mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Isnin, 15 September 2014

Mr(Miss?) Drag Queen 1

BAB 1

ALEYA duduk termenung melihat manusia lalu-lalang di hadapan kedai mamak itu. Horlicks yang dipesan baru luak suku. Kepala kusut. Minda serabut. Betul-betul buat dia jiwa kacau. Nak jerit tapi ini bukan dekat tepi laut atau dalam hutan.

Kalau dia buta meroyan menjerit tiba-tiba dekat sini mahu dicop gila. Tak pun buat mamak yang tengah tebar roti canai tu sama terkejut lalu melayangkan tepung roti yang ditebar ke mana-mana pelanggan yang memenuhi kedai itu.

Ohh.. Senyum nakal menyenget sambil mata tepat pandang uncle yang sibuk membuat roti canai.

- Kau jangan buat gila. Tahu dek Along mahu sebulan kena grounded. And stop staring at that uncle. Nanti tak fasal-fasal dia perasan kau suka dekat dia pulak.
+ Fine..fine. Aku tak buat.

Anak mata segera dilarikan dari memandang uncle yang tengah tebar roti canai itu. Seram memikirkan jika uncle tu perasan yang Aleya mengushar dirinya.

Wajah Along yang sentiasa serius terlayar diruang mata. Tareeq Izham, merupakan satu-satunya saudara kandung yang dia ada di dunia ni. Sekonyong-konyong itu kejadian malam semalam kembali berputar diminda.

*****************

‘Lapan malam, sharp,’ Along bagi arahan mandatori. Tak boleh bantah wajib ikut.

Aleya pandang jam tangan. Lapan lima belas minit malam. Tergesa-gesa dia masuk ke bahagian dalam restoran mewah itu. Tercangak-cangak seketika sebelum nampak Along yang berdiri melambai sekali ke arahnya. Gaya seorang raja yang perintahnya absolute.

Aleya melangkah mendekati. Berkerut seketika dahi apabila terpandang tiga susuk tubuh yang tidak dikenalinya. Sepasang wanita dan lelaki dalam lingkungan 50-an berpaling memandangnya dengan senyuman.

Aleya membalas teragak-agak. Mata sempat mengerling ke arah ‘makhluk asing’ seorang lagi yang sibuk dengan telefon bimbit ditangan.  “Maaf Leya lambat,” Aleya memohon maaf sebelum melabuhkan punggung bersebelahan Alongnya.

“Jadi ini adik kamu Izham? Aleya kan? Cantik budaknya,” Wanita pertengahan umur itu berkata sambil tersenyum.

Aleya sengih nak tak nak. Tak tahu nak bereaksi macam mana. “Err.. terima kasih,” Dia bersuara perlahan. Terpinga-pinga pandang Along yang tak bersuara sedari tadi.

“Nama makcik Juliana. Panggil auntie Jue,” Wanita itu memperkenalkan diri.

O..k. Aleya angguk. Tak tahu nak buat apa selain mengangguk. Sungguh dia tak faham dengan apa yang berlaku.

“Dan ini uncle Syam. Yang tu anak auntie Ash Rifqi. Nama manja, Ash,”

Mamat yang dari tadi tunduk pandang telefon bimbit, angkat muka. Mata dia tepat memandang Aleya. Ash senyum segaris tanpa perisa, sebelum kembali tunduk. Aleya terkedu. Mamat gay ke apa? Sumpah dia terkejut tengok wajah Ash yang err.. well kacak tetapi agak feminin. Pretty boy? Ke dia pakai mekap? Macam pakai foundation je.

“Aleya tak keberatan kan kami join makan malam?” Suara auntie Jue memecah lamunannya.

“Huh? Oh.. tak..tak. Leya ok je,” Spontan dia membalas. Senyum palsu dilontarkan kepada mereka.

Aleya menjeling geram Alongnya yang kekal membisu. Dengan perilaku uncle Syam dan auntie Jue yang tersenyum-senyum pandang dirinya.. Kenapa rasa macam ada konspirasi je ni? Macam lagi dahsyat daripada konspirasi Rothschild bagi dana support negara-negara dari dua blok dalam perang dunia.

Untuk beberapa ketika kemudiannya, mereka menikmati makan malam. Auntie Jue dan uncle Syam sibuk bertanya itu ini. Sungguh membuatkan bulu roma Aleya menegak. Dah macam soal nak buat jadi menantu. Berkali-kali juga dia menjeling Along bagi isyarat SOS tetapi lelaki itu buat donno je. Membiarkan Aleya terkapai-kapai sendiri.

