mereka yg comel

Hana Yori Dango

Hana Yori Dango
.. Aaaa.. I really2 love this anime XD... sgt222 sukaaaaaa.

xoxo

Rabu, 26 April 2017

Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion 5



BAB 5

ARIA MELOPONG memandang ke luar tingkap. Sudah dua minggu dia menjadi pelajar di sekolah ini. Aria berkira-kira dalam hati. Dua minggu juga dia punya rutin berulang seperti biasa tanpa ada apa-apa perubahan menarik berlaku. Pergi sekolah. Petang ada kelas tambahan. Balik sekolah. Esok ulang lagi benda yang sama.
Auntie Laila pula memerhatikan tingkah-lakunya macam polis mengawal penjenayah yang dilepaskan atas parol. Dia tak kisah itu. Lagipun seperti yang dijanjikan kepada wanita itu, Aria hanya ingin melihat dan mengenali saudara kandungnya secara rahsia. Tak berniat nak mendedahkan siapa dia kepada budak lelaki itu.
Dua minggu di sekolah dia dah buat kawan dengan Zati, Aya, Taufiq dan Haikal. Budak berempat tu senang dibuat kawan. Perangai pun lepak je. Selamba.
Aria berpaling dari menungannya kembali ke buku ditangan. Baru dia tersedar yang ada seseorang berdiri dihadapan meja dia. Aria angkat muka. Bersabung pandangan dengan Adam Rayyan si Ketua Pelajar yang merenung tajam. Kalau boleh tembak laser dari mata tu, Aria rasa sekarang dia dah jadi debu.
Dahinya berkerut. Tak faham kenapa Adam Rayyan berdiri depan meja dia dengan muka merah menahan marah. Mamat ni memang tak ada adab. Dah lah datang kelas orang macam gangster masuk kawasan jajahan. Mata dilarikan pula pada Zain yang berdiri sedikit belakang dari Adam Rayyan.
Zain angkat kening dekat Aria. Wajahnya beriak blur.
Kalau Zain blur, Aria lagi blur. Dia berkalih pandang pada Adam Rayyan. Bibir budak lelaki itu jelas bergerak-gerak seperti berkata sesuatu tetapi Aria tak dengar apa-apa. Berkerut-kerut dahi dia cuba membaca pergerakan bibir KP.
Dia give up. Mata meliar pada rakan sekelas. Nak minta bantuan tapi termangu tatkala seluruh isi kelas tengah beria-ia ketawa. Termasuk rakannya yang tiga orang.
Wajah Adam Rayyan semakin merah. Aria semakin tak faham.
Dia nampak seisi kelas tengah gelak macam orang tak betul, Adam Rayyan berbicara entah apa. Dan Aya.. yang tangan tergawang-gawang sambil tunjuk ke arah telinganya.
Wajah Aria berubah. Oh, crap! Patutlah dia tak dengar. Patutlah Adam Rayyan bercakap tapi yang mengisi ruang pendengaran dia adalah suara vokalis Linkin Park yang tengah menjerit-jerit.
Tangan laju menarik earphone yang menyumbat telinga. Dalam masa yang sama Adam Rayyan yang baru lepas bercakap apa entah dengan isi kelas 5 Sastera, berpaling. Aria terkaku dengan earphone di tangan.
Mata KP jatuh pada tangan Aria lepas tu naik pandang dia. Sepasang mata itu berkilau macam pembunuh bersiri jumpa mangsa seterusnya.
Aria pandang Zain yang menunjuk earphone di tangan Aria sambil sebelah tangan lagi menekup mulut. Mata dia bulat seolah terkejut. Kemudian pelajar lelaki itu turut join seisi kelas 5 Sastera gelak. Dua ibu jari diangkat ke arah Aria isyarat thumbs up tanpa menghiraukan pandangan membunuh ketuanya.
Aria mengeluh. I'm so in trouble.

