mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Ahad, 12 Oktober 2014

Mr(Miss?) Drag Queen 4

BAB 4

BANGUNAN hotel itu dipandang resah. Pada awal-awal ketika dia ambil keputusan untuk bersemuka dengan Along, rasa macam yakin. Rasa berani. Tetapi sekarang perasaan itu dah mengecut. Yang tinggal hanya rasa gementar. Jantung mulalah buat irama tidak menentunya.

Aleya tarik nafas beberapa kali. ‘Semuanya akan ok. Aku datang sini sebab nak bagitahu yang aku nak tolak lamaran auntie Jue untuk mamat gay tu,’

Bersama dengan kata-kata penyedap hati, Aleya melangkah masuk ke hotel milik Alongnya. Dia melemparkan senyuman kepada beberapa pekerja di situ yang memang dah kenal siapa dia. Sesampai di bilik Along, dia terhenti di meja Kak Yati. Setiausaha Along. Apabila tidak kelihatan kelibat wanita berumur dalam lingkungan 30-an itu, Aleya terus menuju ke bilik Alongnya yang terletak dibahagian agak sedikit ke dalam.

Tangan baru sahaja diangkat nak mengetuk pintu bilik Along, ketika dia terdengar suara yang dikenalinya. Aleya terkedu mendengarkan suara auntie Jue.

“Alhamdulillah, kalau Aleya dah setuju. Senang hati auntie,” Terdengar nada gembira dalam suara aunti Jue.

Aleya ternganga. What? Bila masa aku cakap aku setuju dekat Along?

Auntie lega sangat. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh tengok-tengokkan Ash tu. Yelah.. dengan hobi dia yang pelik tu..”

Jadi auntie Jue, sebenarnya dah tahu Ash suka pakai baju perempuan?

Auntie jangan risau. Aleya budak baik. In Shaa Allah dia boleh bimbing Ash kembali ke pangkal jalan,” Suara Along pula kedengaran.

Aleya mendengus tak percaya. Along ni dah kenapa? Diri dia sendiri tunggang langgang, macam mana nak bimbing orang lain pulak? Mamat gay pulak tu.

“Lagi pun, Izham tahukan yang Ash tu..haihh..auntie pun tak tahu nak cakap macam mana,” keluh auntie Jue.

“Ash tu..err..teruk sangat ke..” Along punya soalan terhenti separuh jalan. Auntie Jue mengeluh lagi.

Auntie pun tak tahu nak cakap macam mana. Serba salah juga nak bagitahu.. tapi sampai bila nak rahsiakan benda ni, betul tak? Lagi pun, nanti Aleya akan jadi sebahagian dari keluarga auntie juga. Jadi, biar lah auntie berterus-terang,” Kedengaran auntie Jue menarik nafas panjang. “Ash tu pernah bawak balik kawan lelaki dia, kenalkan sebagai kekasih dia,” Sedih sahaja auntie Jue berkata.

“Tak apa auntie. Saya yakin Aleya boleh ubah Ash,” suara tenang Along memujuk auntie Jue mengundang cebikan Aleya.

That’s it. Aleya terus meluru pergi. Tak sanggup nak mendengar sambungan bicara kedua mereka lagi. Stupid Along! Along stupid! Berkali-kali dia mengutuk Along dalam hati. Sakit hatinya terhadap abangnya menggunung tinggi.

Along dah tahu yang Ash tu pakai pakaian perempuan.. yang dia tu gay tapi dia tetap terima? Dia ingat nak ubah seseorang tu senang macam sebut ABC?

‘Along nak Leya terseksa sampai tahap macam mana lagi ni?’

Mata mula terasa panas. Nafas ditarik panjang. Fine..fine. Since Along nak sangat tengok dia hidup terseksa…

“Aleya?” Satu suara menegur, mematikan monolog amarahnya terhadap Along.

Aleya angkat muka. Ash berjalan mendekati dirinya. Dahi Aleya berkerut. Macam mana dia ni boleh ada dekat sini pulak? Pantas mata diseka dengan belakang tangan. Lankah Ash semakin hampir.

“Kau tak datang sini semata-mata sebab nak mungkir janji kau kan?” Ash menyepetkan mata. Curiga.

Aleya buat muka. “Kalau ye, awak nak buat apa?”

Ash membulatkan mata. “Aku dah agak. Kau ni memang tak boleh dipercayai. Nasib baik aku dah buat langkha pencegahan,” Telefon bimbit dibawa keluar.

Aleya kerut dahi. “Langkah pencegahan? From what? Pregnancy?” Tanpa dapat ditahan, mulut laju menceceh yang entah apa-apa. Opps.. Tangan pantas menekup mulut. Aleya kerling Ash.

