People that love my stories

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Jumaat, 20 April 2012

Isteri di atas Kertas 13


BAB 13

HARI ni Aimran membantu Syaqira menyediakan sarapan.Sengaja dia bangun awal meringankan tulang membantu ‘adik baru’nya itu.Gelak tawa mereka memenuhi ruang dapur.Mak Mah,pembantu rumah baru yang diupah Datin Aisyah dah penat nak menggeleng melihat telatah mereka.Rasa macam nak patah tengkuk.

“Hei...abang nak buat air apa tu?” tanya Syaqira apabila melihat Aimran mencampurkan serbuk koko dan serbuk kopi ke dalam jug.

“Kalau Ira nak tahu,this is my favourite drink.Sedap.Namanya kokopi,” Aimran mengacau air ‘kokopi’ bancuhannya.Dia menuang sedikit ke dalam cawan dan disuakan kepada Syaqira. “Nah,cuba rasa,”

Syaqira mencapai cawan tersebut.Pandangan ragu-ragu dilontarkan.Sengaja dia ingin menyakat Aimran.Aimran mencebik. “Sedaplah.Abang tak letak pun racun tikus,”

Syaqira masih dengan aksi teragak-agaknya membuatkan Aimran naik geram. “Kalau Ira tak nak minum dahlah.Bak sini balik,” dia merampas cawan ditangan Syaqira.Pantas Syaqira melarikan cawan tersebut jauh dari jangkauan Aimran.Ketawa yang ditahan terlepas juga bergabung dengan tawa Mak Mah yang turut memerhati.Hatinya terhibur melihat kemesraan yang tercipta antara Syaqira dan Aimran.

“Alemak ada orang merajuk.Ira gurau jelah,” dia meneguk sedikit air kokopi bancuhan Aimran. “Ermm..sedap.Pandai abang bancuh air,” pujinya.Aimran mengangkat kening bangga. “Tengok oranglah.Ni mesti Ira ingat orang lelaki tak reti buat air sendiri kan?”


“Bukan Ira je.Memang rata-rata lelaki mana reti nak buat kerja-kerja dapur macam ni.Betulkan Mak Mah?” dia berpaling ke arah Mak Mah yang baru masuk.Mak Mah tersenyum. “Tak jugak.Sekarang ni kan dah ramai lelaki yang jadi chef.Jadi bukan perempuan je yang pakar bab masak-memasak ni,” Jawapan Mak Mah mengundang sengih mengusik Aimran.Keningnya semakin terangkat tinggi merenung Syaqira.

“Dah jangan nak gaduh pasal masak-masak pulak.Tu Datin dah panggil.Semua orang dah tunggu kamu dekat meja,” beritahu Mak Mah memangkas kata-kata yang baru nak keluar dari mulut Syaqira.

“Jom,” ajak Aimran.Dia terlebih dahulu melangkah keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi air minuman.Syaqira mengekori Aimran sambil tersengih.Kelakar tengok abangnya bawak dulang.Dah macam waiter pun ye gak.

Di meja makan empat pasang mata jatuh rahang melihat Aimran dan Syaqira beriringan keluar dapur.Tambah kejung rahang mereka melihatkan Aimran menatang dulang minuman.Hanya Lukman yang selamba menjamah hidangan.Dia hanya menjeling sedikit dari hujung mata.Helina kelip mata tak percaya..Toh Puan Zahara ternganga..Datin Aisyah dan Datuk Fauzan nampak lebih sehati sejiwa apabila mereka berpegangan tangan bersama-sama menghadapi kejutan di depan mata.

“Assalamualaikum.Sori lambat.Im tolong Ira buat air tadi,” Aimran menegur keluarganya.Dia meletakkan dulang diatas meja.Baru je dia menarik kerusi nak duduk Helina dah bangun meletakkan tangan atas dahinya.Aimran mengerutkan dahi.Dia menepis tangan Helina.

“Helin ni kenapa?” Syaqira yang duduk sebelah Datin Aisyah turut merenung pelik ke arah Helina.Helina tersengih.Dia kembali melabuhkan punggung di sebelah Aimran.

“Takde lah.Helin cuma nak periksa sama ada abang Im ni demam ke tak.Doktor Helina mengesahkan yang abang Im sihat.Ni mesti kes abang terhantuk tab mandi kan?” Helina mengoceh dengan pantas.

Aimran bertambah-tambah pening. “Apa kaitannya abang terhantuk tab mandi dengan demam?”

“Yelah,mana Helin tak pelik.Abang Im bangun pagi-pagi lepas tu tolong kak Ira dalam dapur.Siap buat air lagi,” Helina menuang air kegemaran Aimran ke dalam cawannya.

“Yang tu pun nak heran ke?Bukannya abang buat apa pun.Tolong bancuh air je.Kecoh betul,” Aimran berkata.Dia menyuap roti bakar yang dah disapu kaya ke dalam mulut.

