mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Selasa, 29 November 2016

Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 2

BAB 2 

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Kak Senah dah bangun. Menawarkan diri untuk menghantar kuih-muih untuk jualan ke warung Abang Man. Pandangan pelik Mak Aisyah tak dipedulikan. Apa yang dia tahu.. dia ada misi untuk dilaksanakan pagi ini. Jadi, selepas bersembang ala kadar dengan Jamilah dan bertegur sapa dengan dua tiga orang penduduk kampung/taman yang datang bersarapan di warung Abang Man, Kak Senah terus sahaja mengambil jalan yang diambilnya semalam.
Langkah kakinya laju menuju ke lorong kecil yang akan membawa dia ke sebuah pagar besar yang tersergam megah. Nafas Kak Senah sedikit termengah. Tak menyempat macamlah tempat tu boleh tiba-tiba hilang. Tetapi itulah sebabnya Kak Senah berjalan macam tak cukup tanah. Dia takut kalau-kalau semalam itu hanya mimpi. Atau mungkin dia yang bermimpi di siang hari.
Sambil menapak Kak Senah berharap tiada sesiapa yang muncul di sepanjang perjalanannya dengan niat nak beramah-tamah. Harapan dia jadi kenyataan bila dia selamat sampai di hadapan pagar besar tanpa bertembung dengan seorang manusia pun.
Kak Senah berhenti tepat di hadapan pagar berukir cantik. Mata mengerling plak gangsa yang terukir nama 'Kasih Mansion'. Nama rumah agam yang terletak di sebelah sana pagar barangkali. Dia meneka.
Tangan dengan hati-hati dilabuhkan ke besi pagar. Dia diam. Cuba mendengar. Bukan dengan telinga. Cuba merasa tetapi bukan dengan sentuhan fizikal. Sesuatu yang orang lain tak akan faham. Hanya dia.
Mata disepetkan cuba melihat melangkaui pagar. Selang beberapa saat Kak Senah mengalah. Mana mungkin dia boleh nampak dari situ. Dahi berkerut cuba mengingat kalau-kalau Mak Aisyah pernah menyebut tentang tempat ini.
'Dekat tempat ni ada sebuah rumah agam yang kosong tak berpenghuni sejak sekian lama. Menurut cerita, rumah agam itu suatu masa dahulu dimiliki oleh sebuah keluarga kaya yang terdiri daripada suami isteri dan anak lelaki tunggal mereka. Anak lelaki pasangan itu dikatakan memiliki rupa paras yang sangat kacak. Kalah Cristiano Ronaldo. Sesuai sangat dengan kamu Senah. Kalau kita pindah ke sini sewaktu mereka masih ada dekat rumah agam tu.. dah lama Mak pinang buat menantu.'
Hah! Memang tak lah Mak nak cakap macam tu.
'Kamu ingat dengan handsome.. dengan kaya kamu boleh hidup bahagia??'
That..sounds much more like Mak.
Jadi, ini bermakna tidak. Mak Aisyah tak pernah provide apa-apa informasi mengenai tempat yang bernama 'Kasih Mansion' ini. Kenapa? Mak pun tak tahu ke pasal tempat ni? Kak Senah termenung. Ke..sengaja tak nak bagitahu?
Kepala digerakkan ke kiri ke kanan beberapa kali. Menghalau pemikiran jahat yang cuba meracuni mindanya. I'll stick with yang Mak tak tahu menahu pasal tempat ni. Tangan dia menjalar masuk ke sebelah dalam pagar. Meraba-raba. Tatkala jari menemui apa yang dicari, Kak Senah cuba menarik mangga yang masih bertaut. Berkunci rapat. Seolah setia mengawal tempat ini dari sebarang pencerobohan. Dia dah berkira-kira untuk mencari jalan lain untuk masuk apabila mangga itu berbunyi. Takk! Terbuka. Mangga itu mengalah juga akhirnya. Mungkin sebab dah lama sangat terdedah kepada cahaya matahari dan angin sejuk panas, ketahanan mangga tua itu dah berkurangan.
