People that love my stories

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Ahad, 7 April 2013

Cinta Kita Bukan Kontrak 19


Cinta Kita Bukan Kontrak 19

BAB 19

SOFEAN mundar-mandir di hadapan pintu. Hatinya resah menanti kepulangan Ayui dan Rayyan.  Mana pulak diorang ni? Kata cari bahan..ni dah malam. Cari bahan apanya sampai malam. Hati dia menggerutu tak senang.

Puan Ainul yang melangkah ke ruang tamu..berkerut dahi melihatkan kelakuan Sofean yang dah macam kucing hilang anak.

  "Kamu ni dah kenapa Ean? Resah semacam je?" tegur Puan Ainul.

Sofean tersentak apabila ditegur tiba-tiba tanpa sebarang amaran. "Tak..takde apa-apa makcik. Saja buat excersice," gugup Sofean menjawab. Pantas dia kembali duduk di sofa. Puan Ainul merenung curiga.

"Apa tak logiknya alasan kamu ni?"

Sofean menggaru kepala. Wajah dia serba-salah nak terangkan yang dia sebenarnya sedang menunggu kepulangan Ayui dan Rayyan. "Err..Ean..Ean tengah.."

"Tunggu Ayui dengan Rayyan?" selamba Puan Ainul memotong bila budak lelaki itu tergagap-gagap nak menjawab. Penat nak tunggu Sofean lengkapkan ayat dia.

Wajah Sofean memerah. Puan Ainul tergelak melihatkan kelakuan Sofean yang dah macam anak gadis tertangkap basah merenung jejaka pujaan. "Yang kamu risau sangat ni kenapa? Kan budak berdua tu keluar atas urusan kerja sekolah?"

Sofean mengeluh. "Makcik tak risau ke?"

"Nak risau apanya? Dia bukannya budak kecil lagi," sengaja Puan Ainul berkata begitu. Dalam nak hati menguji Sofean. Macam ada hati dengan Ayui je Ean ni.

"Yelah..yang tu Ean tahu. Tapi makcik belum kenal lagi siapa Rayyan tu..tak macam makcik kenal Ean,"

Kata-kata Sofean secara tak langsung membuatkan Puan Ainul menghamburkan gelak. Ya Allah..budak-budak zaman sekarang ni. "Ehem.." Dia berdehem melindungi ketawanya.

  "Jadi..kamu nak cakap yang kamu lagi baik dari Rayyan sampai makcik perlu percaya kamu lebih daripada makcik percaya Rayyan? Macam tu?"

Muka Sofean cemberut. Baru dia buka mulut nak membalas..terdengar suara memberi salam. "Hah.. Diorang dah balik," Sofean meluru bangun dari duduk menuju ke pintu.

Ayui yang baru sahaja mencecahkan tangan ke tombol pintu..tersentak ke belakang bila pintu utama itu dah terlebih dahulu direntap dari dalam. "Whoaa..Easy boy. Kau nak pergi mana malam-malam buta ni Ean?" Tangan dia terangkat ke atas. Terkejut dengan kemunculan mendadak Sofean.

"Kenapa kau lambat? Cari bahan untuk kerja kursus ke pergi dating?" Ayat yang dituturkan meluncur laju macam peluru berpandu.

Ayui kerut dahi. "Sarkas-tikus sangat ni kenapa? Pergi cari bahanlah.. Takkan aku pergi dating dengan KP senget ni pulak?" Selamba dia menjawab samnil melangkah masuk ke dalam.

Rayyan buat muka tak puas hati. "Kau cakap aku senget?" Langkah Ayui diekori. Rayyan berjalan melintasi Sofean tanpa menghiraukan budak lelaki itu. Gelagat Rayyan membuatkan Sofean bertambah bengang.

Ayui tergelak. "Ok..kau tak senget..sihat walafiat cuma kurang center je," Dia berdiri sebelah Puan Ainul. "Betul tak ibu?" Wajah ibunya dipandang.

Puan Ainul hanya angkat bahu. "Jangan nak libatkan ibu dalam masalah kamu berdua. Ni dah solat ke belum?"

"Dah," Serentak keduanya menjawab.

"Baguslah kalau dah.. Ibu nak masuk bilik. Kamu bertiga cepat pergi tidur. Jangan nak berjaga sampai tengah malam," pesan Puan Ainul sebelum melangkah menaiki anak tangga.

Ayui yang nak mengekori ibunya terdorong ke belakang bila tangannya direntap seseorang. "We're not finish yet," Rayyan bulat mata pandang wajah Ayui.

