mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Isnin, 20 Mac 2017

Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 4

BAB 4

BANGUNAN sekolah yang tersergam megah itu dia pandang dengan muka yang sedikit berkerut. Aria menarik nafas panjang. Jari-jemari diregang-lenturkan cuba menghilangkan debar yang kini menghentak dada.
“Kamu nak Auntie temankan?” Suara Auntie Laila menyentakkan lamunan Aria. Segera dia berpaling. Bertemu pandang dengan Auntie Laila yang memandang dia dengan kedua tangan menggenggam stereng kereta.
Nope..I'm fine." Kata-kata yang lebih ditujukan kepada diri sendiri.
Auntie Laila mengukir senyum. Aria cukup tak suka kalau Auntie Laila senyum sebegitu. Itu senyuman menyindir.
'3... 2..'  Dia mengira dalam hati.
"Sendiri yang cari masalah kan?" Nada suara Auntie Laila berlagu.
'1..'
Aria senyum kelat. "Bukan masalah yang Aria cari. Aria cari saudara kandung." Perlahan dia cakap. Tak pandang wajah wanita di kerusi pemandu.
Kedengaran nafas dihela Auntie Laila namun wanita itu tak berkata apa. Mendiamkan diri. Aria tahu apa yang dia buat sekarang ni membuatkan wanita itu tersepit antara kehendak dirinya dan juga amanah dari Mama. Walaupun tahu ini bakal mengundang masalah dikemudian hari, Aria tetap dengan keputusan dia. Buat tak peduli yang dia sebenarnya pentingkan diri sendiri.
"Aria masuk dulu." Dia menyalami tangan Auntie Laila.
"Nanti nak balik call Auntie," pesan Auntie Laila.
"Hmm." Aria mengangguk. Dia baru bercadang nak balik sendiri sahaja, tetapi mengenangkan yang tempat ini tempat baharu bagi dia, arahan Auntie Laila diterima tanpa bantahan.
Enjin kereta dihidupkan. "You young lady.. jaga diri baik-baik. Jangan nak buat hal.” Sempat amaran itu diutarakan. Jari telunjuk Auntie Laila tegak dihalakan ke arah Aria.
Aria angkat tangan ke dahi. “Ai..ai captain.” Suara dia berlagu macam kartun Spongebob. Aria tertawa melihatkan Auntie Laila yang dah berkerut muka.
Selepas melambai Auntie Laila pergi, Aria melangkah masuk ke kawasan sekolah. Nafas panjang ditarik buat kesekian kalinya. Dalam-dalam. Seketika dia terpaku di depan pagar sebelum berjalan mencari pejabat sekolah.
“Mana pulak pejabat sekolah ni?” Terpinga-pinga dia pandang sekeliling. Kawasan sekolah tersebut yang sememangnya asing bagi dia membuatkan Aria bertambah keliru. “Rasanya papan tanda tadi tunjuk terus.” Dia bercakap sendiri sambil kaki mengundur beberapa langkah ke belakang.
Aria mendongak melihat papan tanda bergantung dipalang yang terayun-ayun ditiup angin. Jelas tertulis 'Pejabat Sekolah' diikuti anak panah yang menunjukkan arah terus.
Semakin dia melangkah terasa semakin dia menuju ke bahagian dalam bangunan tersebut. Lagi yang membuatkan Aria rasa pelik bila dia tak terserempak hatta dengan seorang murid mahupun guru di bangunan tersebut. Tangga dipanjat naik. Dua tiga langkah ke hadapan..Aria berhenti. Dia kini berdiri tepat depan sebuah bilik yang bertulis ‘Pejabat Sekolah’.
Aria tersenyum lega. Finally. Ingatkan dah tersesat tadi. “Apahal tersorok jauh sangat pejabat sekolah ni?”
Tombol pintu bilik dipulas. “Maaf meng..” Ayat tak sempat nak dihabiskan. Aria tegak berdiri dengan dahi yang berkerut seribu. Mak aii. Pejabat sekolah ke rumah orang ni? Dalam bilik itu tersusun sofa bersama dengan sebuah meja kecil terletak di tengah-tengah. Sebuah meja lagi yang bersaiz sederhana besar terletak berdekatan tingkap. Dindingnya pula dihias dengan wallpaper bercorak bunga. Wow! Gila heaven kalau boleh buat tempat persembunyian bilik ni.
