mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Isnin, 20 Mac 2017

Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 3

BAB 3

"MAMA.. Aria okay je lah. Tak payah nak risau sangat. I'll be fine. Promise." Dua jari ditegakkan tanda dia angkat janji.
"Senangnya dia cakap. Mama risau tahu tak? Bukannya Mama pergi sekejap. Tiga bulan. Dan tinggalkan kamu seorang diri untuk sepanjang tiga bulan tanpa pengawasan.. cuba bagitahu, ibu mana dekat dunia ni tak risau? Dia pulak pandai-pandai nasihatkan kita supaya tak payah risau." Puan Maria membebel panjang. Riak risau yang sedari tadi mewarnai wajahnya masih tak luntur.
Bebelan Puan Mariah disambut dengan tawa Encik Rafizi. Aria pula putar bola mata ke atas.
"Ma, Aria dah tujuh belas tahun. Bukan budak kecik lagi. Aria boleh jaga diri sendiri lah. Lagipun tiap-tiap Sabtu dan Ahad Auntie Laila nanti datang jenguk. Nanti kalau cuti, Aria pergi tidur rumah Auntie. Ada juga Pakcik Salleh dan Makcik Fatimah untuk tengok-tengokkan Aria." Tangan kanan mengunjuk dua manusia yang duduk di sofa ruang tamu.
Imam Salleh dan isterinya Hajah Fatimah jiran mereka semenjak sekian lama, tersenyum mengangguk mengiakan kata Aria. Sifat prihatin dan baik hati kedua suami isteri itu merapatkan hubungan kedua jiran itu. Sementelaah lagi Aria dah anggap kedua mereka seperti darah daging sendiri.
"Lagipun Aria tak ada buat apa pun. Pergi sekolah lepas tu kelas tambahan. Petang, balik rumah. Makan. Mandi. Tidur. Esok ulang rutin yang sama. Same old same old." Aria menambah lagi alasannya.
Puan Mariah menarik nafas dan dihela. Perbuatan itu diulang beberapa kali. Menunjukkan yang dia masih tak yakin nak tinggalkan anak perempuan tunggalnya seorang diri sepanjang tiga bulan.
Encik Rafizi menghampiri isterinya. Senyum lucu masih bergayut di bibir. "There..there sayang. Aria dah cakap dia tak akan apa-apa. Just trust her okay? Lagipun, benda ni kita dah setuju like sebulan yang lepas kan? She's going to be fine." Bahu Puan Mariah dipicit lembut. Meredakan ketegangan wanita itu.
Aria pantas mencelah. "See? Uncle's right. I'm going to be fine. No worries. I promise. Lagipun takkan Mama nak batalkan segalanya? Penerbangan Mama dalam masa dua jam lagi kot. Mama nak cancel last minute?" Bibir memuncung ke arah beberapa bagasi yang menanti dihadapan pintu rumah. "Teksi pun dah telefon. Ma.. takkan Mama nak panaskan hati ramai orang hanya sebab Mama tak percaya Aria boleh tinggal sorang-sorang? Lagipun bukannya Aria tinggal seorang diri sepanjang masa.. kan?" Mata dibundarkan. Cuba meyakinkan Puan Mariah.
Sebulan lepas, Puan Mariah mengkhabarkan yang dia perlu mengikuti trip ke luar negara. Minimum masa yang diperlukan adalah tiga bulan. Encik Rafizi ambil keputusan untuk turut sama. Aria laju sahaja menyatakan persetujuannya. Otak juga dah laju merencana misinya sendiri.
Sewaktu awal-awal Puan Mariah mengkhabarkan hal itu -dan Aria dah cakap dia okay je- wanita itu menyoal berulang kali sama ada betul Aria akan okay dengan keputusannya itu. Aria hampir sahaja mati kebosanan dengan soalan berulang mamanya itu.
Nampaknya walaupun pada saat terakhir sebelum berangkat -setelah semua persiapan dibuat- Puan Mariah masih mengulang kerisauannya.
"Ya, tell me wich mom yang tak risau nak tinggalkan anak perempuan dia sorang-sorang tiga bulan?" gumam Puan Mariah untuk kesekian kalinya.
Di luar rumah hon kereta berbunyi. Aria meluru ke tingkap mengintai keluar. Hati berdoa mengharapkan yang datang tu teksi. Penat mendengar Mamanya mengulang benda yang sama tanpa henti. Riak wajahnya sedikit berubah tatkala bukan teksi yang menyapa matanya.
"Auntie Laila." Aria mengumumkan pada semua yang sedang pandang dia. Pintu dihampiri lantas ditarik sebelum sempat dibuka dari luar. Sesusuk tubuh tinggi lampai muncul di muka pintu.
"Aria. How're you my darling?" Auntie Laila menarik Aria ke dalam pelukan. Pipi gadis itu dikucup kiri kanan sebelum dilepaskan.
"Hai Auntie Laila. Aria sihat je. Auntie sihat?" Aria berbasa-basi.
"Still alive and kickin'." Wanita berusia awal 30-an yang bekerjaya sebagai setiausaha kepada seorang ahli perniagaan terkenal itu, menjawab dengan kenyitan mata.
Aria tersenyum. Auntie Laila memang macam tu. Berperwatakan ceria dan agak gila-gila. Tetapi jangan sesekali cross the line. Dia boleh berubah jadi harimau garang. Membuatkan Aria ragu-ragu macam mana nak sampaikan segala apa yang telah dia rancang sejak dari hari pertama mamanya bagitahu tentang trip ke luar negara yang perlu diikutinya itu. Puting beliung pasti melanda. Pasti.
"Kamu dah ready?" Auntie Laila menyoal Aria. Dia kini memeluk dan berlaga pipi dengan Puan Mariah.
"Beres." Aria menjawab. Hari ini hari Sabtu. Jadi dia akan pergi ke rumah Auntie Laila dan balik sini Isnin pagi. Auntie Laila hantar dia staright depan pagar sekolah. Segala perkakas dia dah disiapkan dalam beg kecil yang menanti di dalam bilik tidur. "Auntie nak gerak sekarang ke?"
"Tunggu Mama dengan Uncle kamu pergi dulu." Auntie Laila menjawab. Sejurus kemudian kedua wanita itu join dengan Imam Salleh dan Hajah Fatimah yang duduk di sofa.
Aria mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Memeriksa setiap tingkap dan pintu balkoni selamat berkunci. Juga segala perkakas elekrik. Dipastikan suisnya dah dipadam. Beg dicapai dan pintu ditutup.

