mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Isnin, 6 Oktober 2014

Mr(Miss?) Drag Queen 2

BAB 2

TUBUH dipusing ke kanan. Mata terkebil-kebil pandang jam loceng atas meja kecil di tepi katil.7 pagi. Aleya mengeluh. Ini semua mamat gay tu punya fasal. Nasib baik dia uzur sharie, jadi tak perlu menunaikan solat Subuh.

Sejak malam tadi, dia langsung tak boleh nak lelap walau sepicing. Aleya bingkas bangun. Dah alang-alang mata tak boleh nak lelap lebih baik dia terus bangun. Setelah basuh muka ala kadar dan gosok gigi, Aleya terus turun ke bawah.

Rumah teres dua tingkat itu dihuni dia dan dua orang lagi rakannya. Dila dan Nisa. Aleya menapak ke dapur. Terhenti seketika dimuka pintu dapur melihatkan sesusuk tubuh berambut panjang yang sibuk membancuh minuman di kaunter dapur.

“Awal kau sampai Dila? Kata mungkin sampai petang?” soal Aleya hairan.

“Hmm..” Itu sahaja jawapan Dila.

Aleya angkat kening. Peti sejuk dibuka. Kotak susu dibawa keluar. “Nisa mana?” soal Aleya lagi.

Dila hanya angkat bahu. Tubuh masih membelakangkan Aleya. Gadis itu semakin hairan. “Kau ni dah kenapa? Buang tabiat? Jawab pandanglah aku,” rungut Aleya.

Susuk tubuh berambut panjang itu berpusing. Cawan dipegang dengan kedua belah tangan. “Darling, aku tak boleh jawab sebab aku bukan Dila dan aku tak kenal siapa Nisa,”  Suara serak-serak basah itu menjawab.

Aleya ternganga luas. Ash Rifqi!!

“Apa awak buat dekat sini? Macam mana awak boleh masuk?” Cemas Aleya berkata-kata.

Ash tak menjawab. Tangan dipanjangkan menghulurkan sticky note berwarna kuning kepada Aleya. Gadis itu menyambut dengan dahi berkerut. Sekejapan dia dah kenal pasti tulisan di stick note itu. Milik Dila.

‘Babe, aku pinjam kereta kau tau. Emergency. Petang nanti kita jumpa. TTYL.’

+ TTYL?
- Talk to you later.

Right. Aleya teruskan pembacaan.

‘Ps: Btw, aku yang bagi kawan kau tu masuk. 100x dia tekan loceng x berjawab.’

Dila!

Aleya ternganga baca nota itu. Kereta aku.. kejap.. yang tu tak penting. Ada lagi yang penting daripada kereta, sekarang ni. “Macam mana Dila boleh bagi awak masuk? Dia tu sangat pantang kalau ada manusia berjantina lain jejak kaki dalam rumah ni kalau tak ada hal penting,”

Ash mengelip-ngelipkan matanya yang sarat dengan bulu mata palsu dan eye shadow warna pelangi. Aleya meraup wajah.

He doesn’t even look like a guy. Gosh!!

+ Tapi suara dia macam lelaki kan?

Tap!! Jari dipetik. “Yup… suara. Helo, suara awak still macam jantan, bapok.. ughh whatever. Takkan Dila bodoh sangat nak kena tipu hidup-hidup dengan awak? Bukak mulut confirm keluar suara pondan tak cukup umur,” Tanpa perasaan Aleya menghentam Ash. Sesungguhnya dia tengah marah.

Ash letak cawan atas meja dengan aksi lemah-gemalai. Aleya memicingkan mata. Sakit hati tengok aksi lelaki itu yang seperti memperolok-olokkan dirinya.

Ash kemudian buat isyarat tangan. Jari menunjuk ke arah leher lantas kedua tangan disilangkan. “Aku tak cakap even sepatah pun,” Selamba Ash berkata.

Mulut Aleya semakin terbuka luas. Dia berlakon bisu pulak!

- Hmm.. Geliga jugak otak mamat gay ni.
+ Shut up. Whose side are you on?

By the way, hun,” Ash bersuara selepas meneguk minuman. Santai perlakuannya macamlah ini rumah dia. “Kau punya bed head buat kau nampak comel sangat,” Dia senyum segaris sambil kening kanan dijongket dua kali.

Aleya pegang kepala. Crap! Baru perasan yang dia tak pakai tudung. “Awak…eee..argghh..” Aleya jerit sambil berlari ke tingkat atas. Tak sampai dua minit dia turun kembali dengan kepala yang dah bersarung tudung. Nasib baik baju tidur yang dipakai lengan panjang. Kalau tidak, buat free show lah gayanya.

+ Tapi dia gay.
- Dia tetap lelaki walau dia gay sekali pun.

Aleya menuju ke ruang depan lantas pintu utama dibuka luas-luas. “Awak tolong keluar. Sekarang,”

Nope,” Santai Ash membalas. Cawan dibawa ke mulut. Kaki disilangkan.

Fine. Apa yang awak nak? Kalau fasal malam tadi, saya janji saya takkan bagitahu mak bapak awak,” Aleya mengalah. “Sekarang tolonglah keluar. Saya tak nak kalau jiran-jiran salah faham,” Dia merayu lagi.

Ash tergelak. “Salah faham? Seriously?” Dia tengok diri sendiri kemudian tengok Aleya.