"Apa lagi?" Tangan Rayyan menarik hujung lengan baju kurungnya ditepis.

"Kau cakap aku senget? Kurang center?"

"Oh.." Ayui gelak. "Betullah tu. Kau kan ada masalah sikit dekat sini," Jari telunjuk ditalakan ke arah kanan kepalanya.

Kelakuan Ayui membuatkan Rayyan mengetap bibir,geram. Sesedap ayam goreng je dia kata aku tak betul. Sofean yang sedari tadi memerhatikan perbualan Ayui dan Rayyan pantas mencelah. Menggelegak jiwa raga tengok mereka berdua boleh berbual akrab.

"Ok..cut it off. Berpinar mata aku tengok drama korang berdua ni," Dia mencelah di tengah-tengah Ayui dan Rayyan. "Sejak bila jadi bff ni?" Sinis bersuara.

"Bff? Takde maknanya.. Aku nak naik dulu..Daa," Tak tunggu lama Ayui pantas melarikan diri menuju ke bilik tidur.

"Hei! Aku tak habis cakap lagi,"

"Sambung esok," Laung Ayui dari atas membalas kata-kata Rayyan.

"Dan aku pun tak habis cakap lagi.." Sofean berdiri dihadapan Rayyan. Muka dia tegang.

"Dude..kalau kau nak cemburu-cemburu ni..esok jelah ye? Takkan malam-malam buta nak mengamuk?" Rayyan tayang muka sinis.

Ekspresi muka Sofean bagai tak boleh nak percaya apa yang dia dengar. "Cemburu?" Kalau lah kau tahu apa yang sedang berlaku.. Wajahnya diraup melepaskan tekanan yang dirasai. "Aku bukan cemburu ok?"

"Apa-apa jelah dude. Sekarang ni aku nak naik atas..nak tidur. Ok? Good night," Rayyan tepuk bahu Sofean sekali sebelum langsung berlalu mendaki tangga. Sofean ketap bibir dengan mata mengekori bayang Rayyan yang kemudiannya menghilang di balik dinding. Satu keluhan panjang dihela.

************************

Seisi kelas gabungan 5Sastera dan 5SC1 ternganga melihat dua pasangan yang elok je berborak sambil gelak ketawa. Masing-masing gosok mata tak percaya. Mimpi?

  "Ya...kau nampak tak apa yang aku nampak?" Zaty menarik-narik hujung lengan baju kurung Aya. Gadis itu terangguk-angguk.

"Nampak..nampak. Mata kau tak rabun kan?" Aya soal Zaty.

Zaty menggeleng. "Tak.. Kau?" Dia menyoal balik. Aya turut menggeleng.

"Kalau kau tak rabun..aku tak rabun, maknanya.." Keduanya saling berpandangan serentak.

"Love in the air," Sampuk Carl yang dari tadi diam tanpa suara.

"Yup..yup. Totally love in the air," Taufeeq mengiakan. Tangan dia santai diletakkan atas bahu Carl.

"Oii..jangan buat kesimpulan sendiri boleh? Mana kau tahu diorang jatuh cinta ke..kawan je ke," Zaty memintas bicara kedua budak lelaki itu. Buat kesimpulan macam perempuan.

"Dah tu..apa lagi kesimpulan yang sesuai untuk dua manusia yang selalu bergaduh..then tak sampai beberapa bulan dah baik sampai boleh bergelak ketawa. Bukan jatuh cinta ke tu?" Taufeeq menegakkan pendapat dia.

"Shuhhh... Suara kau perlahanlah sikit. Nak mati?" Aya lepuk bahu Taufeeq dengan kalkulator. Masing-masing tersengih kat Ayui yang beralih pandang ke arah mereka. Gadis itu mengangkat bahu lantas kembali menumpukan perhatian ke arah Rayyan.

"Tapi kalau tengok betul..betul, diorang nampak sepadan kan," Zaty gosok dagu merenung dua figura yang jelas menjadi perhatian seisi kelas.

"Kalau betullah diorang jatuh cinta.. maknanya betullah juga kata pepatah. Jangan terlalu membenci, nanti bertukar jadi sayang," Taufeeq menyambung dengan suara macam nak mendeklamasi sajak.

"Uhuu..tolonglah. Geli dengar kau cakap macam tu," Carl putar bola mata ke atas. Tangan Taufeeq yang dari tadi melepek dibahu..dia tolak.

"Lah betul.. When hate turns to love..kata Hlovate," sengih ditarik. Zaty dengan Aya tergelak tengok gelagat Taufeeq.

