mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Khamis, 9 Oktober 2014

Mr(Miss?) Drag Queen 3

 BAB 3

“LELAKI?” Mulut  Dila terlopong luas. “Maksud kau perempuan bisu yang aku bagi masuk tu, lelaki?” tanya Dila untuk kesekian kalinya.

Aleya mengangguk. Wajah diraup perlahan. “By the way, dia tak bisu. Berlakon je tu,”

“Tapi dia kenal kau,” Dila berkata panik. Perasaan cemas mula melanda diri. Lelaki tu. Dia sendiri yang menetapkan peraturan bahawa lelaki dilarang keras untuk masuk ke kawasan rumah mereka apatah lagi melangkah masuk ke DALAM rumah.. sekarang apa dah jadi? Dia sendiri yang melanggar peraturan itu.

“Memanglah dia kenal aku. Aku kan pernah cerita yang Along aku nak satukan aku dengan anak bussiness partner dia tu. Ash Rifqi,”

“Mamat gay tu?” Laju Dila bersuara.

Aleya gelak perlahan. “Yup.. that’s the one,”

“Jadi yang pagi tadi tu..” Kata-kata Dila tak bersambung. Aleya mengangguk walaupun Dila tak habiskan ayat.

Damn. Dia betul-betul macam perempuan,”

“Haha..Kan?”

So, macam mana ni?” Dila pandang muka kusut Aleya. Kalau diikutkan, dalam hati dia terbit rasa tidak puas hati sebab terpedaya dan diperdaya oleh Ash. Sumpah! Mati-mati dia ingat yang Ash itu adalah salah seorang rakan perempuan Aleya. Langsung tak terjangka yang Ash itu sebenarnya seorang lelaki. Tambahan pula lelaki itu berlakon bisu! Lagi-lagi lah dia rasa kasihan.

Aleya menggeleng. Nafas dihela. Teringat kembali ugutan Ash. Ah! Lelaki itu memang licik. Pantas sahaja bertindak demi kesenangan diri sendiri.

“Kejap. Kalau dia sebenarnya lelaki, maknanya pagi tadi kau berdua je lah dengan dia dalam rumah ni?” Mata Dila membulat dengan  perkara yang baru terlintas difikirannya itu. Aleya mengangguk lambat-lambat.

Dila genggam tangan rakannya. “Leya.. kau cakap dengan aku, mamat gay  tu ada buat apa-apa tak dekat kau?” Tubuh Aleya dipusing menghadap dirinya.

Aleya tak dapat tahan tawa. Aksi penuh drama Dila tak pernah hilang sejak dari awal perkenalan mereka dahulu. “Kau baru sebut ‘mamat gay’,” ajuk Aleya. “Dia nak buat apa-apa, apa?”

Dila garu kepala. Ye tak ye. “Habis tu sekarang kau nak buat apa? Dah bagitahu Along kau? Takkan kau nak kahwin dengan mamat.. err.. macam tu..”

Aleya menghembus nafas. “Tu lagi satu masalah,”

“Apa? Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan dia tu,” canda Dila.

“Bukanlah,” Jatuh cinta dengan Ash? Ho.. dah rasa macam lesbian pulak nanti. Gila!

Aleya menceritakan kembali apa yang berlaku antara dia dan Ash pagi tadi.

“Kiranya kau dah setuju lah ni?”

Aleya menggeleng. “Entah. Aku tak tahu,” Dia melempar pandangan kosong. “Tapi aku akan cari jalan lain dulu untuk pastikan aku tak kahwin dengan mamat gay tu,” Dia memasang azam.

“Macam tu lah baru Aleya yang aku kenal. Tapi apa kau nak buat? Bagitahu Along kau? Dia akan dengar ke?” Muka stone Tareeq Izham terlayar diruang mata. Sentiasa tenang tak beriak.

“Aku tak tahu Dila. Tapi kalau tak cuba mana nak tahukan? Mungkin nasib aku baik..” Suara diperlahankan pada penghujung ayat. Nasib antara dia dengan Along tak pernahnya baik. Kalau dahulu.. mungkin.

Melihatkan wajah keruh Aleya, pantas Dila menukar tajuk perbualan. “Tapi mamat Ash ni, teruk sangat ke dia?”

“Cakap fasal teruk..” Duduk dibetulkan. “Kau nak tahu tak kenapa dia pilih aku berbanding perempuan-perempuan lain yang jadi calon mak bapak dia?”

Dila tayang riak wajah penuh ingin tahu. “Kenapa?”

“Sebab aku tak reti berfesyen,”

Bibir Dila mengherot. “Apa? Kenapa pelik sangat alasan dia tu? Bukan patut sebaliknya ke?”

“Dia cakap lagi, perempuan-perempuan lain yang mak bapak dia kenalkan semua pandai bergaya macam artis, macam top model. And guess what?”

What?” Mata Dila semakin bersinar-sinar penuh tak sabar.

