mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Selasa, 22 November 2016

Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 1

BAB 1

"Sharifah Aina!!!" Suara Mak Aisyah yang menjerit kuat menyentakkan Kak Senah yang sedang tersengih-sengih sambil menatap skrin laptop. Bagaikan haiwan kecil yang dapat menghidu kehadiran musuhnya, Kak Senah tegak kaku di kerusi meja.
Deria pendengaran ditajamkan. 'Aiikk..Aku berangan ke? Macam dengar mak panggil je.' Dia mendengar lagi. Tiada apa-apa bunyi menerjah ke telinga.
'Salah dengar aku ni. Entah jin mana nak main panggil-panggil nama aku.' Kak Senah membebel sendiri sambil berura-ura nak sambung tersengih depan laptop membaca komen rakan-rakan chattingnya.
"Sharifah Aina!! Kamu tak dengar ke mak terjerit-jerit panggil kamu?" Entah bila masanya Mak Aisyah muncul depan Kak Senah. Tup-tup dah ada. Nyaris dia menjerit terkejut.
"Mak panggil saya ke?" Bulat mata Kak Senah merenung wajah ibunya yang beriak tegang.
"Eh, tak lah. Mak panggil beruk Pak Abu." Mata Kak Senah bertambah bulat mendengarkan jawapan loyar buruk Mak Aisyah. "Mak panggil kamu lah. Terjerit-jerit sampai nak keluar anak tekak mak ni. Tak berjawab! Entah hapa bendalah kamu buat duduk tersengih-sengih depan laptop. Berkurung je dalam bilik dari pagi sampailah ke petang sampailah ke malam. Ha! Buat muka. Esok muka kamu kekal macam tu, baru padan muka." Mak Aisyah mengugut apabila menangkap gelagat anak gadisnya yang membega-begakan wajah mengajuk dirinya.
Kak Senah pantas meneutralkan riak wajahnya. Senyum plastik diukir. Mak kalau ugut macam tu, dia memang tak berani nak menjawab. Jadi doa makbul nanti!
"Mak nak apa ni?"
Mak Aisyah menjegilkan mata mendengar pertanyaan anaknya.
"Sorry. Mak nak suruh saya buat apa-apa ke?" Dengan sopannya Kak Senah mengubah soalan juga nada suaranya. Dibalas dengan jelingan tajam Mak Aisyah.
"Ni, mak nak minta tolong kamu hantarkan kuih ke warung Abang Man."
Kak Senah kerut dahi. "Sekarang?" Macam tak logik je.
"Sekarang apanya? Esok pagi. Pagi-pagi Subuh tu mak nak kamu dah siap."
Kak Senah angkat dua jari di dahi tanda salut. "Ai..ai captain."
***
Keesokan paginya -setelah basah disimbah dengan air sejuk- Kak Senah berjalan menuju ke warung Abang Man dengan bakul rotan berisi kuih buatan Mak Aisyah. Sesekali dia membawa tangan ke mulut, menahan kuap. Beberapa kali juga Kak Senah hampir terbabas ke dalam longkang kecil di tepi jalan sebab berjalan dengan mata tertutup.
Nasib baik kawasan perumahan ini tak banyak kenderaan. Kalau tidak mahu sekarang ni dia terlantar di hospital -sambil ushar doktor handsome- kerana buat jalan tu suka hati macam dia punya. Sekejap ke tepi sekejap ke tengah.
Penduduk yang mendiami tempat ni kebanyakannya mereka yang telah berumur. Juga pasangan yang kitaran keluarganya dalam peringkat pengecilan aka tinggal laki bini sahaja tanpa anak-anak.
Anak-anak pasangan sebegini ada yang dah mempunyai keluarga sendiri. Juga ada yang masih belajar dan bekerja. Jadi masa banyak dihabiskan di bandar-bandar besar.
Kawan perumahan ini yang juga merupakan gabungan antara kampung dan taman -Kak Senah pun tak tahu nak describe macam mana- memang bukan pilihan anak muda untuk dijadikan kawasan penempatan. Jauh dari hiburan yang biasanya disediakan di ibu-ibu kota. Pilihan anak muda yang membesar di tempat ini pula adalah untuk keluar dan tak jejak kaki ke sini lagi dah.