***

Isnin.
Dan dia dah kembali di rumah teres dua tingkat yang dihuni bersama Mamanya dan Uncle Rafizi. Aria campak beg sekolah atas katil. Seragam sekolah digantikan dengan pakaian harian. Pertama kali rumah dua tingkat itu dirasakan kosong seperti tak berpenghuni. Aria melontarkan tubuh ke atas katil. Terkebil-kebil dia memandang siling.
Selepas beberapa detik dia bangun. Mendekati almari baju. Laci berkunci ditarik buka. Sekeping fail dibawa keluar. Aria melangkah kembali ke katil. Tali yang mengikat fail itu dilonggarkan. Segala isi fail dituang keluar. Bertaburan berkeping-keping gambar yang menunjukkan wajah seorang budak lelaki. Lengkap dari fasa berseragam tadika, sekolah rendah, sehinggalah sekolah menengah.
Gambar terbaharu Aria capai. Ditenung lama. Minda menimbang-nimbang sesuatu. Kepalanya kusut. Buat atau tak buat?
Clock's ticking. Tiga bulan akan berlalu macam tu sahaja. Kalau dia tak ambil kesempatan sekarang, kesempatan yang ditunggu-tunggunya selama ini, ianya akan pergi begitu sahaja. Berkecai jadi debu.
Aria bingkas bangun. Dia dah buat keputusan. Kepingan gambar itu dikumpulkan kembali dan dimasukkan ke dalam fail yang kemudiannya disumbatkan ke dalam beg sederhana besar yang dah tersedia dalam almari. Mata kerling jam dinding. 6:30 petang.
Aria berkira-kira dalam hati. Dia akan mulakan apa yang dirancangnya apabila hari dah gelap. Dan untuk mengisi waktu yang tersisa..
Kring!!
Telefon rumah berbunyi. Pantas dia meluru menjawab. "Helo."
Panggilan daripada Hajah Fatimah. Mengajak dia makan malam. Dan dengan senang hati Aria menerima.

