mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Sabtu, 7 Februari 2015

Mr(Miss?) Drag Queen 5

Mr(Miss?) Drag Queen 5

BAB 5

“KENAPA Ash buat Helen macam tu?” tegur auntie Jue. Raut wajahnya menggambarkan rasa tidak puas hati.

Ash diam tak menjawab. Tetapi bibirnya mencebik tanda jengkel. Padan muka perempuan tu. Pegang-pegang aku.. ingat aku suka? Yuck!

Aleya mengerling Ash sekilas. Tegang wajah lelaki itu membuatkan dia dapat meneka apa yang berlegar dalam benak lelaki itu sekarang.

-Mamat ni. Kena peluk dengan perempuan tu, mengamuk macam Godzilla. Entah macam manalah kalau kena peluk dengan hot guy.

Kepala automatik membayangkan Ash yang tersenyum suka dipeluk lelaki handsome, body berketul-ketul. Ughh…

“Aleya,” panggil auntie Jue.

“Ya auntie,” Aleya angkat muka. Wajah wanita berumur itu dipandang. Wanita itu tersenyum.

“Tak payahlah ber ‘auntie-auntie’. Panggil je ibu. Lagipun tak lama lagi Aleya akan jadi sebahagian daripada keluarga kami,” Auntie Jue tersenyum penuh makna.

Aleya rasa bulu romanya menegak. Seram sejuk dirasakannya. Dia berpandangan dengan Ash. Lelaki itu tersenyum senget dengan kening terangkat sebelah. Aleya mengeluh. “Ok,” Aleya senyum segaris kepada auntie Jue.

Terlintas difikirannya, apakah wanita itu tahu yang dia sebenarnya sudah mengetahui sikap Ash yang sebenar? Yeah, the stupid one is me. Dah tahu Ash suka pakai pakaian perempuan, gay lagi.. tetap sahaja setuju nak kahwin dengan dia.

“Nah,” Sedang Aleya mengelamun, satu tangan menghulurkan cawan berisi koko panas. Dia mendongak. Mata berlaga dengan sepasang mata milik Along. Teragak-agak Aleya menyambut.

“Terima kasih,” Perlahan sahaja suara dia.

Selepas itu, Aleya hanya dia memerhati Along bercerita dengan Ash dan auntie Jue. Sesekali lelaki itu mengukir senyuman. Tingkah Along, terutama apabila bercakap dengan Ash seolah mereka dah kenal lama.

Dahi Aleya sedikit berkerut. Timbul persoalan dalam kepalanya.

- Macam mana Along kenal Ash? Bukit Bintang?

Hujung bibir terjungkit sedikit. Terasa lucu dengan perkara yang baru terlintas dalam kepalanya. Jahatnya aku..

“Aleya setuju?” Sedang Aleya tergeleng-geleng –menghapuskan fikiran jahat yang terbit menghasut diri- tiba-tiba sahaja auntie Jue bertanyakan pendapatnya.

Tiga pasang mata tepat memandang dirinya.

“Huh?” Terpinga-pinga gadis itu. Tak tahu pucuk pangkal apa yang mereka bincangkan. “Setuju apa?” tanya Aleya. Blur.

“Kita buat majlis dua minggu lagi?” Auntie Jue bersuara dengan sepasang mata yang bersinar-sinar menampakkan keterujaannya.

“Hah?” Mata Aleya membulat. Terkejut. Dua minggu lagi? “Apa yang dua minggu lagi? Bertunang eh?” Dia bertanya lagi. Semakin blur.

Uikss.. dua minggu lagi? Cepatnya. Auntie ni dah tak sabar nak halau mamat gay ni ke apa? Otak tak boleh lari dari membuat andaian sendiri. Habit buruk.

Auntie Jue tergelak nyaring. Dahi Aleya berkerut. “Bukan bertunanglah. Nikah terus. Tunang-tunang ni semua tak payahlah buat. Buang masa. Benda baik buat apa nak dilambatkan, betul tak?” sambung auntie Jue lagi. Tersenyum-senyum dia memandang muka terkejut Aleya.

Ash dan Along hanya diam. Membiarkan wanita itu berbicara. Sesekali mata keduanya berlaga.

Aleya menahan diri dari mencebik. Kena kahwin dengan mamat gay benda baik ke? Nampak sangat auntie Jue tak tahu yang Aleya dah tahu watak sebenar Ash Rifqi.

Automatik mata bertembung pandang dengan Ash. Aleya senyum sinis. Ash buat muka.

“Aleya setuju tak?” Auntie Jue bertanya lagi apabila gadis itu hanya membisu.

Aleya pandang wajah abangnya. Izham beriak serius. Dia menghela nafas. Hati dibulatkan. “Leya setuju,” Kepala dianggukkan sekali.