Ash Rifqi pula tekun menikmati makan malam tanpa banyak bicara. Telefon bimbit dah dimatikan. Hanya sesekali dia bersuara, itu pun kerana disoal auntie Jue. Jawapan yang keluar dari mulutnya pun ya dan tidak sahaja.

Usai menikmati makan malam, barulah Along buka mulut. Nasib baiklah dah habis makan kalau tidak memang haruslah Aleya tersedak. Takpun tersembur air.

“Apa Along?”

“Datin Juliana dan Datuk Syamsul berhajat nak jadikan Leya menantu mereka. Untuk Ash Rifqi,” Tenang Along bersuara. Tetapi Aleya benci akan ketenangan suara itu. Nada suara sebegitu sering kali melambangkan yang apa sahaja Along cakap adalah merupakan keputusan muktamad tanpa ada sebarang pindaan apatah lagi bantahan.

Auntie Jue dan uncle Syam melemparkan senyuman penuh berharap. “Kami suka sangat tengok Aleya. Sopan. Ada ciri-ciri wanita baik dan muslimah sejati. Kami berhajat nak satukan Aleya dengan Ash,” Auntie Jue bersuara mengharap.

Aleya pandang Ash. Lelaki itu membalas dengan pandangan kosong. Macam redha lagi berserah dengan keputusan kedua ibubapanya.Seriously? Patutlah macam gay, attitude pun tak melambangkan lelaki sejati yang gagah perkasa macam Umar al-Khattab.

- ‘Dia tak membantah harapan parents dia. Mungkin nak gembirakan hati parents dia. Kau apa tahu?’

Dalam ‘kesewelan’ yang melanda, sempat pula suara dalam diri dia membantah.

“Err.. boleh bagi Leya masa untuk berfikir?” Jelingan Along terus membuatkan kata-katanya ternoktah di situ. Walhal, sebenarnya masih ada sambungan.

Auntie Jue dan uncle Syam saling berpandangan. “Sure honey. Take your time. Tapi kami harap jawapantak mengecewakan kami sebab Izham pun dah setuju,” Auntie Jue melemparkan senyuman.

Aleya pandang wajah Along. Dah setuju? Tekak rasa perit. Sumpah dia rasa macam kepala baru dihempap batu bertan-tan bertanya. Auntie Jue mengeluarkan kotak kecil warna merah. Ditolak ke arah Aleya.

“Ini untuk kamu. Auntie dah beli siap-siap. Ambillah,” Aleya terkebil. Ya Allah. Apa ni? Sungguh dia tak bersedia. Dengan jari yang sedikit menggigil, dia ambil kotak kecil itu. Dibuka. Sebentuk cincin terserlah.

Senyuman plastik dilemparkan. “Cantik,” ujarnya sepatah.

Auntie Jue dan uncle Syam tersenyum puas. “Baguslah kalau kamu suka. Jenuh juga kami mencari agar sesuai dengan cita rasa orang muda sekarang ni,” Uncle Syam bercanda.

Aleya telan air liur lagi. Kata-kata lelaki itu membawa maksud yang mendalam dan dia tak suka kannya. Aleya pandang Ash. Cuba memberi isyarat kepada lelaki itu. “Cincin yang cantik untuk wanita yang cantik,” Ash berkata membuatkan Aleya ternganga. What the heck?

Auntie Jue dan uncle Syam tertawa. “Nampaknya Ash sukakan Leya. Harap mudahlah segala-galanya ya,”

Aleya semakin sesak nafas. Mata membulat kepada Ash. Rasa nak luku je kepala lelaki itu. Tetapi deheman Along membuatkan renungan berapinya terhenti.

“Kalau begitu kami minta diri dulu. Aleya, auntie betul-betul berharap akan dengar berita baik dari kamu,” Mereka berdiri. Auntie Jue mencium pipi Aleya. Kiri kanan. Aleya hanya tersenyum pahit.

Along melangkah mengiringi ketiga-tiga mereka keluar restoran. Sementara Aleya kekal di meja makan. Kepala dia kusut. Jiwa kacau.

“Along… apa ni Along? Tiba-tiba je. Dah lah tak inform Leya fasal benda ni semua. Tup..tup Along nak suruh Leya kahwin?” Aleya terus menyerbu Along dengan soalan bertubi-tubi.