“Ha.ha,” Sinis suara Ash. Tapi riak wajah dia langsung takde riak tersinggung dengan kata-kata melampau Aleya.

Sorry,’ Aleya memohon maaf tetapi dalam hati cuma.

“Nah,” Ash tunjuk skrin telefon bimbit. Terpapar gambar selfie Ash di dalam bilik Aleya. Atas katil!!

“Awak cakap awak nak pinjam toilet?” Kata Aleya merujuk kepada kejadian tempoh hari. Mencerlung mata dia pandang wajah Ash. Ketika itu, toilet ditingkat bawah rumahnya rosak, jadi Ash diizinkan untuk guna toilet di tingkat atas. Langsung dia tidak menyangka yang lelaki itu mengambil kesempatan untuk menyelinap ke dalam biliknya dan berselfie entah apa-apa. Ini langkah pencegahan yang dikatakan itu? Mamat gay ni memanglah..

“Geliga tak otak aku?” Ash sengih bangga.

Aleya menghela nafas panjang. “Senget,” Telefon bimbit dihulurkan kembali kepada tuannya.

“Kau dengar sini. Kalau kau cuba-cuba nak mungkir janji, aku forward gambar ni dekat Along kau dan parents aku. Nak tak nak kau tetap kena kahwin dengan aku, faham?” Ash bercakap sambil mengejar langkah Aleya yang berjalan laju menuju ke ruang lobi.

Aleya menghentikan langkah. Dia berpusing mengadap Ash yang tersengih jahat. “Awak.pakai.make.up,” Sepatah-sepatah dia menuturkan. Jujur cakap, dia rasa bila dengan Ash hidup dia macam roller coaster. Mamat gay ni ada seribu satu karekter dalam satu masa yang sama.

- And he is so dumb.
+ Sangat-sangat.

“Apa? Mana ada?” Tangan meraba-raba wajah.

Aleya mendecit tak sabar. See.. mamat gay senget. “Dalam gambar tu lah,” Suara ditekankan sedikit. “Baka,” Dia cakap Ash idiot dalam bahasa Jepun.

Ash pandang gambar di skrin telefon. Riak wajah keji tahap Joker dia tadi hilang diganti riak panik. Macam mana boleh tak perasan ni? Dia dah mula menggelabah. Pelan konon bijaknya itu kini dah tak boleh diguna pakai.

Aleya tersengih sedikit bila tengok aksi kabut Ash yang sekejap-sekejap mengalih pandangan kepada dia dan skrin telefon bimbit. Tu lah. Overconfident sangat.

“Awak tak payah risaulah. Saya setuju,” Aleya berkata sambil melabuhkan punggung di sofa ruang lobi itu.

Dahi Ash berkerut. “Really?” Kening terangkat seolah tak percaya dengan apa yang didengarnya.

Aleya mengangguk sekali. Riak wajahnya kosong.

“Kau tahu.. mana ada perempuan yang dah tahu lelaki tu perangai macam aku ni…errr.kau sendiri tahu macam mana.. nak setuju kahwin dengan lelaki ttu senang-senang je?” Ash masih ragu-ragu. “Dan sebab tu aku buat cara aku macam sebelum ni,” sambung Ash merujuk kepada kejadian dia mengugut gadis itu dirumahnya tempoh hari dan gambar yang diambil di dalam bilik Aleya.

Aleya diam. Heh.. aku setuju pun sebab Along dah setuju. Walaupun dia tahu kau suka pakai baju perempuan.. kau gay.

+ Dan kau terima juga sebab bagi kau Along nak kau terseksa hidup dengan mamat gay ni.
- Itu yang dia nak. Along memang suka nak tengok aku terseksa. Kalau dia nak game..fine.. let’s game.

“Aleya,” Ash petik jari depan wajah gadis itu membuatkan Aleya sedikit tersentak.

“Ash darling. You buat apa dekat sini?” Tiba-tiba muncul entah dari mana, seorang wanita berpakaian seksi memeluk Ash dari belakang. Aleya terkedu. Mata dia memandang tepat kepada Ash yang dah beku. Langsung tak bergerak. Umpama patung.

Aleya tahan gelak. Jari-jemari lelaki itu turut terkaku di skrin telefon. Aleya seolah boleh nampak bulu roma dilengan Ash menegak, membuatkan dia lagi terseksa untuk menahan tawanya dari meletus. Ya Allah.. ini betul-betul alergik ni.

Selepas beberapa detik, Ash tersedar. Pantas tubuh wanita seksi itu ditolak menjauhi dirinya. “Kau buat apa ni?” Ash melompat bangun.