 Aria menghampiri meja yang terletak berhampiran dengan tingkap. "Ahh!! Dia terkejut bila tak sengaja tersepak kaki yang terlunjur dari bawah meja. Kaki? Seluruh tubuh dia membeku. Macam mana boleh ada kaki dekat bawah meja ni? Mangsa bunuh? Otak laju sahaja membuat andaian yang bukan-bukan.
Berhati-hati Aria menjengukkan kepala mengintai ke bawah meja. Figura seorang remaja lelaki menyapa pandangan. Aria memerhatikan dada remaja lelaki itu. Nak pastikan yang memang betul remaja lelaki itu tengah tidur dan bukannya dah jadi mayat tak bernyawa. Nafas dihela lega bila melihat dada dia turun naik tanda masih bernafas.
Aria meneliti wajah budak lelaki itu. Tapi macam pelik je. Tidur bawah meja? “Err.. helo?” Hujung jari Aria menyentuh sedikit bahu budak lelaki tersebut. Tiada respon.
“Err.. awak.” Kali ini Aria menggoyangkan bahu budak lelaki itu. Dia tersengih bila sepasang mata budak lelaki itu perlahan-lahan terbuka. “Maaf mengganggu, tapi saya pelajar baru daftar kat sekolah..” 
Gedegang!!
Aria tak sempat nak habiskan ayat.
Budak lelaki dihadapannya tiba-tiba sahaja menegakkan tubuh menyebabkan kepalanya terhantuk meja. “Hey..easy there. Nak bunuh diri ke apa?” Mata Aria membulat. Terkejut dengan kelakuan tak semena budak lelaki itu.
“Manusia?” Tangan kiri budak lelaki itu menggosok-gosok kepala. Dahinya jelas berkerut menandakan kesakitan yang dirasai.
Mata Aria menyepet. “Do I look like a ghost?” Seesh.. mamat ni. Ingatkan apahal lah tadi melompat macam tu. Takut hantu rupanya. Sampai dia pun berdebar sama. Betullah orang cakap, kalau kita rasa kita salah mesti sentiasa rasa takut. Takut kantoi!
Budak lelaki itu tersengih sambil menggenyeh mata. “You know.. dekat bangunan ni jarang nak jumpa student. Sebab tu saya ingat awak hantu.” Dia menguap.
“Cara awak cakap macam bangunan ni bangunan tinggal.” Aria duduk bersila. Beg sekolah diletak atas riba. “So… boleh kita mula?”
Budak lelaki itu berkerut dahi. “Mula apa?” Bingung dia menyoal.
“Pendaftaran sekolah. Saya budak baru kat sini.” Segala sijil pencapaiannya di sekolah lama Aria bawa keluar dari beg. Mata ditalakan ke lantai. “By the way.. tak sangka kerani pejabat sekolah muda sangat.” Selamba Aria menuturkan. Dalam hati dia sengih sendiri. Boleh jadi pelakon lepas ni. Bukan dia tak nampak seragam sekolah yang tersarung di tubuh budak lelaki itu.
Terkebil-kebil mata budak lelaki itu mendengar ocehan Aria sebelum menghamburkan ketawa. Giliran Aria tayang muka blur. Konon tak faham kenapa dia kena gelak.
 “Sorry to disappoint you.. tapi sini bukan pejabat sekolah. Saya rasa awak dah salah bangunan.” Masih dengan sisa ketawa budak lelaki itu merangkak keluar dari bawah meja.
"Eh? Bukan pejabat sekolah? Tapi sign board kat pintu tulis ‘Pejabat Sekolah’.” Aria turut merangkak keluar.
“Yup..ini memang pejabat sekolah. Tapi itu dulu. Sekarang pejabat sekolah dah tukar ke bangunan baru. Actually..for your information, bangunan ni dah kosong. Tak digunakan lagi.”
Really?” Aria berkerut dahi. Hujung mata dia tak lepas memandang budak lelaki itu. Wajah mengantuknya tadi dah hilang diganti riak segar.