***

"Ni semua kau punya pasallah Aria. Tak pasal-pasal kitorang terheret sekali," rungut Zati konon marah. Tetapi bibirnya tak dapat ditahan dari mengukir sengih. Kelakar mengingatkan kejadian sebentar tadi.
"Sorrylah. Lagipun bukan salah aku seratus peratus okay? Yang korang bantai gelakkan Ketua Pelajar tu apakehal? Mandat besar?" Aria menyimbah air ke lantai tandas perempuan yang bersabun. Bahana kelakuan mereka,kesemua murid kelas 5Sastera di denda membersihkan tandas. Pelajar lelaki didenda bersihkan tandas lelaki dan pelajar perempuan bersihkan tandas perempuan.
Tentulah semuanya memprotes. Kata yang Adam Rayyan tak boleh salah guna kuasa. Hanya sebab dia kena gelak, mana boleh suka-suka hati nak menjatuhkan hukuman. Protes itu kalau orang lain dengar dah mengamuk agaknya. Tapi Adam Rayyan, dengan tenangnya mengatakan yang sebab asal mereka didenda bukan kerana gelakkan dia tapi disebabkan kelas 5Sastera bising sangat hingga mengganggu kelas lain.
Memang pun, tatkala kelas itu bergegar dengan gelak tawa, guru dari kelas sebelah menjengukkan kepala. Wajahnya jelas menahan geram dengan kebisingan yang terhasil dari kelas 5 Sastera.
Hujah KP membuatkan seisi kelas terdiam. Termasuk Aria yang rasa Adam Rayyan sengaja salah guna kuasa. Tapi satu benda yang dia pelajari, Adam Rayyan yang bercakap dalam calm manners adalah sangat menakutkan. Lagi menakutkan dari kalau dia mengamuk marah-marah. Dan nampaknya perasaan itu turut dikongsi Zain. Sebab Zain yang tergelak-gelak serta-merta membisu. Tak berkata apa sehingga keduanya keluar dari kelas itu.
"Macam mana tak gelak? Aku masih boleh bayangkan tahu, muka kau dengan muka Rayyan. Blur habis." Zati mengesat peluh di dahi sambil bersandar ke singki tandas.
"Dah korang pun tak bagi aku amaran. Nasib baik aku tak buat apa-apa dekat dia tadi. Kalau tak? Mau aku kena tendang dari sekolah ni terus." Aria membebel. Dia menyudahkan kerja terakhirnya. "Dah lah aku budak baru," sambungnya lagi.
"Nak bagi amaran pun tak guna jugak. Kalau dah memang telinga kau tersumbat dengan earphone, gajah mengamuk pun kau tak dengar," sindir Aya. Dekat tandas perempuan tu tinggal mereka bertiga sahaja menyudahkan kerja-kerja akhir. Yang lain dah berdesup balik kelas. Mengelat.
Aria sengih. Nak balas pun tak berguna sebab apa yang dikatakan Aya memang betul. "Anyway, apa sebab Ketua Pelajar tu datang cari aku?" soal Aria. Tak tahu apa sebab-musabab yang menyebabkan KP mencemar duli ke kelas 5 Sastera. Adam Rayyan tak cakap apa pun tadi. Muncul tiba-tiba.. busted her sebab bawa barang larangan ke sekolah. Rampas earphone dan mp3nya. Denda satu kelas cuci tandas sebab bising. Lepas tu hilang macam tu sahaja.
"Entah. Tapi masa mula-mula dia datang kat kelas tu,muka macam marah je. Kau jolok sarang tebuan ke?"
Aria tak membalas. Mata dia merenung tajam dua orang pelajar perempuan yang tergelak-gelak memandang mereka. Sinis. Menyedari renungan tajam Aria, keduanya cepat-cepat menyudahkan urusan mereka lantas berjalan keluar. Sempat lagi mengerling sinis sebelum menghilang di balik pintu.
Zati turut diam memandang. "Macam bagus je," cebiknya bila kelibat dua pelajar itu dah hilang dari pandangan.
"Itulah manusia. Kita patut bersyukur yang hari ni kita kena denda basuh tandas macam ni." Aya menyudahi kerjanya membilas segala baldi yang digunakan.
Aria pandang Aya dengan pandangan tak percaya. "Bersyukur?"
"Hmm." Aya angguk. "Kalau campurkan dengan macam mana reaksi budak dua orang tadi, dan yang sebelum-sebelum ni.."
Aria teringat pelajar-pelajar yang menggunakan tandas. Ramai juga yang melemparkan pandangan sinis pada mereka. Itu juga antafa faktor rakan sekelas yang lain cepat sahaja lesap bila dah sampai ke akhir tugas.