***

"Helo Auntie Laila." Suara Aria seolah menahan tangis. Sempat mata mengerling jam. 10.00 malam.
"Helo? Aria? Kenapa ni? Are you okay?" Nada Auntie Laila jelas menandakan yang dia risau akan gadis itu.
"Auntie.. Aria rasa ada orang nak cuba masuk rumah." Aria berbisik di corong telefon.
Membuatkan Auntie Laila semakin panik. "What? Aria pasti?"
"Of course lah Auntie. Tak kan nak bergurau pulak." Aria terdiam.
"Helo? Aria? Helo?"
"Auntie, Aria takut ni," rengeknya.
"Aria tunggu situ. Auntie datang. Call Hajah Fatimah dan Imam Salleh. And stay there." Klik! Talian dimatikan.
Aria termangu-mangu memandang telefon. Jantung dia berdebar-debar. Oh, dear! Here comes nothing. Mata dikatup rapat. Menyeru semangat.

***
"Aria okay? Tak apa-apa?" Auntie Laila bertanyakan Aria untuk kesekian kalinya.
Aria yang duduk di sofa bersama dengan secawan koko panas di tangan -yang dipaksakan kepadanya- sekadar mengangguk. Wajah sedaya-upaya dikeruhkan. Hajah Fatimah dan Imam Salleh turut berada di ruang tamu.
Imam Salleh sudah meronda satu rumah. Dan -tentulah- tidak menjumpai apa-apa yang mencurigakan. Juga tiada tanda orang cuba pecah masuk rumah itu.
"Aria minta maaf. Maybe I'm too jumpy dan terus buat konklusi yang ada orang dekat luar rumah. It maybe just Ciko." Ciko si kucing gemuk peliharaan Hajah Fatimah dan Imam Salleh yang hobinya memperlakukan rumah ini macam ia punya.
Auntie Laila menghela segumpal nafas. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Aria. Bahu gadis itu dipaut erat. Seolah cuba menyalurkan kekuatan.
Aria tak berani merenung wajah wanita itu. Heck, dia tak berani nak angkat muka pandang wajah Hajah Fatimah dan Imam Salleh. Rasa bersalah yang amat. Koko dihirup perlahan. Mata ditalakan ke lantai.
"Macam mana ni Kak Fatimah? Imam? Perlu ke telefon polis?" Auntie Laila bertanyakan Hajah Fatimah dan Imam Salleh.
Mata Aria membesar.
Diam seketika tanpa sebarang jawapan daripada kedua suami isteri itu. Aria semakin berdebar. Tapi dia kekal pasif. Akhirnya, Imam Salleh membuka mulut.
"Rasanya tak perlu. Lagipun Aria dah cakap yang dia mungkin salah dengar." Tenang sahaja suara lelaki separuh baya itu.
Laju Aria mengangguk.
"Dia takut lah tu, nak tinggal seorang." Hajah Fatimah mengusik. Senyuman kecil tersungging di bibirnya.
"Budak ni memang. Degil. Keras kepala. Suka tunjuk kuat padahal.." Auntie Laila menyampuk pantas.
Disebabkan dia tahu kebenaran di sebalik semua ini, Aria hanya diam menerima 'tohmahan' yang dilemparkan kepadanya. Dia tahu lepas ni, dia akan terima hukumannya.
"Sekarang ni, nak buat apa? Kamu tidur sini ke Laila?" Hajah Fatimah menyoal.
Auntie Laila melepaskan pelukan di bahu Aria. Keluhan dilepaskan untuk kesekian kalinya. "Itu masalahnya Kak Fatimah. Saya ni esok kerja. Lagipun.." Kata-kata wanita itu terputus apabila Aria pantas memotong.
"Aria ikut Auntie balik."
Tiga pasang mata merenung Aria. Dahi Auntie Laila berkerut. "Kamu jangan nak bergurau. Habis sekolah macam mana?"
"Ponteng." Selamba Aria membalas.
"Aria.." Suara Auntie Laila bergetar penuh amaran.
"I'm serious. Habis Auntie nak tinggalkan Aria sorang-sorang dekat sini lepas.." Dia terbata-bata mencari perkataan yang tepat. "..lepas semua ni berlaku?" Tangan didepakan. Gaya dramatik.
Auntie Laila memicit dahi. Mata tak lepas dari memandang Aria. Gadis itu pantas melarikan pandangan. Jantung semakin pantas berdegup.
Hajah Fatimah dan Imam Salleh hanya melihat tanpa masuk campur. Membiarkan kedua mereka menyelesaikan masalah sendiri. Memberi pendapat hanya apabila ditanya.
"Fine. Kamu ikut Auntie balik malam ni. Nanti Auntie call sekolah. Kita tengok dulu nak buat macam mana." Akhirnya Auntie Laila mengutarakan apa yang Aria nantikan.
Hampir sahaja dia melompat kegembiraan kalau tak sebab dia masih ingat apa yang baru sahaja sepatutnya berlaku. Aria mengangguk lemah sebagai respon.
Auntie Laila mengeluh lagi. "Pergi siap," arah wanita itu.
Aria patuh. Meninggalkan tiga manusia itu di ruang tamu dan menuju ke biliknya di tingkat atas. Langkah ditahan dari skipping.