"Eceh mamat ni.. Tahulah dah ada buah hati," Aya mengusik. Serta-merta wajah Taufeeq berubah riak. Zaty laju menyampuk.

"A'ah lah kan. Ada orang tu dah pandai main feeling-feeling ni, pandai je bagi nasihat,"

Taufeeq menggoyang-goyangkan tangan menyuruh kedua rakan perempuannya itu diam. "Mulut korang ni memang tak boleh simpan rahsia," gerutunya tak puas hati.

Zaty dan Aya hanya gelak. Carl turut tak ketinggalan mentertawakan rakannya. "Jangan over feeling sampai SPM hancur sudah," Sempat Carl menyindir.

Taufeeq mencebik. "Aku tahulah.. Ishh korang ni. Asal dapat peluang, mesti tak lepas aku punya," Rungutan dia hanya disambut dengan muka tak peduli tiga sahabat itu.

*****************

Sementara itu....

"Apesal aku rasa semua orang asyik pandang kita?" Ayui bersuara tanpa angkat muka.

Rayyan sengih sebelah. "Buat bodoh je," Selamba dia membalas. Rayyan tongkat dagu pandang Ayui.

Ayui yang sibuk menulis mengangkat muka bila terasa diri diperhati. "Kenapa kau pandang aku macam tu?"

Rayyan senyum manis. Killer smile. "Saja.. Kau nampak comellah hari ni," Ayat player laju je meluncur dari mulut. Ayui terlopong.

"Kau demam ke apa?"

Rayyan mengeluh perlahan. Ni yang susah kalau buat misi nak ngorat budak slow dari segi perasaan. "Aku kena demam dulu ke baru boleh cakap kau comel?"

"Shh," Ayui letak jari kat bibir. Butang mata dia pandang Rayyan yang bersuara kuat. "Gila kau? Nak satu kelas dengar apa yang kau merepek?"

"Biarlah diorang dengar," Selamba dia menjawab. Ayui ketap bibir. Ada jugak aku sekeh karang.

Rayyan teliti muka Ayui. Takde apa-apa perubahan. Tetap muka stone macam biasa. "Kau memang takde perasaan ke apa?"

"Huh??"

"Yelah.. Biasanya perempuan yang aku kenal..-err yang tak kenal pun ada  jugaklah-. Aku puji sikit je...." Kata-kata dia terputus separuh jalan.

"Masing-masing dah tergedik-gedik macam belut kena tabur garam," Pantas Ayui menyambung kata. Dia mencebik meluat.

Rayyan gelak panjang. "Mak aii  bahasa," Hujung dagu diketuk dengan jari telunjuk. Kalau taktik biasa tak boleh jalan..kena ubah strategi. Ni yang susah kalau ambik task nak ngorat budak hati batu ni. Seribu strategi yang ada dalam kepala otak..entah boleh jalan atau tak.

ps: huhu...sorry lambat update (-.-') sesungguhnya tengah struggle dgn kesibukan yg sama sibuk ngan PM.. (haha..hiperbola XD )



13 ulasan:

  1. Uhu ! Thanks kak , finally , dpt lpaskn rindu jgak . Ingtkan akak xmsukkan sbb dri mlm jumaat tunggu akk msukkan en3 .. Hehe !

    BalasPadam
  2. yes!at last ade jugak entry novel cinta kita bukan kontrak...rindunye kak ngan novel ni...hehehe rayyan gunelh strategi yg POWER punye...si ayui ni kn hati konkrit sikit.. anyways good job kak ^^ hope to see the other entry that is more powerful than this... best of luck kak!!

    BalasPadam
  3. ati batu btl.. rayyan hang jgn mgurat ayui utk dpmainkn yek..

    BalasPadam
  4. yes!!! rindu ayui sangat3 ngan ean hehehe nak lagi nak lagi :)

    BalasPadam
  5. akhirnya!!lame menanti ayui! ceq kompius ni..!ean ke rayyan yg sangkut dengan ayui??haha

    BalasPadam
  6. Nak lagi !!! Hehehe

    BalasPadam
  7. yeyeye.. nak lagi. masukkan 2 bab skali k

    BalasPadam
  8. nk tanye kisah dia tentang ape ek??
    sape hero ni??
    Suffian \ Rayyan??
    Just nk tanye je ^_~

    BalasPadam
  9. hero..bukan sofean n rayyan XD

    BalasPadam
  10. lambatnye entry kli ny..xsbar d0h nk entry bru..

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. boleh je taip dekat kotak carian dekat atas tu.. =D

      Padam

Share It