Toh Puan Zahara dan Datin Aisyah saling bertukar pandangan.Datuk Fauzan meneruskan suapan tanpa mempedulikan renungan tidak selesa kedua wanita itu.Baginya perkara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.Lukman pula masih dengan sikap tak ambil pedulinya sementara Helina terus-terusan merenung pelik Syaqira dan Aimran.

What?” Menyedari suasana kaku di situ serentak Aimran dan Syaqira berkata.

Toh Puan Zahara berdehem. “Ira,nenek dah dapatkan kerja untuk kamu kat syarikat nenek.Kamu mula kerja tiga minggu lagi,” Toh Puan Zahara mengarah tegas.Perasaan tidak selesa dengan kemesraan teruna dara itu terbawa-bawa dalam perbicaraannya.

Syaqira tersengih lebar. “Betul ke nek?Alhamdulillah.Dapat gak kerja.Ira dah boring jadi penganggur ni.Nanti Ira kerja kat syarikat nenek yang mana?” tanya Syaqira tak sabar.Rasa seronoknya tak dapat dibendung.Kebosanan bergelar penganggur selama tiga bulan selepas tamat pengajian masih belum hilang apabila dia hanya sempat bekerja sebagai orang gaji selama tiga minggu di rumah ini.

“Masyriq Holdings.Nanti kamu kerja bawah Luk,” Toh Puan Zahara berpaling ke arah Aimran semasa berkata begitu.Sengaja dia ingin melihat reaksi Aimran.Hatinya risau bukan kepalang jika Aimran dan Syaqira saling jatuh cinta.

Lukman tersedak.Syaqira terbelahak. “Ada kosong ke kat Masyriq Holdings nek?” sampuk Aimran.Otak dia bergerak cuba mengingati kalau ada kekosongan jawatan di Masyriq Holdings.

“Ada.Ira nanti kerja sebagai PA Lukman,” tanpa rasa bersalah Toh Puan Zahara menyambung.Sikap ambil berat Aimran semakin menggusarkannya.Dia harus memastikan arah tuju hubungan mereka sebelum bertambah parah.

WHAT???” Lukman dan Syaqira menjerit serentak.Aimran tersengih.Faham dengan taktik neneknya yang ingin merapatkan mereka berdua.

“Nenek Ira ada Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan dengan Ijazah Psikologi.Bukannya kesetiausahaan,” bantah Syaqira pantas.Tak mungkin dia nak kerja sepejabat dengan mamat hantu ni.No wayyyy!!!!

“Luk dah ada PA dah nenek.Takkan lah nenek nak pecat si Azmira tu,” Lukman turut membuat bantahan suara.Gila apa nak letak perempuan ni jadi PA aku.Kalau makwe-makwe aku tu datang ofis nanti macam mana?Kusut kepalanya mendengar cadangan tak masuk akal neneknya.

“Alah Ijazah tu nanti-nanti lah kamu guna.Sekarang ni kamu belajar dulu jadi PA.Nanti Azmira akan tolong kamu sebelum dia cuti bersalin.Kamu Luk,Ira ni ganti Azmira sahaja.Bukannya kerja terus.Habis pantang masuklah dia balik,” Toh Puan Zahara bertutur tanpa nada.Dia menghabiskan sisa kopi di dalam cawan lantas berdiri. “Im, hari ni nenek tumpang kamu.Cepat sikit nenek tunggu dalam kereta,” ujarnya kepada Aimran.Tanpa menunggu lebih lama Toh Puan Zahara mengatur langkah menuju ke garaj.

Aimran terpinga-pinga namun dia akur. “Im pergi dulu mommy..daddy.Assalamualaikum,” Segera dia menghabiskan sarapannya dan mengekori neneknya.Lukman turut bangun.Dia berlalu keluar tanpa sepatah kata.Mukanya tegang menahan marah.

Datin Fauzan dan Datin Aisyah hanya memerhati pergerakan Lukman.Perangai keras kepala anak bujang mereka itu semakin menyesakkan. “Jomlah mommy.Helin dah lambat nak gi kolej ni,” Helina menarik tangan Datin Aisyah.Dia takut terlewat untuk ke kelas.

“Jomlah.Ira,kami pergi dulu ye?Ingat kamu jangan mengada-ngada nak buat kerja-kerja rumah.Kamu tu bukannya orang gaji lagi,” Sempat Datin Aisyah memberi amaran.Perangai keras kepala anak saudaranya itu dah setaraf dengan perangai keras kepala Lukman.Tak makan saman.Datuk Fauzan mengoyang-goyangkan jarinya ‘ikut arahan auntie kamu tu’.

Syaqira tersengih akur. “Ai..ai sir,”dia angkat tabik.

“Assalamualaikum,” serentak Helina..Datin Aisyah dan Datuk Fauzan memberi salam sambil berlalu.

“Waalaikumussalam,” jawab Syaqira lemah.Bibirnya memuncung tak puas hati.Waaa,aku nak buat apa kat rumah besar ni sorang-sorang?Nasib baik ada Mak Mah.Dia berpusing ingin mencari pembantu rumah baru tersebut.