Kak Senah sendiri baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat universiti. Sebab dah jenuh dengan keriuhan ibu kota, dia ambil keputusan untuk berehat sementara menanti hari konvokesyen. Walhal sebelum ini pantang cuti semester, Kak Senah laju sahaja mencari kerja sambilan. Nak jejak kaki ke rumah Mak? Sebulan sekali pun payah. Tapi semenjak dua menjak ni -mungkin petanda yang dia dah semakin tua- Kak Senah bertukar angin. Keriuhan ibu kota yang suatu masa dahulu sudah sebati dengan dirinya, kini terasa merimaskan.
Langkah kakinya dicepatkan menghampiri warung Abang Man yang mula dipenuhi pelanggan yang mencari minuman pagi.
"Assalamualaikum." Kak Senah menyapa Jamilah. Isteri Abang Man yang mesra disapa sebagai Kak Melah.
"Waalaikumussalam. Eh, Sharifah! Mak Aisyah mana? Tak sihat ke?" Jamilah tanya dua soalan sekaligus.
Kak Senah mengukir senyum. Tahu yang Jamilah ala-ala terkejut melihat dia di situ menghantar kuih. Selama ni tugas tu semua Mak Aisyah yang buat. Dia kalau disuruh pun, pelbagai alasan akan diberi. Hanya sesekali dia tersesat melenggang ke warung Abang Man dengan bakul rotan berisi kuih ditangan. Itu pun boleh dikira dengan jari. Hari ni salah satunya.
"Mak sihat, Alhamdulillah. Saja je saya yang datang hantar kuih. Biar Mak rehat." Kak Senah senyum lagi. Fakta yang dia kena curah dengan air sejuk di pagi Subuh disimpan kemas-kemas. Rahsia yang orang lain tak perlu tahu.
"Ha, eloklah tu. Kamu tu pun, boleh bilang dengan jari ni ha berapa kali Kak Melah nampak bayang. Kalau tak, dok terperuk je lah dekat dalam rumah tu." Jamilah membebel sambil tangannya lincah mengeluarkan segala jenis kuih-muih yang Mak Aisyah sumbat dalam bakul rotan.
"Saya tolong hantar kuih ni pun sebab bosan terperuk dekat rumah," balas Kak Senah. Dia turut membantu Jamilah menyusun kuih ke dalam tupperware besar yang diletakkan atas meja panjang bersebelahan dengan kaunter.
"Kak Melah," panggil Kak Senah.
"Hmm?"
"Dekat sini ada tempat best tak nak jalan-jalan?" Kak Senah bertanya sambil mata melilau memandang ke segenap warung Abang Man. Dia dan Mak Aisyah baru dua tahun menjadi penghuni di kampung/taman ini. Kalau ikutkan dia yang selalu tak balik -lebih banyak menghabiskan masa di universiti dan kerja sambilannya di ibu kota- tempoh Kak Senah jadi penghuni kampung/taman ni kurang dari Mak Aisyah. Dan tak hairan kalau dia tak mengenali hampir kesemua penduduk kampung/taman ini kecuali Jamilah dan Abang Man.
Semangat ukhuwah tak ada betul.
Jamilah mengerutkan dahi. Telunjuk diketuk-ketuk ke dagu tanda minda dia tengah bergerak. "Setahu akaklah kan, tak ada. Kalau ada pun mungkin dekat kampung sebelah. Ada hutan simpan kalau akak tak silap. Ada sungai segalanya lah. Tempat camping pun ada sekali."
Kak Senah terkebil-kebil. Kampung sebelah? Sebelah kampung/taman ni ada kampung lagi? Maknanya silalah tanam sahaja niat dia nak lepak-lepak sambil berkelah tepi sungai. Selok-belok di kampung/taman ini sahaja dia tak habis khatam apatah lagi kampung sebelah. Mahu sesat tak balik gamaknya.
"Tak apalah Kak Melah. Nanti-nanti kalau saya rajin, saya pergilah kampung sebelah tu," jawab Kak Senah. Bakul rotan yang dah selamat dipunggah segala isinya, dicapai.
Selepas meminta diri, Kak Senah berjalan keluar dari warung Abang Man. Terhenti seketika dia di hadapan warung itu. Berfikir-fikir. Mata menghala ke kiri kemudian beralih ke kanan.
'Shortcut nak balik rumah ikut kiri. Kalau ikut kanan, jalan jauh. So.. hari ni kita ikut kananlah.' Kak Senah berpusing ke kanan. Sengaja dia mengambil jalan jauh untuk pulang ke rumah. Dia tak bergurau bila dia katakan yang dia bosan terperuk di dalam rumah sahaja. Sambil-sambil menghilangkan bosan dengan berjalan-jalan sepanjang kampung/taman ini, boleh dia berkenal-kenalan dengan penduduk setempat yang tak pernah dikenalinya.