“Uhuh! Saya rasa awak mesti lalu ikut pagar belakang kan? Sebenarnya kalau ikut undang-undang sekolah.. takde murid yang dibenarkan masuk ikut pintu pagar belakang lepas loceng persekolahan berbunyi." Jam tangan ditilik. "Tapi sebab awak murid baru, awak dimaafkan.” Budak lelaki itu tersenyum.
“Jadi mulai hari esok..awak hanya dibenarkan masuk ikut pagar dekat blok E ataupun pagar depan. Clear?” Sambung budak lelaki itu lagi bila Aria tak beri respon.
Aria terkebil-kebil. “By the way.. saya Aria. Awak?” Dia memperkenalkan diri. Dalam hati Aria menyebut nama budak lelaki dihadapannya ini. Nama yang dah dia hafal sepenuh hati.
“Sofean Baihaqqie." Budak lelaki itu memperkenalkan diri. Oblivious to the fact yang tatkala dia menyebut namanya, Aria turut sama menyebut sepotong nama itu dalam hati. "Boleh panggil Ean." Senyuman masih tak luput dari bibir Sofean.
Aria turut tersenyum.
“Jadi.. saya nak buat apa sekarang?”
“Masuk kelas lah. Ke nak ponteng?” Sofean angkat-angkat kening gaya nakal.
Laju Aria menggeleng. Tak berani. Mahu kena kejar keliling rumah dengan Auntie Laila kalau dia kena tangkap buat hal pada hari pertama di sekolah baru. Dahlah kesnya ini bergantung kepada belas kasihan Auntie Laila.
Sofean tergelak. "Kalau macam tu saya bawa awak pergi the real pejabat sekolah."
Aria tersenyum lega. "Thanks a bunch." Tak sanggup dia untuk sesat kali kedua.
"No problemo." Sofean melangkah ke sofa. Beg sekolah dicapai.
"Kalau ni bukan pejabat sekolah.. bilik ni guna untuk apa je sekarang? Cantik pulak tu hiasan." Aria pandang sekeliling. Baru sedar ada rak buku di hujung bilik. Membuatkan dia berkira-kira nak minta pas kebenaran untuk keluar masuk bilik ni ikut suka hati.
"Bilik ni sekarang adalah the official markas untuk Majlis Persatuan Pelajar." Sofean menjawab. Hujung bibir dia terjongket semacam senyum sinis.
"Oh?" Kening Aria terangkat. Impian sesaat yang lalu berkecai jadi debu. Memang taklah.
"Ya." Nada suara Sofean berlagu.
"Jadi.. awak ni ahli MPP?"
"Nope." Senyuman Sofean melebar. Tubuh disendengkan ke arah sofa. Tangan disilangkan ke depan.
Kening Aria terangkat tinggi. Dapat dirasakan manusia didepannya itu sedang bermain dengannya. Macam kucing dengan tikus. Tom dan Jerry. "Then what're you doing here?"
"Menunggu untuk menaikkan darah seseorang." Kening dijongket. "Tapi sebab awak dah muncul tiba-tiba nak tak nak kena called it off." Sofean bergerak menjauhi sofa. "For today." Sambung dia dengan senyuman musang guntang.
Otak Aria bergerak cuba memahami apa yang Sofean cuba sampaikan. Apa yang dia dapat simpulkan adalah, budak lelaki itu tengah on war dengan someone. Kiranya sekarang, Sofean tengah menceroboh masuk bilik MPP ni sebab dia bukan ahli. Tentulah dia tak ada kebenaran untuk berada di sini.
Uh-oh..
Aria mula faham apa yang sedang berlaku. Tapi.. dia budak baru. Manalah dia tahu kalau tempat ni tempat larangan ke apa. Surely they wont call Auntie Laila hanya sebab stupid mistake macam ni.. kan? Aria mula nak panik.
"Then we need to go now! Kiranya kita dah menceroboh masuk kawasan larangan dah ni. Nanti kalau saya kena detention macam mana?" Aria menggelabah.
"Chillax. Bebudak MPP tu semua ada taklimat apa entah dengan pengetua dan PIBG. Jom, saya bawa awak pergi pejabat sekolah." Sekali lagi Sofean mempelawa. "What's that?" Bibir memuncung ke arah fail ditangan Aria.