Wanita seksi itu terkebil-kebil. Terkejut dengan reaksi Ash agaknya. “Dan kau siapa?” tanya Ash.

Pfftt.. Terluncur tawa dari bibir Aleya tetapi cepat-sepat diselindungkannya dengan berpura-pura batuk apabila dua pasang mata merenung tajam.

“Ash honey, ini I lah.. Helen,” Wanita itu merengek manja.

Aleya tengok muka Ash berkerut tetapi selepas itu wajahnya berubah seolah dah ingat siapa gerangan wanita seksi yang muncul secara tiba-tiba itu.

Aleya geleng kepala. Nama Helen tapi muka Melayu habis. Rambut karat pulak tu. Kenapa eh manusia macam dia ni suka sangat banggakan cara hidup bangsa penjajah tu?

“Oh..kau,” Macam tu je Ash jawab. Muka dia dah tak setegang tadi tapi tetap sahaja serius macam muka encik polis.

“Takkan you dah lupa kan I baby? Sampai hati you,” Suara perempuan itu manja teramat disamping tubuhnya yang sengaja diliuk-lentokkan.

Aleya mengherotkan bibir. Menyampah dengan gaya terlebih gedik perempuan itu yang dah seperti kucing miang. Dari hujung matanya, dapat dilihat beberapa pengunjung lelaki yang melekapkan pandangan kepada Helen. Heh..lelaki.

Tiba-tiba rasa lega pulak terpaksa berkahwin dengan Ash yang tak miang macam lelaki-lelaki itu.

- Yeah. Ash tak pandang perempuan macam minah gedik ni, tapi dia pandang hot guy macam mamat tu.

Mata mengekori seorang pemuda yang kebetulan melintasi depan hotel. Hot macam Joh Abraham. Ah, sudah! Dia pulak yang terjangkit penyakit minah miang ni. Mata dilarikan pula kepada Ash yang bercakap apa entah dengan Helen.

“Kau cuma salah seorang calon yang parents aku kenalkan dan FYI aku takde minat langsung dengan kau? Got it? Now, scram,”

Aleya melongo mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Ash. Uikss.. mulut longkang mamat gay ni.

“Ala.. Ash honey. Sampai hati you cakap macam tu. Please darling. Bagi I satu peluang…hmm?” Helen mencondongkan tubuhnya ke depan menampakkan dadanya. Sengaja. Dia mengukir senyuman menggoda kepada Ash.

Mulut Aleya menyenget macam Makcik Joyah si tukang umpat kampung yang hobinya mengunyah  sirih sambil bergebang. Gi-la perempuan ni. Dia nampak pengunjung hotel yang dekat depan mereka ternganga dengan surat khabar terkulai di tangan. Bell boy yang sibuk tolak troli beg pun macam slow motion je langkahnya.

Eee… Ya Allah. Perempuan tak tahu malu ni. Kang sebab dia ada pulak manusia tak bersalah jadi mangsa rogol. That’s it. Aleya bangun nak blah dari situ. Malas nak jadi penonton wayang yang direka Helen yang boleh dikategorikan sebagai 18sx itu.

“Kau dengar sini Helen.. apa-apa pun nama kau. Aku tak berminat dengan kau dan tak akan berminat dengan kau walau sedikit pun. Lagi pun aku dah nak kahwin. So, kau boleh balh cari lelaki lain yang single. Jantan berspeah dekat luar sana tu,” Ash melangkah nak pergi dari situ tetapi langkahnya terbantut bila lengannya dipeluk Helen. Mata Ash membulat. Terasa seluruh tubuhnya meremang.

Pantas tangan mencapai pasu bunga yang terletak atas meja kecil di antara kedua sofa itu. Tanpa amaran pasuitu diterbalikkan ke atas Helen. Habis lencun perempuan itu disiram air yang terdapat dalam pasu bunga.

Aleya terlopong. Ash senyum puas. Tangan direntap dari pegangan Helen. “Jangan cakap yang aku tak bagi amaran,” getusnya perlahan.

“Apa kecoh-kecoh ni?” Dalam keributan dek tindakan tak terjangka Ash, suara tenang Izham Tareeq mencelah.

Aleya dan Ash berpaling serentak. Mata mendarat di wajah tenang tak beriak Along dan kemudiannya ke wajah auntie Jue yang terkejut melihat keadaan Helen. Aleya dan Ash saling berpandangan.

- We’re so dead.


Assalamualaikum... haii :D
memula sekali nak minta maaf sebab janji nak post semalam/jumaat tp x post.. (_ _) huhu
sesungguhnya kita hanya merancang.. Allah yg tentukan :)
apa2 pun enjoice.... =D :D xD 



Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.