mahanum..cite die xbest langsung..huhu..
Padamsalam iman.penulisan iman mengikut peredaran zaman so tak de kurangnye.akak suka, lebih2 lagi crita nye amat menarik sekali. so bagi akak yg dah berumur, ada anak dara, in the 21st century, ini 1 cara utk memahami emosi dan pemikiran anak2 muda especially d girls. mcm 'nenek' tu, kelas baca cinta kontrak hehehe! buat yang terbaek dan jgn mengalah...caiyok all d best...akak atie
BalasPadamcerita nya menarik jer....saya suka,saa suka....
BalasPadamlike3x..
xsbar nk bca sambungannya ag...
best3x....
suka je....xde bdk2 pun....
BalasPadam