"..boleh buat kita terfikir macam mana satu hari nanti, kalau kita tak ambil berat akan pelajaran we will ended up jadi tukang cuci. Macam sekarang ni. Dan kalau hari ni kita tak boleh tahan di pandang sinis oleh budak-budak sekolah je pun, macam mana esok? Kalau kita kena jadi tukang cuci untuk even large scale contohnya dekat hospital, shopping mall.. yang membuatkan kita nak tak nak akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Dari pelbagai latar belakang." Aya terhenti. Nafas ditarik. Mengah.
"So, benda ni sepatutnya jadi.. -what's the right word?- alarm bell?" Aya pandang Aria yang tengah pandang dia dengan mulut melopong. Zati terangguk-angguk. Aya senyum nipis. "Supaya kita tak main-main sekarang. Pelajaran itu penting. Dan bukan lah aku nak cakap yang jadi tukang cuci tu salah ke apa. Tak. Kerja tukang cuci tetap halal dan kerja halal itu sendiri mulia di mata Tuhan. Cumanya, kalau ditakdirkan esok kita jadi tukang cuci, jadilah tukang cuci yang berilmu. Berkelulusan. Kalau dipandang rendah pun, kita tak akan terkesan. Sebab kita tahu siapa kita." Dia berjeda seketika.
"Korang pernah dengar cerita tentang sorang dude ni, dia volunteer basuh tandas?"
Kedua-dua Aya dan Zati menggeleng.
Aya gosok hidung dengan hujung jari. Dahi dia sedikit berkerut. Cuba mengingati kisah itu barangkali. "This dude, he's a Palestinian. Dia cerita yang setiap kali kalau dia rasa tinggi diri, riak -atau apa-apa je lah perasaan sum'ah yang ada dalam diri dia- dia akan volunteer basuh tandas. Because that way, he'll learn how to humble himself again. Kau tahulah, macam orang pandang kita sekarang. Walhal kita kena denda je."
Aya angkat kening ke arah Aria dan Zati yang diam macam kena sampuk.
"That dude..he's a Palestinian?" Aria memecah sunyi.
"Hmm.. Which is bawa kita ke satu lagi poin iaitu as we know, Palestine tu negara bergolak. And even a Palestinian cakap yang dia ada rasa bangga riak segala dalam dirinya.. how about us yang mungkin tak pernah rasa susah sepanjang berapa belas tahun hidup? Even kalau kita susah pun..adakah sesuah mereka yang di negara-negara yang sedang bergolak?" Aya berhenti seketika. "Dan apa method kita dalam menangani masalah hati yang pasti akan timbul dalam diri? Sebab tu, kita kena bersyukur hari ni kena denda macam ni." Gadis itu mengukir senyum lucu. "At least, kita boleh rasa.. perkara yang orang lain mungkin buta apa rasanya."
Diam seketika antara mereka sebelum Zati membuka mulut; "Leave it to Aya untuk tukarkan perkara negatif jadi positif."
"More like negative thought about a certain things yang kita anggap negatif." Aya cakap sambil membantu Zati dan Aria mengemas perkakas mereka. "Tiada apa yang negatif tentang didenda. Sometimes, we'll only learn yang certain things tu salah through punishment macam ni. Dan ada benda lain juga kita boleh belajar. Contohnya; cuci tandas boleh membantu merendahkan ego seseorang. Juga tiada apa yang negatif tentang mencuci tandas."
Selesai semuanya ketiga-tiga mereka berjalan keluar dari tandas itu. Aria sibuk membetulkan kaki seluar sukan yang tadi dilipat hingga ke paras bawah lutut sambil minda ligat memikirkan apa yang Aya baru sampaikan. Sejujurnya dia kagum dengan gadis itu. Sejak hari pertama mereka berkenalan, Aya selalu buat dia terkedu dengan kata-katanya. Gadis itu sangat matang kalau nak bandingkan dengan dirinya.
"Aria..nRayyan nak jumpa kau dekat bilik MPP. ASAP." Meii, rakan sekelas mereka muncul membawa pesan.
Aria kerut dahi. Oh, here comes bala.
"Okay. Thanks Meii. Eh korang…aku pergi dulu." Tanpa menanti balasan Aria segera berlalu.