Serta-merta auntie Jue mengoyak senyuman lebar. Riak gembira terpancar di wajahnya. “Alhamdulillah. Lega hati auntie,” Wanita itu berkalih kepada Ash. Pantas sahaja Ash mengukir senyum seolah turut sama berkongsi kegembiraan dengan ibunya.

Aleya memutarkan bola mata. ‘Fake,’

*******************

Ting! Pintu lif terbuka. Aleya melangkah masuk. Dia memandang kosong pintu lif yang mula tertutup. Tetapi belum sempat pintu lif tertutup sepenuhnya, sepasang tangan pantas menahan. Pintu lif kembali terbuka. Ash menyelit masuk.

Aleya buat muka. Sedikit tidak selesa dengan kehadiran Ash saat dia rasa ingin bersendirian. Tubuh di anjak ke belakang.

Ash selamba sahaja berdiri menghadap Aleya. Dia berpeluk tubuh. “So..” Panjang satu perkataan itu disebutnya.

Aleya kerut dahi. “So?” Aleya mengulang. Dalam bentuk soalan. Apa yang so nya entah.

So..” Ash mendepangkan tangan kemudian dimasukkan ke dalam poket seluar.

Aleya mencebik jengkel. Ingat ini game –ulang perkataan yang sama sebanyak seratus kali- ke?

“Kiranya kau dengan aku dah official lah ye?”

“Dua minggu lagi ok? Dua minggu lagi,” Laju Aleya memangkas kata-kata Ash. Suhu hati jadi panas tiba-tiba.

Ash menyeringai sedikit. “Dua minggu… hmmm..” Kemudian dia tertawa. Mula-mula perlahan, lama-kelamaan bertambah kuat. Sehingga bergegar bahu lelaki itu.

Hati Aleya semakin bengkek. Dia tak faham apa yang lawak, tetapi sepertinya dia dapat mengerti sebab musabab Ash gelak macam orang meroyan. Hatinya sendiri sedang berperang dengan seribu satu rasa. Semua benda ni mengarut.

“Dua minggu lagi,” Sengih sinis Ash semakin sinis. Ketawa kecil meletus lagi.

Aleya mendengus. “Awak ni menjengkelkan tahu tak? Menjengkelkan. Awak jugak yang konon beria-ia nak kahwin dengan saya. ‘Supaya nanti aku tak kena ganggu dengan pompuan-pompuan gedik tu,’” ajuk Aleya. “Dah tu, sekarang buat perangai orang gila pulak?” Marah dia pada Ash.

Sengih menyakitkan hati yang dipamerkan Ash beransur padam. Belakang leher diurut-urut perlahan dengan tangan kanan manakal sebelah tangan lagi kekal di dalam poket. Tubuh disandar ke dinding lif.

Aleya memerhatikan kelakuan Ash yang ketika itu langsung tidak menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki yang hobinya berpakaian songsang. Aleya menghempaskan keluhan. Bibir bawah digigit. Sebal.

Manusia.. Sebaik-baik ciptaan. Boleh juga bertukar menjadi seburuk-buruk kejadian. Dikurniakan Allah sesuatu yang paling bernilai. Tiada ganti. Tidak boleh dibeli. Akal. Tetapi langsung tak dihargai. Lebih menjunjung nafsu. Lalu apa beza manusia dengan binatang?

Walhal akal lah yang membolehkan manusia berfikir lantas membezakan yang baik dan buruk. Yang membawa diri ke arah kebaikan atau kemudaratan.

True. Dia sendiri rasa perbezaan apabila berfikir menggunakan akal. Bukan bertindak melulu mengikut nafsu.

-Kau yang dahulu dan kau yang sekarang..huh?

Nafas dihela panjang.

“Itu aku tahulah. Cuma..” Ayat dibiarkan tergantung tanpa pelengkap. “Well.. kita tengoklah apa jadi nanti lepas  ni. Just wait and see,” Sengih menyakitkan hati kembali terlorek di wajah Ash. Mata dia berlaga dengan mata Aleya.

Aleya buka mulut nak bersuara tetapi suaranya ditelan kembali apabila terpandang riak asing di mata lelaki itu. Dia terkedu. Tetapi riak itu muncul hanya sekali lalu. Umpama angin.

“Kenapa lif ni tak bergerak? Rosak?” Ash berpusing memandang papan kekunci di tepi pintu lif yang mengandungi butang-butang bernombor. Dia tertawa. “Patutlah. Tak tekan,” Ash menyeringai perli kepada Aleya lantas jari menekan butang G.

Aleya mencebik. Belakang Ash direnung. Masih sibuk memikirkan riak yang dilihatnya sepintas lalu dalam mata lelaki itu. Apa? Dia rasa sedih? Keliru?  Kosong? Tertekan? Benci? Putus asa? Berbagai-bagai andaian muncul dalam benaknya.