“Bagi Ash, perempuan-perempuan tu semua sebenarnya mencabar dia dalam diam. Dia tu orangnya taste tinggi dalam fesyen segala bagai ni. Dan perempuan-perempuan tu pulak jenis yang bergaya from top to toe katanya. Jadi, Ash tak puas hati,”

Dial terlongo. “Kejap. Jadi kiranya si Ash ni berdendamlah dengan perempuan-perempuan tu?”

Aleya jungkit bahu. “Mungkin.. Pelikkan dia tu?”

Serentak Dila meledakkan tawa. 

“Kau tahu, aku rasa macam nak hempuk je dia dengan pasu bunga ni waktu tu,” Pasu bungan atas meja kecil dituding dengan jari telunjuk. “Come on lah. Ada ke patut tak puas hati sebab benda bodoh macam tu je. Helo, dia tu lelaki. Well aku tahu lah dia pakai macam perempuan, make up semua.. but still tubuh badan dari atas sampai bawah..lelaki kot..Haih!!” Aleya bersandar ke sofa dengan tangan memicit dahi. Sungguh dia pening dengan kerenah Ash. Itu baru sikit. Tambah dengan sikap memaksa lelaki tu dan seribu satu sifat yang dia belum tahu.

“Aku..aku rasa dia memang tak puas hati dengan diorang tu sebab dia ingat perempuan-perempuan tu semua nak bersaing dengan dia. Yelah, bila jumpa dengan perempuan-perempuan tu semua, kan dia kena dress up as a guy. Apa lagi, tercabarlah Miss Diva kau tu,” Dila berkata disela tawanya. Mamat Ash ni seriously one hella funny fella.

Aleya menggeleng. Dia bangun menuju ke dapur dan muncul dengan kotak biskut coklat ditangan. “He’s so weird,”

And cute,” sampuk Dila. Entah kenapa dia tiba-tiba berminat dengan Ash.

Mata Aleya membulat dengan kepala laju berpusing ke arah Dila. “Dila! Hell no. Dia tak comel langsung ok. Sikit pun tak. Pondan. Bapok. Mamat gay,”

“Kau tak ada gambar dia ke? Teringin pulak nak tengok muka Miss Diva kau tu,”

Aleya menggelengkan kepala. Nak ada gambar mamat gay tu buat apa? “Dan berhenti cakap dia Miss Diva aku. Yuck,”

Dila kemudian diam tak berkata apa. Pandangan difokuskan ke satu arah. Aleya membuka kotak biskut lalu sekeping biskut coklat dibawa ke mulut. Dahi dia berkerut tengok kelakuan Dila.

“Kau dah kenapa cik kak?”

“Cuba bayangkan, si Ash ni duduk makan malam dengan parents dia dan seorang minah vouge, meletup kebabom. Ash berpakaian macam lelaki sejati. Kiranya dia tak boleh act macam yang selalu dia act. Macam perempuan, bapok.. dan seangkatan dengannya,”

Aleya tersengih. Kepala cuba membayangkan suasana makan malam antara Ash dan perempuan itu menurut apa yang digambarkan oleh Dila.

“Lepas tu, tiba-tiba pulak perempuan tu buka topik fasal make up, pereka fesyen yang dia suka, aksesori segala bagai.. Wo!! Kau boleh bayangkan tak betapa panasnya Miss Diva kau tu?” Tersengih-sengih Dila pandang Aleya.

Aleya tak dapat menahan ketawa. Bersungguh-sungguh dia ketawa membayangkan Ash dalam situasi tersebut. Pasti sahaja wajahnya berkerut-kerut dan dalam masa yang sama terpaksa mengukir senyum palsu.

Since dia dalam mode lelaki, memang tak lah kan dia nak menyampuk cerita fasal make up, fesyen bagai ni. Bengkek je lah dia,” sambung Dila lagi sambil menggeleng-geleng. Sepanjang dia mereka cerita sendiri tentang Ash, boleh pula dia memahami perasaan lelaki itu. Dan kenapa dia memilih Aleya berbanding wanita-wanita lain yang menjadi calon ibubapanya.

“Oh.. I totally can imagine that,” Mata yang berair sebab banyak sangat ketawa, dikesat. Wajah cemberut Ash. Dahi yang berkerut-kerut tak puas hati tapi mulut terkunci sebab tak boleh nak berkata apa.

+ Rasa kesian ke?
- Nope. Padan muka!



Assalamualaikum... haii :) so malam jumaat (n hari jumaat), nak pesan awal2 jgn lupa baca al-Kahfi yep.. :) 
klau rasa susah sgt nak baca full satu surah (sy ler tu =.=" huhu ) baca 10 ayat awal dgn 10 ayat akhir.. surah ni untuk perlindungan dr fitnah Dajjal.. actually skrg pun dh boleh nampak mcm2 fitnah konco2 Dajjal ni.. :P

k..back to cerita kat atas sanun.. hoho.. nnti esok atau sabtu sy update bab 4 :) 
#maaf atas segala kekurangan.. n thanks love2 (what? haha o.O) pada yg sudi follow n tunggu cerita ni.. muah2 xoxo..
ps: contract lover hold dulu.. xde idea =.=" second son punya salah :P











Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.