“Along dah buat keputusan. Leya nak atau tak nak, Along tak peduli. Leya kena terima,” balas Along. Tenang.

Darah Aleya terasa mendidih. “Ini soal hidup Leya. Along tak boleh masuk campur. Takkan semua benda Along nak tentukan?” Suara ditahan daripada meninggi. Tak nak buat drama di tengah restoran.

Along pandang mata Aleya. Tepat. “Leya dengarkan apa Datin Juliana cakap kan tadi? Dia sukakan Leya. Suka tengok penampilan Leya. Sebab tu dia nak jadikan Leya menantu dia,” Akeya mendengus kasar.

Hilang ingatan apa Along ni? Auntie Jue berbicara soal dirinya yang berpenampilan seperti muslimah sejati. Tapi tahukah wanita itu yang dia sendiri masih dalam proses untuk berubah kepada yang lebih baik? Setelah satu jangka masa tenggelam dalam arus hidup yang tidak berlandaskan ajaran agama Islam?

“Ini semua fake lah Along. The true me adalah Leya yang sebelum ni. Diorang tahu ke siapa Leya sebelum ni? Hah? Macam mana Leya yang dulu sebelum jadi Leya yang sekarang ni?”

Along bersandar tenang di kerusi. “Leya hanya perlu jadi Leya yang sekarang. Yang lama tu diam-diam sudah. Tak perlu bagitahu sebab tak ada yang perlu tahu,” Mudah lelaki itu bersuara.

Ya Allah. Cakap dengan Along macam cakap dengan dinding batu konkrit dekat Palestine sana. “Kenapa Along buat keputusan tak bincang dengan Leya? Soal nikah kahwin ni bukan benda main-main. Banyak benda nak kena buat,”

“Serahkan semuanya pada Along dan Datuk Datin. Kami akan siapkan semuanya,”

“Bukan persiapan dari segi material. Tapi dari segi mental dan fizikal. Along main cekup je entah sapa-sapa nak jodohkan dengan Leya,” Aleya berpeluk tubuh. Bibir diketap geram.

Complaint lah macam mana pun, Along tak nak dengar jawapan tidak,” Along menjawab senang.

Aleya terdiam. Ughh.. Sakit hati. Sakit jiwa. Sakit kepala. “Leya nak balik,” Dia bangkit.

Along hulur kotak cincin. Dengan bengkek, Aleya menyambut lalu menyumbat kotak kecil ke dalam beg sandang.

“Apa pun yang Leya buat, jawapan yang Along terima hanya Ya,” ulang Along. Dia pandang Aleya. Serius. “Got it?”

Aleya tak menjawab. Dia terus berjalan keluar. Hati terasa sakit tahap maksimum. Kalau orang lain yang buat dia sesuka hati macam tu memang dah lama dia buat tak dengar. Mustahil dia akan ikut kata-kata orang itu. Tetapi ini Along. Along yang membuatkan kakinya terasa dirantai. Dia terhutang nyawa dengan Along membuatkan setiap tindakannya seperti disekat. Setiap apa yang Along suruh dia buat terasa berat untuk dibantah.

Arghh.. tak suka..tak suka.

******************

“Adik.. adik,” Suara lelaki memanggilnya kedengaran.

Aleya terhenti mengahntuk kepala ke meja. Dia angkat muka. Wajah uncle pembuat roti canai menyapa pandangan. Oppss.. I did it again. Mata pandang pula sekeliling kedai mamak itu. Ada beberapa pelanggan yang terlopong pandang dia. Ada juga yang dah tergelak-gelak.

“Adik.. sini ada butul ka?” Uncle itu menyoal prihatin sambil jari telunjuk menunding ke kepala sendiri.

Aleya blur. Huh? Oh.. wait. What? Uncle ni nak kata aku gila ke?

- ‘Dah kau terhantuk-hantuk dekat tengah kedai mamak ni, tak ke menggambarkan something wrong somewhere?’

Sorry.. Ye..ye.. saya ok. Sorry,” Kelam-kabut dia berdiri. Air horlicks diteguk sehingga habis. Ok, buruk perangai. Rasulullah SAW menganjurkan kalau kita minum hendaklah tiga kali teguk. Bukan sekali teguk sampai habis.