Perlahan-lahan Kak Senah menolak pagar besar yang berkeriut tanda protes. Marah tidurnya yang sekian lama diganggu barangkali. Setelah dirapatkan kembali pagar, Kak Senah berdiri membelakangi pagar besar yang berkarat di beberapa bahagian. Dia dalam mode berhati-hati. Mata mengerling ke segenap penjuru kawasan itu.
Setapak langkah diambil. Kemudian dia berhenti. Memerhati. Mendengar. Dia melangkah lagi setapak. Berhenti. Bila dah puas hati yang keadaan sekeliling selamat, Kak Senah meneruskan langkahnya. Tak tahu nak pergi mana hanya mengikuti jalan bertar yang tak berapa luas itu. Muat-muat untuk sebuah kereta sahaja melaluinya dalam satu-satu masa.
Kehadiran Kak Senah disambut dengan sebuah titi yang merentangi sungai kecil. Kak Senah dengan ragu-ragu melintasi titian itu. Sempat dia memandang aliran air di bawah yang berkeladak dan berwarna kelabu. Tak sanggup nak bayangkan kalau dia terjatuh ke dalam sungai tu.
Lepas sahaja titi, Kak Senah terus berjalan. Tiada apa yang menarik perhatiannya melainkan taman yang tak berjaga di kiri dan kanan jalan. Boleh bayangkan cantiknya taman itu pada suatu ketika dahulu apabila dijaga dengan rapi. Tetapi sekarang hanya menimbulkan perasaan seram.
'Boleh kurus aku kalau hari-hari kena jalan macam ni.' Kak Senah membayangkan dirinya sebagai penghuni tempat ini. Berjalan dari pagar sehinggalah ke pintu utama -yang hanya beberapa langkah jauh dari tempat Kak Senah berdiri sekarang ni- memang sesuatu yang dia tak nak buat terima kasih. Dia tak punya hobi nak menyeksa diri sebegitu. Kepala didongak memerhatikan rumah agam yang tersegam megah dihadapannya.
'Besar gila.' Kak Senah bersiul rendah.
Rumah agam itu mempunyai ciri binaan Inggeris lama. Dibeberapa bahagian dinding luarnya, kepingan cat mula tertanggal di sana-sini. Juga terdapat beberapa bahagian tempat yang warna catnya sudah luntur.
Setelah menstabilkan nafas yang termengah akibat berjalan agak jauh, Kak Senah menapak ke pintu utama. Tangga dinaiki satu per satu. Kak Senah hampir sahaja melompat terkejut apabila matanya menangkap bayang manusia di pintu utama hanya kemudian menyedari yang itu adalah bayangnya sendiri. Pintu utama itu diperbuat daripada kaca lutsinar yang diukir cantik.
Kak Senah menggeleng. 'Tengok bayang sendiri pun dah melompat.' Tetapi dahi dia berkerut. 'Aku salah ke? Rasanya semalam macam rasa je memang tempat ni.'
Mata merenung bayangnya yang terbentuk di pintu kaca. Dia tak bergerak tapi bayang itu kemudian bergerak-gerak. Menjauhi pintu kaca seolah berundur ke dalam.
'That's more like it.' Kak Senah pulas tombol pintu. Tak berkunci.
Pintu ditolak dan dia melangkah masuk. Kak Senah bersin saat habuk mencecah hidungnya. Sapu tangan dikeluarkan dari poket seluar lantas diikat ala ninja menutupi hidung dan mulutnya. Pintu sekadar dirapatkan.
'Now where should I start?'