***

Pintu bilik yang tertera tulisan Majlis Persatuan Pelajar diketuk. Aria sengih senget. Dah berganti nama nampaknya. Mungkin tak nak kesalahan yang melibatkan dirinya tempoh hari, berulang.
"Masuk." Laung satu suara dingin dari dalam. Aria menarik nafas dan dihembus sebelum memulas tombol pintu. Tak sempat dia menolak daun pintu, pintu itu dah terbuka dari dalam. Seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an melangkah keluar, memeranjatkan Aria.
Dia segera beranjak ke tepi, memberi laluan. Tetapi wanita itu tidak lekas pergi. Sepasang matanya meliar di wajah Aria membuatkan bulu romanya meremang. Diam-diam dia meneliti wanita dihadapannya itu. Wajahnya disolek kemas. Jelas tampak solekannya tetapi tidak berlebihan. Menyerlahkan keanggunannya walaupun dalam usia sebegitu. Dari gayanya juga pakaian yang bersarung di tubuh itu, Aria andaikan yang wanita itu dari golongan berada.
Wanita anggun itu mengukir senyuman. Dingin. Teragak-agak Aria membalas.
"Ma pergi dulu Ray." Wanita itu berpaling ke arah dalam bilik.
Ma? Kening terangkat. Aria memanjangkan leher. Cuba melihat ke dalam bilik MPP. Ray? Surely she's taking to KP..kan? Sipi-sipi dia melihat wajah tegang Adam Rayyan. Rahang pelajar lelaki itu bergerak-gerak. Aria tak mendengar sebarang ucapan balas kepada kata-kata wanita yang menggelar dirinya Ma.
"Tutup pintu tu." Suara dingin milik Ketua Pelajar memberi arahan sebaik sahaja kakinya memijak lantai bilik MPP. Aria pandang sekeliling. Kosong. Hanya ada Adam Rayyan.
Tutup pintu? Dah lah bangunan ni kosong tak berpenghuni. Memanglah cikgu-cikgu ada je buat rondaan mengejut secara berkala untuk mengelakkan dari berlakunya benda-benda yang tak patut di bangunan tanpa manusia -kecuali ahli MPP- ni, tapi Aria tetap sahaja rasa tak selesa.
"Tutup pintu." Mata Adam Rayyan mencerun tajam apabila Aria tak menurut arahan.
"Err..saya rasa lebih baik biar pintu ni terbuka kot. Hari ni panaslah." Aria beralasan. Dia hanya merapatkan pintu membiarkan sedikit ruang terbuka.
"KP nak jumpa saya kenapa?" Cepat Aria bertanya sebelum Adam Rayyan memanjangkan isu pintu tersebut.
"Kau rasa kenapa?" Adam Rayyan bertanya kembali.
 Aria kerut dahi. Eh..eh..mamat ni. Ingat dia psikik ke boleh tahu kenapa? "Entah." Aria jawab sepatah. Malas nak main teka-teki yang langsung tak mengasah mindanya tengah-tengah hari buta ni.
Keruh wajah Adam Rayyan membuatkan hati jahatnya menyimpulkan yang kehadiran wanita tadi menjejaskan ketenangan Ketua Pelajar itu. Horay!
Adam Rayyan bersandar ke kerusi. Aria pula berdiri macam pesalah di hadapan meja sederhana besar. "Ada benda dalam bilik ni hilang." Hujung jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.
Kata-kata tanpa nada itu menyebabkan Aria tak semena-mena rasa sejuk. Matanya mengecil tetapi dia tak berkata apa. Menanti Adam Rayyan menyambung dan dalam masa yang sama menenangkan diri untuk apa yang mendatang.
"Kau tak ada masuk dalam bilik ni lagi kan? Selain pada hari pertama kau dekat sini."
 "Are you accusing me?" Tajam suara Aria. Rasa tak suka dia kepada Adam Rayyan semakin membuak-buak. Dari hari pertama lagi dia tak berkenan dengan cara Adam Rayyan membawa dirinya. Arrogant. Mungkin dia salah tafsir apa yang dia rasa..tapi hari ini Adam Rayyan membuktikan prasangka Aria terhadapnya betul belaka.
"Kalau kau tak dengar dan tak faham.. no I'm not accusing you. I merely ask you a question. Ada tak kau masuk bilik ni selain kali pertama tu? Ada atau tidak, kau ambil apa-apa barang dari bilik ni?" KP mengulang soalan.
Aria menarik menghembus nafas beberapa kali. Kepala didongak memandang siling. This is so absurb. "Dua-dua pun tak. Aku tak masuk bilik ni dan aku tak ambil apa-apa pun dari bilik ni." Dia bercakap melalui celah gigi. Pada masa seperti ini lah Aria berharap yang dia ada kuasa untuk keluarkan tembakan laser dari mata.  "Kenapa kau tak tanya Ean sahaja?"
Kening Adam Rayyan terangkat. "Ean huh?" Hujung bibir terjongket naik. Seolah Aria baru sahaja menuturkan sesuatu yang melucukan.
Giliran Aria mengangkat kening. "Ada masalah ke?"
"Tak.. tentulah tak ada." Nada suara Adam Rayyan membuatkan Aria rasa jengkel. Dia benci kalau orang guna nada suara sebegitu bila bercakap dengannya.
"Fine, whatever. Aku akan tanya Sofean. You're free to go." Adam Rayyan melambai sebelah tangan. Menghalau. Mata dia pandang kertas yang berselarak atas meja.
Bila Aria tak bergerak, KP angkat muka. "Hopp along dear rabbit. Kau tak nak buang masa dekat sini lama-lama now would you?" Senyuman sinis dilontarkan kepada Aria.
 Dengan mata yang mengecil merenung Adam Rayyan, Aria berpusing keluar bilik MPP. Pintu dihempas kuat lantas dia berlari pergi. Tak mahu beri peluang kepada Ketua Pelajar -yang sangat menjengkelkan hati- untuk mendenda dia atas tuduhan merosakkan harta benda sekolah.

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.