Aria turut jatuhkan pandangan ke tangan. "Oh, sijil-sijil dari sekolah lama."
Sofean menadah tangan. "Give me that."
"Eh?" Aria muka terkejut.
"Nanti saya bagi terus dekat kerani sekolah."
Dengan berat hati Aria menghulurkan fail ditangan. Gerakan dia ibarat slow motion. Dia tak nak kalau-kalau Sofean mencuri lihat sijil-sijilnya.
Dalam masa yang sama pintu bilik MPP itu terbuka. Empat batang tubuh melangkah masuk sebelum terhenti tatkala pandangan keempat-empatnya jatuh pada Aria dan Sofean.
Gerakan Aria nak hulur fail kepada Sofean turut terhenti di tengah jalan. Seolah ada tangan ghaib menekan butang pause. Kepala dia berpaling laju ke pintu.
"Ean." Tajam suara juga tajam renungan pelajar lelaki yang berada paling hadapan antara keempat-empat pelajar yang baru muncul dalam bilik MPP itu.
"Not again." Kedengaran rungutan entah dari siapa.
Sofean tersengih. Sebelah tangan diangkat tanda sapaan. "'Sup."
Aria mengerling wajah Sofean. Walaupun budak lelaki itu tersengih namun tiada humor dalam mata dia. Kosong. Mata Aria beralih pula kepada pelajar yang menegur Sofean. Sama.
"Dude, kalau kau suka sangat dengan tempat ni why don't you just join us? Aku boleh recommend nama kau dekat cikgu." Pelajar lelaki tinggi lampai berkaca mata dan rambut bersikat rapi berkata dengan Sofean. Nada suara dia jelas menandakan yang dia fed up dengan apa yang Sofean buat. Which suggest.. -Aria simpulkan- yang ini bukan kali pertama. Hobi pecah masuk tempat orang ke apa budak ni?
"Eww.. Yuck!" Balasan Sofean dah cukup untuk buat semua orang faham jawapan pada pelawaan tersebut.
Pelajar yang bagi cadangan tadi memutarkan bola mata ke atas. Bibirnya mencebik. Dia dan dua orang lagi rakannya bergerak melepasi Sofean dan Aria. Seorang mendekati meja manakala dua orang lagi duduk di sofa.
Tinggal Aria, Sofean dan the other dude -yang Aria assume adalah ketua mereka- berdiri depan pintu. Aura the other dude tu jelas aura no nonsense. Ini bermakna..
"Aria meet Adam Rayyan. Our beloved Ketua Pelajar." Sofean mengesahkan apa yang sedang berlegar dalam minda Aria.
Adam Rayyan masih beriak kosong macam android baru lepas di reprogram sistem. "So, kau ada partner pulak?" Mata dingin Adam Rayyan berlabuh seketika di wajah Aria sebelum dipakukan tepat ke wajah Sofean.
Dalam masa yang sama Sofean memuncungkan mulutnya. "Aww. Macamlah aku kejam sangat nak biarkan awek cun kena tangkap kalau partner dengan aku."
Renungan Adam Rayyan bertambah dingin.
Kalau tadi takat beku sekarang dah jatuh suhu negatif.
Aria buat kesimpulan yang manusia dua orang ni bukan setakat tak suka each other tapi dah tahap berperang.
Sofean menarik fail ditangan Aria lantas ditolak ke tangan Adam Rayyan. "She's a new student. Since KP yang bertanggungjawab dah ada dekat sini, aku serahkan semuanya dekat kau. Ciao." Bagai musang licik Sofean menyelit tubuhnya melepasi Adam Rayyan dan menghilang di sebalik pintu. Pantas sehingga KP itu hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.
Adam Rayyan menghempas segumpal keluhan. Jelas yang dia rasa jengkel dengan perilaku Sofean. Tanpa mengendahkan Aria, Adam Rayyan melangkah ke meja. Membiarkan Aria berdiri terkebil-kebil seorang diri.
"Budak baru? Form berapa?" Salah seorang ahli MPP yang duduk di sofa dengan buku ditangan angkat muka. Dua orang lagi turut memandang Aria dengan penuh minat. Menanti jawapan.