Aleya menghulurkan RM5 kepada uncle yang masih berdiri di situ. “Keep the change,” Gadis itu tersenyum segaris lantas terus keluar dari kedai mamak. Dia berjalan laju tanpa berpaling dah. Malu kot. Setelah berjalan agak jauh dari kedai mamak itu, barulah langkah diperlahankan.

Aleya sedikit termengah. “Eee.. Ya Allah. Apa lah yang aku buat ni,” Kepala diketuk-ketuk perlahan. Tak sangka boleh pula dia terbawa-bawa perasaan geram kepada Along sehingga tak sedar tindakannya di alam realiti.

“Fuh.. ok. Calm down. Benda tu tak pernah jadi. Tak pernah jadi,” Berulang-ulang kali diulang. Dah berbunyi macam jampi serapah pula. “Argh!! Kenapa tak boleh hilang ingatan ni? Malunya..” Muka diarup.

Masih terbayang wajah hairan plus simpati uncle di kedai mamak itu. Huu..mesti dia ingat aku betul-betul ada masalah mental. Tak boleh blah betul. Sedang Aleya melayan perasaan, kedengaran bunyi suara manusia bertingkah-tingkah di lorong tak jauh darinya. Aleya pandang keliling. Baru tersedar yang dia berdiri di kawasan yang suram dan sunyi. Ah, sudah!

Sekonyong-konyong teringat akan nasihat Dila kalau perempuan nak keluar terutama waktu malam, lebih baik keluar berteman atau secara berkumpulan. Tapi nak buat macam mana, kedua housemate dia, Dila dan Nisa balik kampung. Tinggallah dia berseorangan di rumah itu.

- ‘Dah tu kenapa keluar?’

Soalan yang dah tahu jawapannya.

“Opocot,” Aleya tersentak bila terdengar suara menengking. Air liur ditelan. Macam suara orang dalam kesusahan je. Kaki melangkah menghampiri lorong itu. Wonderpets..wonderpets kami datang. Automatik lagu Wonderpets bergema dalam kepala.

Telefon bimbit dah siap mendail nombor kecemasan. Mana tahu kalau ada apa-apa jadi, tekan je. Aleya menjenguk sedikit di lorong suram itu. Kelihatan dua orang lelaki mengepung seseorang yang terduduk di atas tar. Aleya mengecilkan mata. Dari rambut yang panjang mengurai itu dapat dikenal pasti yang itu adalah seorang wanita.

Nak buat apa ni? Bibir digigit. Sedang dia berfikir-fikir muncul seorang lelaki bercakap-cakap dengan dua lelaki lain itu. Tertawa dua tiga minit lepas tu mereka blah.  Aleya terkebil-kebil. Uikss.. ajaib. Setelah memastikan kelibat mereka betul-betul dah tiada, Aleya menghampiri wanita berambut panjang yang masih terduduk di situ. Trauma barangkali. Dia meneka rambang.

“Awak ok?” Tegur Aleya. Berdasarkan lampu telefon bimbitnya dapat dilihat wajah wanita itu. Dahi berkerut. Macam pernah jumpa.. ah.. abaikan.

Diorang buat apa-apa ke dekat awak?” tanya Aleya. Wanita di depannya itu macam terpukau merenung Aleya tanpa menjawab.  “Err..helo?” Aleya lambai tangan didepan wanita itu. Mata sempat menganalisis wanita depannya itu. Cantik dengan mekap sederhananya.

Takde lah seksi pun. Tetap je kena ganggu. Ish..ishh. Wanita itu mengenakan jaket denim lengan panjang dan seluar palazo. Sesuai dengan tubuhnya yang kurus.

“Aleya?” Aleya berhenti menganalisis wanita itu. Apesal macam dengar suara jantan je? Ada orang lain ke? Dah tu siap panggil nama aku lagi. Dia tertoleh-toleh pandang kiri kanan dan belakang. Kosong. Salah dengar kot.

“Aleya kan? Hei.. ni Ash lah,” ‘Wanita’ depannya itu menarik rambut panjangnya. Aleya ternganga luas.

What the f.. No..no. Dah janji dengan diri sendiri tak nak dah guna perkataan-perkataan macam tu lagi. Kalau ‘ringan-ringan’ tu boleh lagi. Tukar..tukar. Emm..emm.. hah!

What the duck?


- ‘Quack quack,’
+ Damare!!


ps: Damare = shut up.. dlm bhs Jepun :D

Assalamualaikum n haiiii =D :D
hmm.. *gosok2 dagu.. what do u think? 
oh well.. babai.. xoxo

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.