“Ira dah habis sarapan?” Belum sempat dia sendiri mencari orang tua itu Mak Mah dah datang menyerah diri. “Dah.Kenapa Mak Mah?”

“Takdelah.Ni Mak Mah nak kemas cepat-cepat.Lepastu Mak Mah nak keluar kejap.Datin dah bagi izin tadi,” ujar Mak Mah sambil mengemas meja makan.

Huwaa... “Mak Mah nak pergi mana?” tanya Syaqira cemas.Ni yang buat aku rasa nak nangis ni.

“Nak pergi rumah anak Mak Mah kejap.Anaknya demam.Jadi Mak Mah nak tolong temankan dia pergi klinik.Suami dia outstation tiga hari,” balas Mak Mah.Dia membawa pinggan-pinggan kotor ke dapur meninggalkan Syaqira yang terpaku mendengar ujaran Mak Mah.Nak Doraemoooonnnn......Hatinya menjerit.


“Kamu ada apa-apa ke dengan Syaqira tu Aimran?” Toh Puan Zahara bertanya sebaik sahaja kereta BMW Aimran meluncur keluar dari kawasan perumahan.

“Apa nenek cakap ni?Mana Im ada apa-apa dengan Ira tu.Im anggap dia tu macam adik Im sendirilah,” tukas Aimran tenang.Nasib baiklah kepala otak aku ni dah boleh agak sebab musabab nenek nak tumpang aku pergi kerja.Kalau tak mau terbabas.Tak sanggup der mati muda.

“Betul ke kamu anggap dia tu macam adik kamu sendiri,” Toh Puan Zahara mahukan kepastian.Keningnya terjungkit sedikit.

Aiyaiyai...Nenek aku dah keluar aura Maimon Talib dalam drama Maharani,cengil. “Betullah nek.Buat apa Im nak tipu pulak.Kalau tak caya nenek pergilah tanya Ira sendiri,”

“Baiklah nenek percayakan Im.Nenek ni bukannya apa.Kamu tahukan yang nenek nak satukan diorang berdua tu jadi nenek tak naklah apa-apa yang tak elok berlaku,” terang Toh Puan Zahara.Hatinya lega mendengar kata-kata Aimran.

“Nek,Im nak tanyalah.Nenek buat semua ni semata-mata sebab sijil saham tu ke?” Aimran merenung seketika neneknya sebelum kembali memberi perhatian kepada pemanduannya.

“Kalau bukan sebab sijil saham tu,kamu rasa sebab apa?” Soalan Aimran dikembalikan dengan soalan juga.Sengaja Toh Puan Zahara ingin menguji cucunya.

“Pada pandangan Imlah, nenek nak Luk berdepan sendiri dengan traumanya,Arima.Dan mungkin jugak sebab nenek nak Luk berhenti daripada sikap prejudisnya terhadap perkahwinan.Am I right,grandma?” Aimran mendedahkan pendapatnya.

Absolutely right.Nenek harap sangat yang Ira akan bantu Luk bina keyakinannya untuk ada keluarga sendiri.Sampai bila dia nak buat perangai macam tu?Lukman tu bukannya makin muda.Tahun depan dah tiga puluh tahun.Kamu pun sama.Bila lagi nak kahwin?”

Aimran tersegih,menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Erm..nenek kita dah sampai ni.Esok-esok jelah Im jawab soalan nenek tu ye?” Tanpa menunggu balasan neneknya dia terlebih dahulu turun dari kereta.

“Kamu,nenek bagi tempoh sampai hujung tahun ni.Kalau tak bawak balik calon nenek yang akan tolong carikan untuk kamu.Faham?” Toh Puan Zahara memberi amaran tanpa ada kompromi kepada Aimran yang mengangguk laju persis burung belatuk.Mereka beriringan memasuki bangunan Arjuna Holdings.

PS: iMan tgh berada dlm zon memaksa diri menyiapkan full manuskrip*eceh*. insya-Allah klau tader aral melintang@menegak citer ni bley kuar lam bentuk novel *yay* all your supports are appreciate. kalau nk sumbang idea sgtlah dialu2kan. May Allah bless.. (otak tgh beku ni..huhuhuhuhu)










6 ulasan:

  1. agak2 bile bole keluar dlm bentu novel nie..heeeeee serius xsabar.gd luck iman. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq..tq..bila bleh kuar dlam bentuk novel?saya pun takleh nk jwb.cuma skrg mmg tgh nk siapkan full manuskrip..keep supporting :)

      Padam
  2. nanti dah keluar bagitau tauuu.tak sabarnyeeeee >.<

    BalasPadam
  3. best....best....harap cepat publish ye...teruskan lg...akak tetap follow citer nie..

    BalasPadam
  4. salmiah,kak hani: mekasih sbb sokong T_T *terharu* rasa agak kelakar plk blh wat novel waktu umur muda gini *ohok* mekasih sekali lagi..^_^

    BalasPadam
  5. sya ingat im suka kat ira...

    BalasPadam

Share It