Aleya ketap bibir. Geram.

“Awak nak apa sebenarnya ni? Kalau fasal malam tadi..”

Ash pantas memotong. “Kau takkan bagitahu mak bapak aku, tapi kau akan bagitahu abang kau kan?” Dia bangun dari kerusi  menuju ke sinki.

Aleya ketap bibir. Helah dia tak menjadi. Pastilah dia akan beritahu Along akan hobi pelik Ash. Kahwin dengan lelaki pakai baju perempuan macam Ash ni? No way. Dalam mimpi pun dia tak pernah bayangkan benda ni akan terjadi, apatah lagi di alam realiti.

Sorry darling. Tapi nak tak nak, kau kena kahwin dengan aku,”

“Kenapa pulak saya kena kahwin dengan mamat gay macam awak ni? Saya tak nak. Tolonglah! Banyak lagi manusia normal dekat luar tu, cuba bagi satu sebab kenapa saya kena kahwin dengan manusia tak normal macam awak ni?” Suara Aleya meninggi. Amarahnya meledak.

Ash masih tenang seperti tadi. Langsung tak terkesan dengan kata-kata kasar Aleya. “Sebab? Senang je. Kau kena kahwin dengan aku, sebab aku tak nak kahwin dengan perempuan lain yang termasuk sebagai calon dalam list parents aku,” jawab Ash.

“Banding dengan diorang aku pilih kau,” sambung Ash lagi. Dia berjalan menuju ke ruang tamu lantas duduk bersilang kaki di atas sofa.

Aleya pejam mata. Nafas ditarik dalam-dalam. “Kiranya saya manusia bertuah lah ni?” Sarkastik Aleya menjawab.

Ash mengangguk dengan senyuman.

Aleya tepuk dahi. Ya Allah. Aku sindir pun boleh dia buat reaksi macam baru lepas kena puji? “Kenapa saya?” Pelik juga kenapa dia yang menjadi pilihan.

“Sebab kau lah satu-satunya perempuan yang parents aku berkenan yang tak reti bergaya. Pakai baju kurung je malam tu,” Ash senyum senget di hujung kata-kata.

Dahi Aleya berkerut. Pelik gila alasan mamat gay ni. Bukan ke selalunya alasan tu yang dijadikan sebab untuk menolak seseorang? Aleya baru nak buka mulut bila Ash kembali menyambung kata..

“Perempuan-perempuan yang sebelum ni semuanya kalau attend dinner dengan parents aku mesti berpakaian up to date from top to toe. Hello.. diorang nak apa? Cabar aku dalam diam? Ingat cantik lah sangat pakai macam tu? Dah lah make up tebal. Tak blend dengan warna baju. Pfftt.. just who do they think they are? Artis? Top model? Please,” Macam bertih jagung Ash berbicara. Siap dengan tangan dia terliuk lentok di udara.

Aleya melongo terkejut. Oh.My.Allah.

- Yup. Ini betul-betul Ohemgee..

Ash yang tengok Aleya terpaku tengok dia dengan pandangan semacam, terus berdehem. Duduk dibetulkan.

There. Aku dah bagi reason aku. Puas hati?”

Hell no. Awak dengar sini. Saya tak ada sedikit pun niat nak kahwin dengan awak. Mimpi apatah lagi. Dan saya tak akan kahwin dengan awak. Dengar tak? Tak akan! No way. Impossible. Mustahil,” Satu-satu perkataan dilontarkan. “Sekarang lebih baik awak keluar sebelum saya telefon mak bapak awak dan Along saya,” Jari telunjuk menghala ke pintu utama.

Ash kemam bibir. “Ok. Kalau macam tu, aku pun tak ada cara lain selain gunakan cara yang ni,” Usai berkata-kata, dia melompat ke pintu utama lantas ditutup rapat dan dikunci.

Aleya hanya mampu pandang tingkah laku Ash. Terkejut sebab lelaki itu bertindak terlalu pantas.

“Awak nak buat apa?” Aleya undur setapak apabila Ash berjalan ke arah dia.

“Buat cara aku supaya kita kahwin,” Selamba Ash berkata. Tangan membuka satu per satu butang baju blaus yang dipakainya. “Tak kira macam mana aku berpakaian sekali pun.. kalau kau lupa, I’m still a guy,” Bibir mengukir senyum yang kelihatan sangat menakutkan di mata Aleya.

Rambut palsu yang dipakai dilurut jatuh. Skirt labuh turut ditanggalakan. Kini Ash hanya berseluar pendek paras lutut dan bersinglet putih.

Now Aleya. Apa jawapan kau? Yes or no?” Tubuh dicondongkan ke arah Aleya.

Fine! Fine! Saya terima. Puas hati?” Aleya jerit tepat ke wajah Ash. Sakit hati..sakit jiwa tengok senyum jahat lelaki itu. Senget punya mamat gay.





 Assalamualaikum.. haiiiiii =D ola xD 
so, gambar di atas adalah sbg cth Ash.. haha.. 
he's a guy.. tp klau make up n pkai baju perempuan dia akan kelihatan spt perempuan.. xD 
tp jgnlah anggap sy sokong pulak lelaki pkai baju pompuan ni.. =.=" haipp.. berdosa tau.. 
just nak buat cerita rekaan aka novel aka campuran realiti n imaginasi.. hehe.. :P

enjoy!! n rajin2 lah komen ye.. xoxo




Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.