Kak Senah menimbang-nimbang. Kakinya kemudian bergerak ke arah bilik paling hampir dengan pintu utama. Pintu yang bertutup dibuka. Seluruh interior dalam bilik itu di scan. Bilik tetamu. Kak Senah meneka. Sebuah katil queen size terletak ditengah-tengah bilik. Mata mencari-cari bayang yang dia nampak tadi. Tak ada.
Tanpa menunggu lebih lama, Kak Senah keluar dari bilik itu. Pintu ditutup kembali. Bukan di sini.
Setiap bilik di ruang bawah itu dia masuk. Mencari apa yang dicarinya. Apabila tak berjumpa, Kak Senah melanjutkan pencarian dia di dapur. Setiap satu kabinet dapur dia buka. Bila kabinet bawah dia buka, Kak Senah melepaskan jeritan ngeri. Seekor tikus gemuk melompat keluar. Kak Senah pun terlompat-lompat menjauhi dapur. Meremang bulu romanya. Pintu dapur dihempas lantas dikunci. Tak nak tikus gemuk tu pun keluar sama.
Selang beberapa ketika, Kak Senah berdiri bercekak pinggang menghadap tangga. 'Okay. Bawah dah selesai, sekarang tinggal tingkat atas.'
Bagaikan diseru, bayangan yang dilihatnya sebentar tadi laju melintasi bahagian atas tangga.
Kak Senah menarik nafas panjang. 'Here I come.' Kaki diinjak ke anak tangga pertama, kedua, ketiga sehinggalah dia tiba di tingkat atas. Kak Senah pandang kiri kanan. Nafas dihela. Ni yang payah kalau rumah besar macam ni. Seperti di tingkat bawah, dia memulakan pencariannya di bilik paling hampir dengan kedudukannya. Bilik pertama yang dimasukinya itu dipenuhi rak-rak buku yang tingginya mencecah siling.
'Wah! Heaven.' Kak Senah yang sukakan library tak boleh nak tolak 'godaan' yang terpampang depan matanya kini. Kaki melangkah masuk walaupun dia tahu apa yang dicarinya tiada di sini. Kak Senah menelusuri satu per satu rak buku yang kukuh berdiri. Namun dia tak menyentuh buku-buku -kini dibaluti habuk tebal- yang tersusun elok di rak. Tangan kekal di kiri kanan tubuh.
Bila dah puas, Kak Senah dengan berat hati meninggalkan bilik yang menempatkan perpustakaan mini rumah agam itu. Dia berpusing ingin menuju ke bilik seterusnya tatkala hujung mata menangkap pergerakan di hujung koridor.
Hujung koridor itu, terdapat sebuah kawasan sederhana luas yang kebiasaannya dijadikan ruang istirehat keluarga. Sebuah sliding door menuju ke balkoni terletak hujung sebelah kanan ruang itu. Bertentangan dengan sliding door terdapat pula televisyen berskrin besar yang dilekatkan ke dinding. Dua sofa kecil terletak berhadapan dengan sebuah televisyen. Di ruang istirehat itu terdapat juga sebuah rak sederhana yang suatu masa dahulu mengandungi beberapa buah buku. Majalah mungkin.
Tetapi semua itu tidak menarik perhatian Kak Senah seperti mana bayang yang berdiri di rak buku tersebut. Bentuk bayang yang dilihatnya tadi tak ubah dari bayang lutsinar, namun kini bayang itu seolah mendapat bentuk dan jasad yang padu. Seolah telah mendapatkan tubuh fizikal dan bukannya sekadar bayangan. Kak Senah menghampiri bayang tersebut. Bayang itu bergerak-bergerak seperti siaran televisyen yang kehilangan signal namun ia kekal ditempatnya.
Kalau ada orang yang nampak keadaan dia sekarang ni mesti ingat dia dah gila. Heh. Tapi kalau dijelaskan pun Kak Senah tak rasa ada manusia yang boleh faham apa yang dia 'merepek' ... kan? Tak ramai orang yang tahu Kak Senah adalah seorang penulis misteri sebab tu apa yang dia cakapkan terkadang orang tak boleh nak faham.