- Mamat senget macam ni pun boleh rasa macam-macam?

Sebab dia sengetlah dia boleh rasa seribu satu benda. Hidup dia bukan normal. Dannn… lepas ni hidup aku pun akan jadi tak normal. Nak hidup dengan lelaki songsang ni. Nak ubah dia macam mana? Tarbiah? Nak tarbiah pun lagu mana? Tarbiah lembut? Tarbiah sentap?

Ting!!

Sedang Aleya berperang dengan seribu satu andaian dengan diri sendiri, lif terbuka di ground floor. Ash melangkah keluar terlebih dahulu. Berpaling seketika kepada Aleya. Pandangan mereka bertembung. Riak itu muncul lagi. Tetapi seperti tadi, riak itu muncul sekilas lalu. Ia hilang sepantas ia muncul.

Ash sengih lebar menampakkan barisan giginya. “So, kita jumpa dua minggu lagi. Dan aku janji.. it’s gonna be fun..” Sengih lebar bertukar menjadi sinis. “Bye..” Ash berlalu pergi.

Fun? Apa yang akan jadi fun? Kenapa tiba-tiba rasa yang lelaki itu ada potensi jadi pembunuh bersiri? Senyum sinis Ash terbayang di mata. Bulu roma automatik menegak.

- Entah-entah dia psikopat?

Ok.. Memang kena berhenti dengan habit buruk ni. Tapi jujur cakap, memang dia rasa nak lari dekat Along suruh tarik balik kata-kata setuju nya sebentar tadi. Atau pun putar balik masa beberapa minit ke belakang.

Doraemon!!!

Macam mana ni? Bibit penyesalan mula menyerang dirinya bertubi-tubi. Nak batalkan.. Agak-agak boleh tak? Alasan apa nak bagi? Tak sanggup? Tak boleh buat? Tak mampu?

Kaki melangkah sambil diri sibuk bermonolog.

Sekilas wajah menyinga Izham muncul diruang mata. Along mengamuk nanti macam mana? Dah lah selamba badak suruh aku kahwin dengan mamat gay. Siap suruh ubah mamat tu macam lah ubah seseorang tu semudah ubah wallpaper gambar anime handsome dekat skrin handphone. Hari ni gambar Sasuke esok gambar Naruto.

Aleya mengeluh lagi. Macam mana ni? Itulah.. siapa suruh setuju laju-laju. Tak fikir masak-masak. Ini berkaitan masa depan sendiri. Even solat sunat istikharah pun tak buat. Macam dah boleh hidup tanpa minta pertolongan Allah. Dah jadi macam ni baru nak kalut.

Aleya mengeluh. Lagi dan lagi. Sungguh-sungguh menyesal kerana setuju dengan permintaan gila Along. Bukannya tak boleh tolak. Boleh sahaja. Kalau buat perangai gilanya seperti dulu.. perintah kuku besi Izham pun boleh dilawan. Tapi.. dia tak mahu kembali ke dirinya yang dahulu.

Kaki tanpa sedar terhenti di tengah-tengah ruang lobi hotel. Aleya terpinga-pinga seketika. Tersedar dari lamunan. Nak meneruskan langkah tetapi mata terpaku pada dua susuk tubuh yang tak jauh darinya. Dahi berkerut. Mata disepetkan. Ash dengan seorang lelaki pertengahan umur. Kelihatan lelaki tua itu bercakap dengan keras manakala Ash berwajah selamba seolah tak dengar apa-apa.

- Skandal dia orang tua ke? Dahsyat.

Gosh..seriously!

Tetapi wajah lelaki tua lengkap bersut itu benar-benar menarik perhatian Aleya. Wajah yang sudah lama tak dilihatnya. Wajah yang hanya dikenali melalui gambar. Yang boleh dibilang dengan jari berapa kali sahaja dillihatnya secara berdepan. Face to face.

“Papa!?” Suara Izham muncul dari kanan. Riak wajahnya tegang.

Aleya berpaling. Kepala tepu seketika.

Suara Izham buat Ash berpaling perlahan. Muka dia kosong tanpa riak. Mata Aleya jatuh pada bibir lelaki itu yang mencarik senyum. Kemudian, tanpa suara bibirnya membentuk perkataan ‘Opss!’
That wicked smile! Masa itu juga Aleya tahu, walau apa jadi sekali pun dia kena back off. Jauh dari lelaki itu. Ash memang off limit.

Tapi.. Along cakap apa tadi? Papa? Mata jatuh pula ke wajah lelaki tua itu. Keruh dan sedikit pucat wajah itu tatkala berbalas pandang dengan Aleya. Oh..damn.


ps: Assalamualaikum.. yuhuu
=.="
huhu.. maap ler asyik on off je update.. maap yer.. (_ _)
enjoy.. xD 
xoxo





Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.