"Form five." Aria sedikit menggelabah. Terasa macam penjenayah yang kena soal siasat dekat bilik tahanan.
Kening ahli MPP tu masing-masing terangkat. "That's rare. Form five pindah sekolah. Ikut parents ke?"
Aria mengukir senyum plastik. Otak ligat berputar. "Mak saya ada kerja dekat luar negara. So I'm staying with my aunt." Jawapan yang tak menjelaskan segalanya. Dan dia tak tipu pun.
"Ooo.." Tiga kepala mengangguk serentak.
"Nama siapa? Mana tahu kita sama kelas nanti." Ahli MPP yang pegang buku tu tanya dengan suara nakal. Dua tangan menepuk bahu dia secara bersamaan. Disambut dengan gelak tawa yang membuatkan Adam Rayyan si KP mengangkat muka.
"Aria," jawab Aria sepatah. Tak tahu dia patut bereaksi macam mana. Sepasang mata dingin Adam Rayyan membuatkan dia tak senang duduk -atau berdiri dalam kes dia. Aria nak keluar dari situ. Dia rasa lemas.
"By the way, aku Zain." Zain memperkenalkan diri. Buku yang sedari tadi dipegang, diletakkan ke sisi. "Itu Aqil." Telunjuk menuding ke arah rakannya yang berkaca mata. "Umar." Telunjuk beralih ke arah Umar yang tersengih sambil melambai guna dua jari.
Aria mengangguk. Bibir dipaksa mengukir senyum.
"Lastly, our KP. Adam Rayyan."
Aria mengangguk lagi. Walaupun dah tahu nama sebab Sofean sebut sebentar tadi. Our beloved KP kata budak tu. Sinis.
"Err..jadi apa yang patut saya buat? Daftar dekat mana?" Teragak-agak Aria bertanya. Penat dia sedari tadi berdiri macam patung.
"Tak payah daftar apa-apa. Just go straight to your class." Kertas ditangan dikerling sepintas lalu. "5 Sastera." Adam Rayyan menjawab tanpa memandang dia.
Tiga pasang mata pandang Adam Rayyan kemudian beralih ke arah Aria.
"O..kay. And where is this class?" Aria bertanya lagi. Entah kenapa darah dia mula mendidih. Ada ke cakap macam tu je? Dia budak baru. Logik ke dia kena tahu 5 Sastera tu dekat mana?
Tapi tatkala mata Aria bertembung dengan sepasang mata milik Adam Rayyan, KP itu jelas membayangkan yang Aria baru lepas tanya soalan bodoh. Membuatkan darah yang tadinya mendidih sekarang dah mengelegak.
Tapi belum sempat Aria buka mulut nak membidas KP yang obviously tak berdedikasi, Zain melompat bangun dari duduk.
"I'll walk you to your class." Dia senyum lebar. Mempamerkan lesung pipit di pipi kiri.
Spontan Aria membuat 'tuduhan' yang Zain adalah Robin Hood MPP. Kerja dia curi hati orang. Setelah memastikan Adam Rayyan menerima jelingan paling tajam yang boleh dia lontarkan, Aria melangkah keluar dari bilik MPP yang memanaskan hatinya pada hari pertama dia berada di sekolah baharu. Beberapa saat kemudian Zain muncul sambil menutup rapat pintu bilik dibelakangnya. Tangan dia menggenggam fail milik Aria.
"Let's go princess." Zain senyum lagi. Langkahnya diatur dan Aria mengekori dengan senyap. Tak berminat nak berbual dan dia berharap yang Zain faham.
Otak bergerak menyusun dan memproses apa yang berlaku pagi ini. Pagi hari dia di sekolah baharu dengan misi tersendiri. Yang pasti objektif pertama dalam senarai dia dah tercapai. Sasaran ditemui dan sudah berkenalan pula tu. Wajah Sofean terbayang di ruang mata. Aria tak sangka secepat itu pula mereka bertemu. Terkejut adalah perkataan yang tepat nak describe apa yang dia rasa.
Kesimpulan yang dia boleh untuk pagi ini..hari ini: Objektif satu; clear
And a few more to go.




Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.