****
Keesokan harinya ketika mereka bersarapan bersama Aria meberanikan diri memberitahu Auntie Laila akan perancangannya. "Auntie, Aria ada benda penting nak cakap ni. Tapi Auntie kena janji yang Auntie tak akan marah."
Gerakan Auntie Laila terhenti. Roti yang belum rata sapuan menteganya diletakkan kembali ke dalam piring. "Auntie tak janji. Tapi, teruskan." Cawan berisi kopi dicapai.
Aria menarik nafas. Here goes nothing. "Aria nak tukar sekolah."
Nyaris Auntie Laila tersedak air kopinya. "Are you crazy?" Tanpa dapat ditahan, ayat itu meluncur dari seulas bibirnya. "No. Kamu jangan nak buat hal Aria." Auntie Laila menolak permintaan gadis itu.
"Please Auntie. Ianya penting sangat. Well.. penting bagi Aria at least."
"Kamu kena buli ke?"
"Mana ada." Pantas Aria menafikan. Buli? Please. Kalau dia yang membuli tu boleh juga diterima.
"Habis tu?"
Aria terbata-bata nak menjawab. "Aria...err..sebenarnya Aria.."
"Auntie tak ada masa selamanya untuk kamu. Auntie perlu pergi kerja."
"I want to meet my brother." Laju sahaja dia menuturkan. Aria tahu yang Auntie Laila sedar bahawa Puan Mariah tak pernah beritahu Aria tentang kewujudan saudara kandungnya.
Wajah Auntie Laila berubah pucat. "Macam mana kamu tahu?"
"Aria tahulah. Auntie ingat rahsia macam tu boleh disorok selamanya ke?" Macam orang cuba sorok durian. "Tolonglah Auntie. Auntie je lah harapan Aria. Lagipun sekarang Mama tak ada dekat Malaysia."
"You've been planning this." Mata Auntie Laila mencerun tajam.
"Sejak Mama cakap dia kena ke luar negara untuk tiga bulan." Aria mengaku.
Bertambah mencerun mata Auntie Laila mendengarkan jawapan jujur itu.
"Auntie please. Lagipun sekolah dia tu tak jauh dari tempat tinggal Auntie. Aria boleh naik bas je pergi sekolah. Auntie tak payah susah-susah." Aria masih tak berputus asa memujuk wanita itu.
Auntie Laila memicit-micit dahi. Menunjukkan yang dia sakit kepala dibuatnya dengan kerenah Aria. "Kamu ingat itu ke masalahnya sekarang ni? Jarak sekolah?"
Aria terkebil-kebil. "It's not that. Aria nak cakap yang Aria tak akan susahkan Auntie sepanjang Aria bersekolah di situ -well kalau Auntie setuju nak tolong tukarkan Aria. Aria janji Aria akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan yang Aria ambil ni." Tangan kanan diangkat seperti orang angkat sumpah.
Membuatkan gerakan jari-jemari Auntie Laila memicit dahi kelihatan semakin rakus.
"Kira baiklah ni Aria cakap juga dengan Auntie tentang plan Aria ni. Kalau Aria redah je senyap-senyap?" Melihatkan tiada tanda-tanda Auntie Laila nak bersetuju dengan permintaan dia, Aria ubah taktik.
Mata Auntie Laila membulat. "Are you threatening me?"
Aria menalakan pandangan ke meja makan. Tak berani nak memandang wajah Auntie Laila. "Tak."
Auntie Laila memejamkan mata. Nafas panjang ditarik. "Look. Bukannya Auntie nak nafikan hak kamu ke apa..tapi Auntie dah janji dengan Mama kamu. Masak Auntie kalau Mama kamu tahu."
"Mama tak ada dekat Malaysia ni untuk tiga bulan." Pantas Aria berkata.
"Selepas tiga bulan? Nak jawab apa bila Mama kamu balik nanti?" Nada suara Auntie Laila menunjukkan yang dia sedang menahan geram. Dengan Aria tentunya.