Lima minit setelah Kak Senah memulakan 'pengembaraannya' dia dah bertegur sapa dengan tiga orang penghuni kampung/taman yang -macam dia jugak- tak tahu akan kewujudan dirinya di tempat ini. Kak Senah hanya mampu tersenyum dan mengangguk mendengarkan segala komen yang lebih kurang sama dari tiga orang berlainan.
Lepas tamat sesi berkenalan mengeratkan silaturahim, Kak Senah meneruskan perjalanan. Tapi tak sampai beberapa tapak, langkahnya automatik terhenti. Dekat depan sana kelihatan dua orang wanita separuh baya sedang berbual di tengah jalan. Mata disepetkan.
"Mak tu." Kak Senah panik. Dia tak tahu apa yang Mak Aisyah buat dekat situ pagi-pagi ni dan dengan siapa Mak Aisyah tengah berbual atau topik apa yang diperbualkan. Tapi yang dia pasti, jantung dia berdegup-degap petanda sesuatu yang tak elok akan berlaku kalau dia menggedik mendekati Mak Aisyah dan rakannya.
Dan sebagai seorang yang sangat 'patuh' kepada kata hati sebagai amaran yang bala akan tiba - lagi-lagi kalau melibatkan Mak Aisyah-, Kak Senah melompat masuk ke dalam belukar. Tepat sahaja dia mencangkung di sebalik rimbunan pokok-pokok hutan, Mak Aisyah berpusing melangkah menuju ke tempat dia berdiri sebentar sahaja tadi.
Kak Senah menahan nafas apabila Mak Aisyah melintasi tempat persembunyiannya. Jantung nyaris berhenti apabila Mak Aisyah berhenti selang dua tapak dari belukar tempat Kak Senah bersembunyi. Wanita itu kemudian berlalu begitu sahaja.
Kak Senah kekal mencangkung untuk beberapa detik. Selepas memastikan yang line clear, barulah tubuh ditegakkan. 'There's nothing more scrarier in this world other than the fact that you're twenty something year old and living with your mom.'
Dah lah seminggu sebelum ni, Mak Aisyah berura-ura nak kenalkan Kak Senah dengan seseorang yang katanya mempunyai anak bujang yang katanya lagi sangat padan dengan Kak Senah. Reaksi Kak Senah tentulah persis orang yang baru lepas tengok hantu secara live. Horror!
Tapi Mak Aisyah buat-buat tak nampak reaksi Kak Senah. Juga buat-buat pekak segala rungutan dan bantahan yang dilakukan Kak Senah.
Membuatkan Kak Senah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga sendiri. Bila Mak Aisyah dah nekad macam tu, nak tak nak dia terpaksa jadi double nekad. Nekad untuk tak jatuh ke dalam perangkap 'keji' Mak Aisyah dalam usahanya memperkenalkan Kak Senah dengan ibu kepada mamat bujang entah sapa-sapa tu.
Langkah pencegahan nombor satu; jauhi Mak Aisyah kalau nampak dia tengah berbual dengan wanita sebaya. Ohoho..itu sangat bahaya. Sekali dah kenal, habis. Dah kena lekat dengan sarang labah-labah. Tunggu nak kena ngap sahaja.
'Pffftt..talk about black widow.'
Kak Senah mengibas-ngibas baju. Takut-takut ada kotoran melekat masa dia buat aksi terdesak selamatkan diri tadi. Puas hati dengan keadaan dirinya, Kak Senah tunduk mencapai bakul rotan yang terdampar atas tanah. Dalam masa yang sama, bulu romanya meremang membuatkan tubuh Kak Senah langsung kaku.
'Ah,sudah! Jangan cakap yang Mak ada dekat belakang aku sekarang ni ready to ambush?' Kak Senah diam tak bergerak sambil menutup mata. Menanti sergahan yang disangkanya dari Mak Aisyah. Sunyi. Kawasan itu sepi tanpa sebarang bunyi mahupun sergahan.
Kak Senah memusingkan tubuh dengan pantas. Tak ada orang mahupun sebarang kelibat manusia. Dia melepaskan keluhan lega. 'Betullah Mak ni buat aku trauma.'