Juga tak ada yang tahu tentang kebolehan dia -kecuali Hanan- boleh nampak muse nya yang diberi nama Jiji. Jiji si muse akan muncul di tempat yang ia rasa ada kisah baik punya untuk di spin menjadi sebuah cerita rekaan. Macam keadaan sekarang ni. Sesuatu pernah berlaku di rumah agam ini. Kak Senah pasti akan hal itu.
Cumanya, detail kejadian yang pernah berlaku tu juga detail tentang penghuni rumah agam ini, Kak Senah tak ada info. Tapi lagi satu kelebihan Kak Senah -atau Jiji- adalah boleh mengesan sumber yang mempunyai memori paling kuat tentang kejadian paling memberi kesan di sesuatu tempat. Kak Senah panggil benda tu core. Sekarang, tugas Kak Senah adalah menemukan core tersebut dan tugas Jiji adalah untuk spin 'core' yang ia jumpa, lepas tu passing batton dekat Kak Senah balik untuk menulis cerita yang di spin Jiji menjadi sebuah cerita rekaan lengkap. Menariknya tentang core ni, ia nya berasaskan memori paling kuat tentang perkara sebenar apa yang pernah terjadi dahulu.
Perlahan-lahan Kak Senah mencangkung dihadapan rak buku. Kepalanya tunduk cuba mengintai bahagian bawah rak buku untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu di situ. Gelap. Dia tak nampak apa pun. Kocek diraba-raba. Telefon pintar ditarik keluar lalu lampu suluh dinyalakan. Kak Senah menghalakan lampu suluh telefon pintarnya ke bawah rak buku. Suluhan lampu itu memantulkan silauan apabila mengenai satu objek. Kak Senah menghulur tangan ke bawah rak buku setelah memastikan tiada makhluk menyeramkan -lipas tentunya- yang menghuni tempat itu. Objek kecil yang berkilau itu ditarik keluar.
Kak Senah bangun sambil mengibas-ngibas seluar yang berhabuk. Objek di tapak tangan ditinjau. Tag nama. Ibu jari dilalukan ke tag nama itu. Perkataan yang terukir di tag nama itu sedikit sebanyak sudah terhakis dimakan waktu. Mata dikecilkan cuba membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang samar-samar masih kelihatan.
A.R.I.A
Seolah diarah oleh satu tangan ghaib, Kak Senah menyematkan tag nama itu pada tudung bawal yang dia pakai. Bayang Jiji melayah menghampiri lantas menjadi satu dengan Kak Senah. Kepala dia mula berpusing. Pandangan berbalam-balam bercampur-aduk antara dunia realiti dengan dunia imaginasi. Memori yang bukan miliknya bertindih dengan memorinya.
Beberapa orang berdiri di suatu tempat yang nampak seperti tempat Kak Senah berada sekarang.
Flash!
Suara saling bertingkah menjerit antara satu sama lain.
Flash!
Bang!
Kak Senah tersentak. What's that? Ada orang ke? Mata dihalakan ke arah tangga. Pandangan dia kabur.
Dalam pada itu sekali lalu dia nampak sesusuk tubuh yang sedang menghalakan sepucuk pistol ke arah.. dia.
Matanya membulat.
Flash!
Kak Senah menarik nafas dalam-dalam. Mata dipejamkan. Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan sambil menanti segala apa yang dia nampak bersusun dengan sendirinya membentuk movie yang akan diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Tapi dahsyat juga kejadian yang pernah berlaku di sini. Tembak-menembak. Ada orang mati kah? Dia tak tahu. Nanti balik rumah dia akan google maklumat mengenai tempat ini.
Notebook dah sedia diriba dengan lap desk buatan sendiri. Bibir menuturkan 'Bismillah' lantas jari-jemari laju menaip tanpa bertangguh sesaat lagi.
Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.