"Itu kita fikirkan bila Mama dah jejak Tanah Malaya ni nanti. Sekarang kita fokus yang Mama tak ada dekat sini, jadi semua keputusan Auntie yang buat." Aria berjeda. "Jadi? Apa keputusan Auntie?" Sepasang matanya merenung penuh berharap. Sedaya upaya dibuat agar kelihatan seperti Puss in The Boots si kucing oren yang gemuk.
Auntie Laila tak terkata.
"Please. He's someone whom I share my DNA with. Aria bukan nak buat apa. Nak tengok hidup dia macam mana sahaja. Aria tak buat benda yang bukan-bukan. Janji." Bersungguh-sungguh dia merayu. "Dan dia tak akan tahu identiti Aria. Not from my mouth. I'll stay anonymous. Tengok dari jauh sahaja."
Auntie Laila serba-salah. Wajah ditangkupkan ke atas kedua tapak tangan. Lama dia berkeadaan begitu sebelum muka diangkat. Riak wajahnya kusut. "Bukan senang nak tukar sekolah dalam masa sekarang ni. Lagi-lagi kamu nak SPM."
Kata-kata Auntie Laila hampir sahaja membuatkan Aria melompat gembira. "Gunalah Auntie punya kenalan." Aria bagi cadangan. Kerjaya Auntie Laila membuatkan wanita itu mempunyai rangkaian kenalan yang agak luas.
Renungan Auntie Laila ketika itu kalau boleh menembak laser nescaya Aria dah jadi debu.
Aria serba-salah. Walaupun dia serius semasa bagi cadangan itu. Bukan main-main. "Sorry."
Wanita itu mengeluh untuk kesekian kalinya. Mata dipejam sesaat sebelum dibuka. Menikam ke dalam anak mata Aria. "Auntie tak nak dengar sebarang complaint tentang kamu dari sekolah. Auntie tak nak juga kamu timbulkan sebarang masalah yang melibatkan your brother. Stay low." Auntie Laila memberi amaran kepada Aria.
Senyuman Aria sangat lebar dia rasa wajahnya seolah terbelah menjadi dua. "Thank you..thank you..thank you. Thank you so much Auntie." Aria bangun nak peluk cium wanita itu tetapi langkahnya tertahan apabila Auntie Laila mengangkat sebelah tangan menyuruh Aria agar tak berganjak dari tempatnya.
"I'm still not happy with all of this. Ugghh!! Apa Auntie nak jawab dengan Mama kamu nanti?" Auntie Laila bangun membawa piring dan cawannya ke singki.
Aria tersengih mendengarkan rungutan wanita itu. Hati dia sedang bersorak gembira. Tapi sengih dia mati apabila Auntie Laila berpusing memandangnya dengan renungan seperti pemangsa nak menerkam mangsanya. Wanita itu berpeluk tubuh sambil bersandar ke singki dapur.
"Officially all those ada orang nak masuk rumah hanya lakonan semata-mata?" Auntie Laila bertanya tentang rancangan Aria malam semalam.
Uh-oh. Wajah Aria berubah. "Gomennasaiiii!!" Kedua tangan dirapatkan ke depan muka. Tunduk pandang lantai tak berani bertentang mata dgn Auntie Laila yang bersinar tajam bila mengingatkan pasal pelan jahat dia.
Wanita itu menarik nafas panjang lalu dihembus kasar. Cuba menenangkan hati barangkali. "Basuh pinggan, basuh baju dan kemas rumah ni selama kamu ada dekat sini. Tanpa sebarang aduan mahu pun alasan." Auntie Laila terus naik ke tingkat atas tanpa berpaling lagi.
"Alaaa..Auntieee!!" Kerja-kerja rumah adalah perkara paling dia malas dan tak suka nak buat. Padan muka!





Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.