Tapi kini mata Kak Senah terpaku lurus ke hadapan. Baru dia sedar yang tepat didepannya ini-sedikit ke kanan dari tempat dia berdiri- adalah sebuah lorong kecil yang menghala straight to.. -your heart- sebuah pagar besar yang gah berdiri. "Wow!" Kak Senah melopong kagum. Terus sahaja dia melangkah melalui lorong kecil tu. Kepala terdongak ke atas. Pokok-pokok besar disitu tumbuh merendang membentuk seolah tree tunnel di sepanjang lorong kecil menghala ke pagar besar itu.
'This is so fairytale.' Kak Senah teruja. Ditambah lagi dengan belukar yang dipenuhi bunga-bunga hutan warna-warni yang tumbuh meliar menghiasi kiri dan kanan lorong kecil itu, kepala otak dia mula berfantasi. 'In the enchanted castle, lived a handsome prince.'
Tetapi tatkala tangan dia memegang pagar, Kak Senah seolah terkena renjatan eletrik. Laju tangan ditarik dari besi pagar. Segala fantasi yang bepusar dalam kepala otaknya, berkecai dan kini diganti dengan satu rasa. Tajam matanya merenung jauh ke dalam kawasan yang terpisah dengan pagar besar.
Untuk beberapa saat Kak Senah hanya membatu dan terus merenung. Merenung sesuatu yang tak kelihatan di sebalik pagar itu. Kepala dia berpusing. Lepas tu, tanpa menanti lebih lama dia meluru keluar dari tempat itu. Laju menuju ke rumah tanpa berpaling lagi. Dan tentulah Kak Senah tak sedar akan dua pasang mata yang memerhati segala tingkah laku dia sedari tadi dengan penuh minat.
***
"Kamu ni dah kenapa?" Mak Aisyah merenung anak gadisnya dengan pandangan hairan. Kelakuan anak tunggalnya itu kelihatan amat janggal di mata tuanya.
Kak Senah tersentak. Terkebil-kebil sepasang mata memandang Mak Aisyah. "Mak ada cakap apa-apa ke?"
Mak Aisyah menggeleng. Anaknya yang sorang itu memang kuat berangan. "Mak tanya, kamu ni kenapa? Pelik semacam je Mak tengok. Orang lain makan, sudu tu bawa ke mulut. Bukan ke pipi." Wanita itu tergelak di hujung kata-katanya. Geli hati melihatkan wajah anaknya yang comot.
Kak Senah tayang wajah blur sebelum otak memproses sepenuhnya apa yang dikatakan Mak Aisyah. Cepat-cepat sudu yang entah macam mana boleh tersasar ke pipinya diletakkan ke pinggan. Belakang tangan mengesat pipi yang tentunya comot dengan kesan makanan.
"Hah, buat perangai tak senonoh kamu tu!" sergah Mak Aisyah. "Tak tahulah mak siapa nak kahwin dengan kamu kalau perangai tak berubah macam ni," keluh Mak Aisyah.
Kak Senah tahan diri daripada buat muka. Heran sangatlah kalau dia tak kahwin. Zaman sekarang kalau perempuan tak kahwin pun tak ada masalah. Tapi Kak Senah tak cakap kuat-kuat. Nanti bebelan serta keluh-kesah Mak Aisyah bertambah panjang.
"Kamu ada boipren ke? Termenung sampai macam tu sekali." Mak Aisyah bertanya. Merujuk kepada kelakuan pelik Kak Senah.
Kak Senah mengeluh. "Saya okay lah Mak." Soalan awal Mak Aisyah dijawab. Nak tukar topik perbualan.
"Balik tadi pun macam zombie je." Mak Aisyah menyambung seolah tak dengar apa yang Kak Senah katakan.
Kak Senah bangun. Seleranya yang memang tumpul sejak petang tadi langsung hilang. Pinggan yang hanya luak sedikit dibawa ke singki. Nanti esok pagi makanan yang tak habis itu akan diberikan kepada kucing liar.
Sambil mencuci tangan, ingatannya melayang kepada lorong kecil yang ditemuinya. Lorong yang menuju terus ke pagar besar. Pagar besar itu pula? Apa yang ada di sebalik pagar itu?
"Hah, tengok tu! Berangan lagi." Mak Aisyah menyergah.
Kak Senah mengerling wajah Mak Aisyah. Ringan sahaja mulut dia nak bertanya tentang apa yang berlegar dalam kepalanya. Tetapi ditahankan diri. "Orang masuk tidur dulu lah mak. Night. Assalamualaikum."
Tanpa menanti jawapan dari Mak Aisyah, Kak Senah melangkah masuk ke bilik lantas pintu ditutup rapat. Berayun-ayun tanda 'don't disturb' yang tergantung di pintu bilik.
Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.